Kematian Datang Bila- Bila


15/10/2005

Lelaki sedang tidur maut kereta rempuh rumah
Oleh Hussain Said
BERITA HARIAN:14 Oct 20

MAZNAH Osman bersama anaknya melihat keadaan rumah mereka yang hampir roboh dilanggar kereta
Proton Iswara yang dipandu lelaki berusia 49 tahun dan ditemani seorang rakannya. Kereta terbabit terbabas
ketika membelok di selekoh berdekatan rumah mangsa.
KUALA PILAH: Kalau ditakdirkan ajal kerana nahas kereta, di bilik tidur dan jauh dari jalan raya pun boleh berlaku.
Mohd Nor Abdul Rahman, 50, yang sedang tidur di rumahnya di Kampung Kepis Hilir dekat sini petang kelmarin, tercampak keluar dari bilik tidur apabila dirempuh sebuah kereta yang terbabas.
Bapa enam anak yang bekerja kampung itu cedera parah di kepala dan badan serta meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 1.30 petang kelmarin.
Kejadian berhampiran Kilometer 6 Jalan Kepis-Senaling itu berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu lelaki berusia 49 tahun dan ditemani seorang rakannya, terbabas ketika membelok di selekoh berdekatan rumah mangsa.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Mohd Shahar Ibrahim, berkata kereta itu gagal dikawal sebelum terjunam ke rumah mangsa yang terletak di kawasan rendah.
Rempuhan itu menyebabkan mangsa yang tidur dalam bilik tercampak keluar apabila dinding rumahnya turut terkopak dan hampir roboh.
Pemandu kereta itu patah tangan kiri dan kini ditahan bagi membantu siasatan. Rakannya pula cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Pilah, katanya.
Isteri Mohd Nor, Maznah Osman, 46, berkata ketika kejadian dia menyidai kain di ruang tamu rumah mereka apabila terdengar dentuman kuat di bilik tidur.
Apabila pergi lihat, saya dapati bilik tidur runtuh dan tak ada dinding. Lepas itu, saya nampak suami dan tilamnya tercampak ke bawah rumah.
Saya menjerit meminta tolong ibu dan dua anak saya yang berada di dapur. Adik saya, Hamzah ketika itu berada di bilik lain, katanya.
Beliau berkata, suaminya sepatutnya membawa dia dan enam anak mereka berusia antara tujuh bulan hingga 11 tahun ke Pekan Bahau membeli baju raya dan bahan persiapan Aidilfitri, semalam.
Kami sekeluarga amat sedih kerana arwah adalah tempat bergantung. Kehilangannya tentu dirasai, apatah lagi menjelang Aidilfitri ini, katanya.
ULASAN
Mati datang mengejut
Mati tidak datang perlahan-lahan
Ia datang secara mengejut
Ia datang melalui sebab-sebab tertentu
Ia datang kita tidak tahu
Melalui sebab-sebab yang ada kalanya kita juga tidak tahu
Seorang yang hidup pasti mati
Sesungguhnya mati itu berlaku detik demi detik
Bila nafas keluar kemudian Allah tahan untuk masuk
Mati berlaku diwaktu itu
Bila nafas itu masuk tapi ia tidak dapat keluar
Mati itu berlaku juga
Mati itu berlaku detik ke detik
Mungkin mati berlaku waktu nafas naik
Ataupun waktu nafas turun
Mati mudah berlaku
Allah boleh lakukannya bila-bila masa
Seperti nafas waktu turun naik
Oleh itu jangan lalai walau sedetik sekalipun
Hanya Allah tempat kita bergantung itulah aqidah kita.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer