Kekeliruan Yang Merbahaya


19/05/2006

Antara Akademi Fantasia 4, Ajaran Sesat, Unta Dan Khinzir , Keliru...Keliru...

Halaman 4 Kosmo Khamis 18 Mei 2006( Rangkuman 3 berita )

1) 23 kumpulan ajaran sesat di Selangor

2) Peserta AF4 bertudung

3) Dakwa tak tahu fasal iklan babi



Entah sebab apa, tiba-tiba sahaja apabila terpampang pada muka surat 4, akhbar tabloid kosmo menggabungkan ketiga-tiga tajuk di atas di dalam satu halaman menyebab timbul pula satu pertanyaan, ukuran apakah yang digunakan untuk menentukan betul atau salah pada sesuatu yang berkait dengan kehidupan ini menurut ajaran Islam yang sebenar yang di bawa oleh Baginda Rasul SAW.

Kenapa dikatakan begitu? Kerana pada ketiga-tiga berita yang dipaparkan amat kontra dalam perspektif Islam meskipun terdapat individu yang ber"title"kan orang pandai agama dalam membuat kenyataan pada masyarakat.

Apa yang hendak dibentangkan di sini bukanlah untuk menimbulkan provokasi kepada mana-mana pihak, cuma ingin di "highlight" kan dan mudah-mudahan dapat diperbetulkan tanggapan masyarakat akan sesuatu perkara yang sudah menjadi kelaziman berlaku pada masyarakat Islam dewasa ini hingga timbul kekeliruan yang amat ketara dalam bentuk tindakan mahupun kefahaman. Kekeliruan yang di maksudkan jelas dinyatakan pada berita yang dipaparkan kepada kita antaranya :-

1) Antara elemen-elemen di dalam ajaran sesat ialah memesongkan pengertian sebenar al-Quran , mengamalkan poligami yang tidak menepati prinsip-prinsip Islam dan menolak kalimah Syahadah.

2) Satu-satunya calon peserta wanita bertudung menyertai Akademi Fantasia ...

3) Perasaan umat Islam boleh terguris dengan iklan 2 ekor unta yang ditunggang oleh 2 ekor khinzir yang memakai igal yang berlatar belakangkan piramid di Mesir serta kenyataan akhbar sehari sebelum itu unta, igal dan piramid adalah identiti yang ada kaitan dengan Islam.

Ketiga-tiganya kalau tidak diamati dengan teliti boleh sahaja diterima tanpa banyak soal, lebih-lebih lagi apabila yang membuat salah satu kenyataan di atas orang yang ada authoriti dalam bidang agama.


Kita teliti semula berita pertama :-

Memang tak boleh dinafikan pengaruh ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar membawa kepada bencana yang buruk kepada umat Islam bukan sahaja kerana menimbulkan perpecahan, malah boleh menyebabkan kita boleh terhumban ke dalam api neraka yang amat pedih, (wal yau`zubillah). Tapi isu dan kayu ukur yang diberikan dalam elemen-elemen ajaran sesat itu yang sangat menimbulkan kemusykilan hingga seolah-olah menampakkan ketidak rasionalnya sesuatu fatwa yang berhubungkait dengan ajaran Islam dikeluarkan. Masakan tidak, soal memesongkan pengertian Al-Quran memang tak dinafikan membawa kesesatan, tetapi dalam ketetapan menentukan siapa sesat, siapa tidak nampaknya ada "bias" nya hingga sekiranya kalau hendak dibawa kepada mahkamah nescaya defenden boleh menang kes. 23 kumpulan difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa, itu tidak boleh nak ditolak atas sebab sudah diwartakan, tapi perlakuan dan perbuatan yang sama yang dilakukan oleh golongan lain yang nyata terkeluar daripada pengertian sebenar malah telah mendarah daging dalam pemikiran dan pegangan umat Islam secara umumnya tidak pula difatwakan sesat.

Sebagai contoh, fahaman demokrasi yang diamalkan hampir di seluruh dunia Islam kini yang dibawa oleh orang bukan Islam tidak pula dikategorikan sebagai pemesongan al-Quran. Satu masa dahulu, loteri yang nyata dan jelas haramnya , tetapi apabila diletakkan istilah "kebajikan" maka hilang title haramnya lalu menjadi halal.

Baik, itu dalam sudut pemesongan pengertian al-Quran sebenar, tentang poligami pula, yang dikatakan tidak menepati prinsip-prinsip Islam. Tidak dapat dipastikan apakah dia sebenarnya prinsip-prinsip Islam dalam hal poligami selain daripada apa yang telah termaktub dalam al-Quran. Namun kalau kita lihat bukan sahaja prinsip poligami tidak ditepati, malahan monogami pun sepatutnya kita boleh dakwakan sebagai elemen sesat juga ( kalau hendak dikira mengikut pandangan pihak berauthoriti ) sekiranya tidak mengikut prinsip Islam yang sebenar.

Islam mengharamkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa batas, tetapi berlaku sebaliknya pada muda-muda Islam masakini sehingga menjadi trend sekiranya tidak berpacaran nescaya sukar untuk mendapat jodoh. Maka terjadilah pasang-pasangan yang duduk berdua-duaan, di bawah pokok kelapa, di bawah bumbung hentian bas, di mana-mana sahaja dengan alasan untuk mencari calun yang cocok untuk bakal dijadikan suami ataupun isteri.

Jadi soal poligami yang tidak mengikut prinsip Islam di mana peratus
umat Islam yang mengamalkannya sangat rendah, sepatutnya jadi kes terpencil berbanding monogami yang tidak mengikut prinsip Islam, dan yang perlu difatwakan sama bahkan lebih utama kerana peratusannya sangat besar, sebagai mempunyai elemen kesesatan.

Tetapi ini bukan realiti kerana antara mereka yang melakukan monogami yang tidak mengikut prinsip Islam termasuklah anak seorang yang punya authoriti dalam agama. Maka kes ini jadi terpencil dan poligami jadi isu besar.

Kemudian soal menolak syahadah dikatakan sesat juga menimbulkan kemusykilan. Masakan tidak, kalau syarat utama untuk jadi seorang Islam, untuk dapat iman , untuk dapat taqwa itu syahadah, sekiranya ditolak bererti tidak Islam. Kalau sudah bukan Islam, mana ada sesatnya kerana mereka ini seperti juga orang yang bukan Islam yang lain seperti Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya.Kalau ditolak syahadah itu atas kerana tidak mahu diyakini Tuhan itu Allah yang mencipta langit dan bumi, Nabi Muhammad itu sebagai Rasul yang membawa kebenaran dan mengenalkan umat manusia kepada Tuhan sekelian alam ini, sememangnyalah sudah tidak Islam lagi, maka tidak wajib baginya solat, puasa, bayar zakat, naik haji dan melakukan serta meninggalkan perkara-perkara yang diajarkan oleh Islam. Habis cerita.Sungguh mengelirukan sekali..............

Berita kedua :-

Soal calon peserta wanita pertama yang bertudung di AF4, nampaknya satu perkara positif di dalam industri hiburan secara reliti di tanahair kita
ini. Tapi tampaknya tudung itu hanya jadi satu fesyen dalam banyak-banyak fesyen yang diperagakan dimasa kini kerana dalam tuntutan Islam itu, menutup aurat itu yang wajib di mana terdapat 3 syarat yang perlu dipenuhi iaitu :-

1) Tidak menunjukkan bentuk tubuh badan dalam berpakaian.

2) Tidak mengenakan pakaian yang nipis materialnya sehingga menampakkanbayangan di dalam badan.

3) Hanya muka dan 2 tapak tangan sahaja boleh dilihat oleh yang bukan mahram.

Ini baru tepat pada ilmu menutup aurat. Namun dalam ketiga-tiga syarat tadi , hanyasatu sahaja yang famous iaitu menutup rambut sahaja, sedangkan bentuk tubuh badan diabaikan malah, macam tak ada apa-apa pula. Maka terkeliru lagi umat Islam.

Berita ketiga :-

Tidak pernah ada satu kitab daripada mana-mana tafsiran guru-guru dan
para-para Imam Mujtahid pun yang pernah menyatakan bahawa unta, igal dan lebih-lebih lagi piramid itu simbol umat Islam. Walaupun unta adalah merupakan kenderaan tunggangan Baginda Rasul ketika hayat Baginda tetapi, para sahabat Baginda pun ada juga yang menunggang kuda. Kuda pula rata-rata orang kenal sebagai binatang tunggangan koboi ataupun red Indian. Tak pula jadi isu hal ini. Rasul dahulu pakai serban di kepala bukan Igal. Macam orang Melayu pakai songkok, tak pula dikatakan simbol pakaian Islam kerana sekiranya kita pergi ke Indonesia, songkok juga dipakai oleh mereka yang beragama Hindu, Buddha dan Kristian. Dan yang terakhir, piramid sebagai simbol Islam, ini lebih-lebih lagi keliru. Sejak bila pula Firaun tu ditulis dalam sejarah mengikut ajaran Nabi Musa. Dia merupakan musuh Tuhan dan matinya pun di bala Tuhan. Makam piramid yang dibina tak ada kena mengena dengan Islam yang dibawa oleh Rasul. Masakan dikaitkan pula dengan simbol Islam. Beribu-ribu kali kita terkeliru.


Sebenarnya kalau kita benar-benar memahami dan menghayati ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda Rasul SAW, nescaya kekeliruan ini tidak akan timbul. Umat Islam perlu sedar dalam Islam untuk mengesahkan segala soal yang berhubungkait Aqidah, Syariat dan Akhlak perlu lepas Fardhu Ain.

Wajib belajar Fardhu Ain. Yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf itu ialah :-

1) Aqidah - Tahu tentang segala sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah siap dengan dalil aqli (mantik) dan naqli (dalil) samada secara detail mahupun secara ringkas.

2) Syariat - Tahu akan segala perkara-perkara yang hubungkait dengan ibadah-ibadah khusus untuk mengesahkan syarat sah , batal serta rukun-rukunnya.

3) Akhlak - Tahu akan segala sifat-sifat positif ( Mahmudah) dan sifat-sifat negatif( Mazmumah ) serta bagaimana memilikinya ( Mahmudah ) dan membuangnya (Mazmumah )


Sekiranya difahami dan diyakini serta dihayati nescaya sebahagian besar masalah kekeliruan yang menimpa selesai dan tidak timbul soal nak menyesatkandan merosakkan orang lain. Sebab umat Islam sudah dilengkapkan dengan pengetahuan yang cukup tentang agama Islam anutan mereka.

Baginda Rasul telah memberitahu kita, umat Islam akan pecah sebanyak 73 Firqah, 72 akan ke neraka dan hanya 1 sahaja akan ke syurga, iaitu mereka yang berpegang kepada pegangan Ahlussunnah Wal Jamaah. Kalau tidak belajar dan tidak tahu akan siapakah golongan Ahlussunnah Wal Jamaah ini serta 72 Firqah sesat yang lain, pastilah membawa malapetaka yang besar kepada umat Islam. Kerana kita akan terdedah kepada bahaya kesesatan yang sudah diisyaratkan oleh Rasul yang mutlak benar.

Kalau kita tidak kenal benar-benargolongan manakah yang dikatakan sebagai Ahlussunnah, Syiah, Muktazilah, Wahabi, Mujassimah dan sebagainya, bagaimana hendak kita beramal dengan ajaran Islam yang sebenar. Lebih parah sekiranya kesemua Firqah tadi telah dicampur adukkan sehingga tidak punya identiti lagi. Maka akan jadi pukulan maut pula sekiranya mereka yang berlainan Firqah duduk sebagai orang yang punya authoriti dalam bidang agama. Ini telah berlaku dalam sejarah, dan ianya berlaku pada umat Islam di negara jiran kita . Orang itu bernama Senok Geronjeh (kalau benar ejaan namanya) ataupun nama Islamnya Abdul Ghafur walaupun dia tidak Islam namun dia telah diberikan jawatan tinggi dalam agama Islam kerana pengetahuannya di dalam agama Islam serta hafaz Quran serta hadith yang banyak. Malahan mengimamkan umat Islam selama 2 tahun termasuklah para-para ulama yang mengkagumi pengetahuannya tentang Islam. Sekembalinya ke negara asalnya Belanda, beliau mengisytiharkan dirinya bukan Islam dan menyatakan selama 2 tahun beliau mengimamkan sembahyang umat Islam di negara jiran kita, selama itulah sembahyang mereka tidak sah. Heboh, gempar, terkejut serta kaget seluruh umat Islam. Rupanya yang pandai agama yang jadi idola mereka selama hari ini adalah merupakan seorang munafik.

Jadi soal hendak cari kebenaran ini bukan boleh main suluh-suluh dengan
hanya punya skroll serta sarjana tertinggi mahupun authoriti yang diberi
gaji. Islam kalau sekadar diperolehi daripada al-Quran semata-mata tanpa ada pemimpin yang menunjukkan serta memahamkan kita bagaimana hendak mengamalkannya nescaya kita akan jatuh sesat. Sebagaimana Sunnatullah, apabila Islam datang, Rasulullahlah sebagai pemimpinnya, maka setelah lebih 1500 tahun Rasul meninggalkan kita, pengganti diri Rasul itu yang berperanan sebagaimana Rasulullah berperanan, itulah dia Mujaddid, maka dialah pemimpin yang sepatutnya jadi sumber rujukan dan pentafsiran Al-Quran buat umat Islam akhir zaman. Kerana apabila peranannya sebesar Rasul meskipun bukan Rasul, pastilah Mujaddid ini Allah pimpin, pastilah ilmunya yang bersumberkan "ilham", mampu menghurai keagungan isi kandungan al-Quran sesuai buat umat Islam akhir zaman.

Walaupun Al-Quran telah lengkap, belum tentu kita mampu memahami kehendak-kehendak Tuhan dalam kandungannya serta pasti kita akan kabur dan keliru. Kalau setakat hafal dan faham makna, Senok Gronjeh sudah lakukan, namun dia pembawa kesesatan.

Sebab itulah Tuhan zahirkan bersama-sama al-Quran yang mulia, seorang manusia yang terpilih untuk mengajarkan kepada manusia bagaimana manusia sepatutnya beradab dengan Tuhan. Tuhan tidak turunkan al-Quran itu dalam gua seketul dan lengkap sebegitu tanpa ada guru untuk pimpin manusia.

Begitu juga masakini. Pemimpin dan guru itu telah berperanan memperbetulkan kembali kekeliruan dan kesalahan serta kesesatan yang berlaku di kalangan umat Islam . Dia mampu menghuraikan dengan praktikalnya sekali ajaran Islam yang terkandung di dalam Al-Quran sebagai pedoman untuk diikuti.

Seperkara lagi, ketika sahabat bersama Rasul, sahabat tidak pernah lekang daripada baginda dalam semua hal atas faktor Rasul adalah "Orang Tuhan". Maka "Orang Tuhan" di akhir zaman ini pun pastilah kita perlu perlakukan sebagaimana sahabat dengan Baginda.

Wallahua`lam.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer