Kebenaran Hanya Dari Tuhan(2)

Kuliah Perjuangan


27/04/2006

Malam dan siang Tuhan sendiri yang buat, tidak ada campur tangan dan usaha-usaha manusia. Tetapi perkara yang hak dan batil, manusia yang melakukan dan mengusahakannya. Yang batil semua manusia tidak suka, sebab menyusahkan semua orang, dan yang hak semua manusia suka, sebab menyenangkan mereka. Sebab itulah, orang yang memperjuangkan yang hak, demi kebaikan semua, besar pahalanya. Bila dia mati dalam membuat perkara yang hak tersebut, ia mati syahid.

Kerana itu menegakkan yang hak lebih besar nilainya daripada sembahyang sunat, puasa sunnat, berzikir dan bertasbih. Sebab kebenaran itu datang sekali sekala sahaja, sedang yang batil datang selalu. Maka siapa yang memperjuangkan yang hak besar pahalanya dan dianggap jihad fisabilillah.

Menegakkan kebatilan mudah, tidak niatpun jadi. Kadang-kadang tak ada niat untuk berbuat jahat, tapi terbuat juga. Tapi untuk membuat kebenaran susah , mesti ada ilmu, ada niat dan usaha baru jadi..

Maka Tuhan sebut bila datang kebenaran, hilang kebatilan, macam bila datang malam siang terus hilang. Apa maksud Tuhan, bila kebenaran itu datang maka kebatilan pasti hilang? Orang sudah tidak membahas dan menghuraikan ayat ini, padahal ayat ini sudah sering kita dengar dari kecil lagi. Kebenaran yang dapat menyebabkan hilangnya kebatilan secara otomatik adalah kebenaran yang bersifat global. Kalau tak global, kebatilan tidak hilang. Kalau kebenaran itu global, dia indah dan menyenangkan. Orang baik atau orang jahat suka. Dia berlaku secara pakej, 1 set, global.

Pakej kebenaran yang global itu mesti bermula dangan adanya pemimpin kebenaran yang dilantik oleh Tuhan . Kalau tidak, pemimpin biasa tidak boleh membuat pakej itu. Pemimpin kebenaran ini diiring atau Tuhan lengkapkan dengan ilmu kebenaran dari Tuhan . Kalau pemimpin itu tidak mendapat ilmu kebenaran dari Tuhan, ia tidak akan mampu. Bila dia memperjuangkan ilmu dari Tuhan itu, ia akan mendapat kawan, maka lahirlah jemaah kebenaran . Di dalam jemaah kebenaran itulah pemimpin kebenaran dan pengikut-pengikutnya melahirlah sistem hidup kebenaran menggunakan panduan dari Tuhan. Bila lahir sistem ini baru nampak kebenaran itu global dan indah.

Orang jahatpun tertarik dan sanggup serah diri apatah lagi orang baik. Jadi yang dimaksudkan bila datang kebenaran yang batil pasti lenyap, ia bermula dengan datangnya pakej kebenaran iaitu pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, ilmu dari Tuhan, jemaah, sistem. Sistem itu mesti mencakup seluruh aspek kehidupan manusia kerana manusia hidup terlibat dengan berbagai sistem seperti sistem kemasyarakatan, sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem kebudayaan dan lain-lain lagi.

Kalau kebenaran itu tidak membawa satu sistem yang global, ianya tidak ada erti, cacat. Katalah kebenaran tu kita kata hanya pendidikan saja, sudah tentu tidak indah sebab manusia hidup tidak cukup hanya dengan pendidikan. Tapi memerlukan juga hiburan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain. Kebenaran itu mesti lengkap, tidak boleh hanya satu juzuk sahaja.

Di zaman ada rasul, Rasullah ilmunya wahyu . Di zaman tidak ada rasul, yang ada mujaddid, ilmunya ilmu ilham . Tetapi sayang sekali banyak orang yang menolak ilham. Menurut mereka ilham bukan sumber ilmu. Sebab itu di akhir zaman ini supaya Tuhan buatkan pada kita kebenaran hingga hilang kebatilan, mestilah kita lahirkan kebenaran itu secara global.

Sekian.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer