Kehendak Tuhan, Yang Tidak Logik Pun Boleh Berlaku


06/07/2006

Ibu dakwa janin 7 bulan hilang
BERITA HARIAN Khamis 6 Julai 2006

ALOR STAR: Kali terakhir suri rumah, Wan Nasiroh Wang Kecik memeriksa kandungannya ialah pada 26 Jun lalu dan janinnya disahkan normal.

Bagaimanapun, sehari selepas itu beliau mendakwa janinnya berusia tujuh bulan itu hilang selepas bangun tidur menyebabkan ibu berusia 30 tahun itu kebingungan.

Beliau mendapati perutnya kempis dan ada sedikit darah pada kemaluannya.

Wan Nasiroh dari Taman Cempaka, Batu Kawan, Pulau Pinang, mengandungkan anak kelimanya itu keliru dan buntu bagaimana kandungannya boleh hilang.

Pada hari itu, saya tidur agak lewat iaitu kira-kira jam 2 pagi dan bermimpi didatangi seorang wanita yang mahu mengambil anaknya serta menasihatkannya supaya tidak bimbang.

Apabila tersedar, saya tidak mengesyaki apa-apa mengenai mimpi itu dan terus menyambung tidur hingga pagi.

Bagaimanapun, apabila bangun tidur pada pagi itu, saya terkejut apabila mendapati perut kempis dan ada sedikit darah keluar seperti darah haid, katanya ketika ditemui di rumah kakak iparnya di Flet Simpang Kuala dekat sini, semalam.

Wan Nasiroh yang terkejut dengan kejadian itu kemudian menghubungi suaminya, Abdul Mutalib Arshad, 34, seorang juruteknik di sebuah kilang di Pulau Pinang.

Abdul Mutalib membawanya ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan dan doktor bertugas memaklumkan dia tidak mengandung.

Bagaimanapun, apabila dia menunjukkan kad rawatan ibu mengandung dikeluarkan Klinik Desa Batu Kawan, doktor menahannya di wad untuk pemeriksaan imbasan.

Saya terkejut apabila ujian dilakukan mendapati rahim kosong dan dikatakan tidak hamil, katanya.

Wan Nasiroh berkata, dia mula melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik desa itu pada 3 April lalu selepas mengandung tiga bulan dan diberikan kad rawatan berkenaan.

Sehari sebelum kejadian itu, saya ada menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Simpang Ampat Tasik dan kandungan dikatakan normal.

Jika benar saya mengalami keguguran, pasti ada janin keluar kerana usia kandungan sudah tujuh bulan, katanya.

"Ini tidak, yang ada hanya sedikit darah seperti darah haid ketika memeriksa peranakan pada pagi itu. Keadaan ini mengejutkan saya dan suami," katanya.

**********************************************

Kalau Tuhan mengkehendaki sesuatu, tidak ada yang mustahil padanya mesti ia berlaku atau terjadi. Di ketika Tuhan berkehendak melakukannya, yang tidak logik pun boleh berlaku. Kehendak Tuhan tidak bergantung kepada logik ataupun tidak logik, jika Dia berkehendak jadi, jika Dia tidak berkehendak tidak terjadi. Tuhan boleh melakukan sesuatu tanpa logik ia terjadi. Tuhan juga boleh menjadikan sesuatu yang logik berlaku. Logik atau tidak logik jika Tuhan berkehendak sesuatu ia pasti berlaku sebab logik atau tidak logik Tuhan juga yang menjadikannya.

Oleh itu janganlah kita yakin berlaku sesuatu hanya atas dasar logik sahaja kerana banyak perkara yang tidak logik berlaku atau terjadi. Ditakuti kita menuduh Tuhan secara tidak langsung bahawa Tuhan tidak mampu melakukan sesuatu yang tidak logik kecuali yang logik. Aqidah kita telah rosak tanpa kita tahu dan kita telah menuduh Tuhan lemah tanpa disedari.

Berhati-hatilah kita berfikir, jangan salah berfikir, takut menjadi kafir. Kuasa Tuhan adalah mutlak tidak terbatas logik atau tidak logik dengan kehendak Tuhan ia pasti berlaku. Ada juga yang tidak logik tidak berlaku kerana Tuhan tidak mahu bukan tidak mampu. Ada juga yang logik tidak terjadi bukan Tuhan tidak mampu, Tuhan tidak mahu. Tidak mahu dengan tidak mampu tentulah tidak sama. Tidak mahu bukan menunjukkan kelemahan Tuhan. Itu adalah pilihan Tuhan dengan hikmahnya mengapa Dia tidak mahu.

Tuhan mencipta makhluk yang halus mahupun yang besar sama saja. Walaupun kecil dan besar satu perbandingan di antara dua benda pada Tuhan tidak ada beza mengadakannya. Kecil pun Tuhan berkata kun maka terjadi, yang besar pun Tuhan katakan kun terjadi juga. Makhluk ada yang berat, ada yang ringan itu ukuran. Tuhan tidak terasa berat dan ringan, pada Tuhan sama sahaja. Tuhan mencipta tidak melalui alat. Kuasa Tuhan mutlak, tidak ada berkongsi dengan sebarang makhluk-Nya. Kuasa Tuhan diperlihatkan pada makhluk ciptaan-Nya. Kecil dan besar, berat dan ringan pada Tuhan sama sahaja.

 

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer