Kembali Kepada Tuhan Penyelesaian Segala Masalah


14/10/2005

AADK beku, tidak kreatif -- Punca program antidadah kurang berkesan - Ahli Parlimen
Oleh HATA WAHARI dan HAIRULAZIM MAHMUD

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tidak kreatif, sejuk beku dan tidak proaktif selain tidak memiliki jati diri yang menyebabkan program-program antidadah kurang berkesan dalam masyarakat, tegas ahli-ahli Parlimen hari ini. Lebih daripada itu, mereka mencadangkan supaya agensi itu dirombak dan dikaji semula keberkesanannya yang selama ini dilihat gagal memainkan peranan dalam usaha membasmi gejala penyalahgunaan dadah.
Buat masa ini Malaysia dihuni oleh kira-kira 23,000 penagih dadah - majoritinya Melayu.
Datuk Abdul Rahman Ariffin (BN-Jerlun) berkata, sistem masyarakat negara ini memiliki banyak mekanisme penguatkuasaan yang boleh dimanfaatkan oleh AADK dengan menjalinkan kerjasama dengan mereka dalam sebarang usaha berkenaan.
``Kita ada Pasukan Gerak Am (PGA), Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), RukunTetangga, polis, penghulu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tetapi tidak pernah ada operasi menggempur kegiatan penyalahgunaan dadah seperti perkampungan nelayan yang kita tahu banyak ganja.
``Nama AADK ini cantik, di kawasan saya ADK dipanggil `Ahli Daun Ketum` tetapi kita dapati mereka tidak kreatif,`` katanya.
Beliau berkata demikian semasa mencelah perbahasan Bajet 2006 oleh Datuk Mat Yasir Ikhsan (BN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat di sini. Mat Yasir yang bersetuju dengan pendapat Abdul Rahman itu berkata, pegawai ADK mestilah pegawai yang istimewa atau luar biasa kerana masalah dadah adalah rumit.
ULASAN
Melihat masalah yang sudah semakin kronik ini, semua orang tertanya-tanya, bagaimanakah ia boleh diselesai-kan. Pihak kerajaan melalui kementerian-kementeriannya telah mencuba berbagai-bagai cara untuk mengatasinya. Malah berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk
menye-lesaikan masalah gejala sosial ini tetapi sehingga ke hari ini masalah masih belum dapat dibendung.
Buktinya, penagih yang keluar dari Pusat Serenti kembali menagih walaupun sudah menjalani pemulihan bertahun-tahun lamanya. Penjenayah yang telah merengkok di penjara bertahun-tahun, bila dibebaskan tidak serik-serik, berterusan melakukan jenayah sehingga tertangkap semula. Lebih pelik lagi, di kalangan pelacur yang sudah pun terkena virus HIV, bahkan telah melihat ada di kalangan mereka yang sudah mati akibat virus ini, sedikit pun tidak rasa takut untuk meneruskan kegiatan pelacuran mereka!
Wahai Tuhan, apakah akhirnya akan terjadi dengan manusia pada zaman ini?
Berbagai kaedah telah dilakukan tetapi se-muanya menemui jalan buntu. Hati menjadi cemas dan bimbang dengan insiden-insiden yang cukup menyayat hati berlaku setiap hari. Apakah tidak ada pembelaan dari Tuhan?
.
Setelah berbagai usaha dilakukan, dengan mencuba bermacam-macam kaedah yang melibatkan berbagai bidang dan kepakaran, pun masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Sebenarnya untuk menyelesaikan masalah ini, rohani dan jiwa perlu dibina. Ada beberapa tindakan yang perlu dibuat,iaitu:
1.Kembalikan manusia kepada Tuhan
Manusia perlu dikenalkan semula kepada Tuhan dan peranan Tuhan. Tidak cukup hanya setakat tahu dan percaya kepada Tuhan. Tahu dan kenal adalah dua perkara yang berbeza. Tahu tentang Tuhan kerana ia belajar tentang sifat 20 yang wajib bagi Tuhan, sifat 20 yang mustahil dan 1 yang harus.
Mereka tahu dan percaya Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Besar,Maha Berkuasa, tetapi hati kecil mereka tidak rasa bahawa Tuhan Maha Berkuasa, Maha Melihat, Maha Kaya, Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.
2.Membersihkan hati atau jiwa manusia
Besarnya peranan hati ia umpama raja jika baik raja, maka baiklah rakyat.Maksudnya jika hatinya bersih, maka baiklah jawariah atau anggota badan yang lain. Justeru itu langkah-langkah membersihkan hatia atau jiwa ini hendaklah dijadikan program penting dalam hidup.

Kerajaan mesti mengusahakan agar pembangunan rohani melalui dakwah dan pendidikan ini diutamakan. Program ini mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan sistematik. Bermula dari peringkat individu, rumahtangga, sekolah, pejabat, institusi pengajian tinggi, hospital, kilang,
ladang-ladang, kampung dan bandar, di laut dan di darat dan di mana juga ada manusia. Biar semua manusia dengar, tahu dan ikut perjuangan membina akhlak dan membersihkan hati ini. Supaya semua umat Islam bercita-cita untuk mencapai darjat mahmudah yakni nafsu yang terpuji.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer