Kenalkan Tuhan Dahulu Baru Syariatnya(2)

Kuliah Umum


02/04/2006

Jadi kita kena berkempen secara besar-besaran tentang Tuhan, Tuhan, Tuhan, hingga orang bukan saja beriman tapi jatuh hati, mabuk dan lazat dengan Tuhan. Bila disebut Tuhan sahaja, terus menggeletar lantaran takut dengan Tuhan.

Para Sahabat sewaktu hendak sembahyang, ketika ambil wuduk lagi sudah pucat. Setengah jam atau satu jam lagi sebelum sembahyang sudah menggeletar. Mereka teringat, ` yang aku hendak sembah ini siapa`, `siapa yang aku hendak sembah` . Kita pula bila hendak sembahyang sempat baca surat kabar. Dalam surat kabar itu ada cerita bintang filem, gambar orang dedah aurat. Boleh khusyukkah sembahyang kita? Baru seminit tadi tengok gambar perempuan terdedah aurat, tiba-tiba angkat takbir. Sembahyang kita tidak ada erti apa-apa. Bahkan ampun maaf kita tengok zaman sekarang ini, kalau tok guru, ustaz-ustaz, sembahyang mereka bukan main laju. Itu sembahyangkah?

Sebab itulah umat Islam, kalau sembahyang belum selesai, maka mereka tidak akan ada kekuatan dan perpaduan serta tidak akan mampu mengalahkan musuh.

Mengapa perlu diutamakan penekanan terhadap Tuhan, kemudian baru syariat-Nya? Contohnya, anak-anak umumnya akan sangat cinta dengan mak ayahnya tanpa perlu susah payah disuruh, betapalah kalau disuruh, betapa seronoknya dia berkhidmat dengan mak ayahnya. Tapi kalau dengan mak ayah dia sakit hati makin disuruh makin sakit hati, kerana dia tidak cinta pada mak dan ayahnya.Begitulah dengan Tuhan, kalau bercinta dengan Tuhan, bukan sahaja syariat Tuhan itu diamalkan dan dihayati serta dijunjung tinggi bahkan nyawa pun sanggup orang korbankan untuk Tuhan.

Sebenarnya kalau kita faham, tentang Tuhan memang elok diutamakan dan didahulukan. Tetapi hari ini para ulama, para pendakwah, pejuang-pejuang lebih banyak menceritakan syariat daripada menceritakan Tuhan, sedangkan syariat orang tidak seronok dengar. Kalau ada orang yang mujahadahnya kuat, yang membolehkan dia ikut syairat, tapi syariat itu akan jadi ideologi. Sembahyang, naik hajinya banyak, tapi perangai tidak berubah. Kenapa? Sebab dia beribadah dan bersyariat tapi terputus dengan Tuhan. Dia beribadah itu bukannya sedap, dia berbuat dengan rasa tidak seronok dan rasa terpaksa, sembahyangnya bukan dari hati, hanya kerana berfikir aku orang Islam, terpaksalah dibuat.

Manusia kalau sudah asyik dengan Tuhan, bersyariat pun ketagih. Ertinya payah hendak diungkai walaupun menanggung risiko dan halangan. Cuba tengok orang ketagih rokok. Sedangkan mereka tahu ada risikonya. Tapi oleh kerana ketagih sangat susah hendak ditinggalkan tabiat itu.

Sebab itulah para Sahabat sangat suka bersembahyang. Sembahyang sunat yang paling `lekeh` di kalangan mereka sekurang-kurangnya 100 rakaat sehari semalam. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "Sembahyang itu cahaya mataku (kesenanganku dan kebahagiaanku)."

Sayidina Ali k.w., ketika bersembahyang sunat dua rakaat, begitu
asyiknya dengan Tuhan sehingga apabila dicabut panah yang melekat di betisnya, dia tidak sedar dan tidak terasa sakit sedikit pun.

Sebaliknya kalau Tuhan tidak ditakuti, tidak digeruni bahkan tidak dikenali, syariat-Nya mudah terbarai. Susah sikit saja, bukannya boleh bawa mati, baru kena bisul umpamanya atau kesukaran dalam keretapi, sudah tidak sembahyang.dengan Tuhan, ini merupakan satu kesalahan. Apa ertinya bersyariat kalau tidak ada hubungan dengan Tuhan. Hasilnya sembahyang atau ibadah itu tidak akan dapat membangunkan insaniah seseorang.

Bagaimana menyelesai masalah jenayah dan moral?

Apabila manusia sudah menjadi baik, sudah ada rasa bertuhan dan subur rasa kehambaan dalam hatinya, maka akan datang rahmat, bantuan dan berkat dari Allah SWT. Begitu caranya menangkis masalah. Sebaliknya kalau manusia ini sudah derhaka dengan Tuhan, Tuhan sudah tidak suka, walaupun negara aman, serba canggih, simpanan duit di bank yang canggih, habis juga dirompak oleh orang.

Patutnya apabila melihat masalah jenayah dan moral yang semakin menjadi-jadi, para ulama dan pemimpin syarahkan pada rakyat tentang Tuhan. Sekarang yang jadi masalah, ulama menceritakan syariat dan halal haram sahaja tapi tidak menceritakan Tuhan. Padahal kalau sudah cintakan Tuhan, automatik syariat orang akan ikut. Keutamaannya patut diberi pada Tuhan, sampai orang cintakan Tuhan, menjadikan Tuhan cinta agungnya. Barulah berkesan wirid, sembahyang, naik haji dan lain-lain.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer