Kita Adalah Hamba, Tidak Punya Apa- Apa!!


01/04/2006

Siapa yang menciptakan bumi ini??Siapa yang menjadikan bumi ini sebahagiannya subur dan terdapat pula sebahagiannya yang kering kontang dan gersang??Siapa yang menjadikan proses percambahan dan pertumbuhan di bumi yang subur ini??Yang pasti tiada campur tangan manusia.

Siapa pula yang menjadikan dari biji benih itu sebatang pokok,kemudian dari pokok itu mengeluarkan pula buah?? Siapa yang menjadikan jutaan jenis buah dengan berbagai rupa,warna,saiz dan rasa?? Bukankah kita sudah tahu jawapan kepada persoalan itu!

Yang pasti ialah kita tak punya apa-apa peranan, tidak punya apa-apa kuasa terhadap menjadikan itu semua. Allah SWT adalah segala-galanya.

Begitupun kita tak pernah sedar dan insaf bahawa kita hanya mengambil saja segala nikmat kurniaan Allah SWT.Tidak sedetik pun kita terlepas dari nikmat Allah SWT.Tidak sedetik pun kita terlepas dari kekuasaan Allah SWT.

Dalam keadaan kita tidak punya apa-apa yang segala-galanya milik Allah SWT,terlalu aneh bilamana Allah SWT itu yang paling kita lupakan. Malahan lebih dashyat lagi bila kita berkrisis,bermusuhan,berbunuhan dan berperang lantaran merebut untuk memiliki yang bukan milik kita.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer