Kisah Sejarah......


17/08/2006

Lihatlah kepada apa yang diperkatakan.

Sewaktu pulang dari Jarjan menuju kampung asalnya di Thusia, segerombolan perompak padang pasir telah menyerang rombongan yang disertai oleh Imam Ghazali. Mereka merampas semua harta yang ada pada rombongan itu. Antara yang di rampas ialah catatan ilmu yang dipelajari oleh Imam Ghazali dari gurunya di Jarjan, Imam Abu Nasir Al Ismaili. Imam Ghazali menemui ketua perompak itu dan meminta agar catatannya itu dipulangkan kerana beliau sangat menyayangi dan menghargainya.

Mendengar permintaan Imam Ghazali, ketua perompak itu bertanya secara menyindir, Untuk apa catatan ini wahai anak muda, bukankah engkau telah memahami dan menghafal seluruh isi kandungannya?

Namun begitu, ketua perompak itu akhirnya memulangkan juga catatan tersebut kepada Imam Ghazali. Selepas peristiwa itu, Imam Ghazali menghafal seluruh isi catatannya itu dan apabila menghadiri majlis-majlis ilmu, beliau lebih mengutamakan pemahaman yang sungguh-sunguh dari sekadar mencatat. Beliau benar-benar terkesan dengan sindiran ketua perompak itu. Benarlah kata hukama, Jangan engkau melihat kepada siapa yang berkata tetapi lihatlah kepada apa yang diperkatakan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer