Keamanan Menjadi Penggerak


19/10/2005

MALAYSIA KE ARAH NEGARA PRIHATIN KEAMANAN DAN KEMANUSIAAN
Keamanan menjadi penggerak
Oleh: SIVAMURUGAN PANDIAN
Utusan Malaysia 18 Oktober 2005
Dalam buku A New Deal For Asia, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa krisis di Asia boleh membawa kepada pembentukan Abad Dunia(World Century), membina sebuah dunia baru yang berasaskan kepada `liberte, egalite, fraternite`,iaitu sebuah dunia baru yang diwarnai dengan rasa bertanggungjawab, liberal, saksama, produktif, menghormati, menghargai, dan prihatin ke atas kesamaan global yang merupakan tanggungjawab kesemua negara baik di timur, barat, utara dan selatan. Jelas, yang mahu diutarakan adalah keseimbangan di antara nilai material dan bukan material supaya menjadikan wang sebagai faktor yang berkecenderungan untuk memperbaiki taraf hidup masyarakat dan bukannya faktor penyebab untuk menentukan sesuatu agenda pendominasian ke atas masyarakat yang kurang berkemampuan dan lemah.
Beliau melihat keamanan akan dapat mempertahankan nilai kemanusiaan sejagat.
ULASAN
Umat Islam di seluruh dunia tidak akan bersatu dan berpadu kalau satu sama lain tidak diikat oleh satu aqidah dan satu syariat. Ajaran Islam yang mengatakan begitu. Tidak perlulah kita berbahas dan bertegang leher dan mengatakan bahawa umat Islam boleh juga bersatu dan berpadu kesatuan iman atau aqidah dan tanpa kesatuan syariat.
Yang jelasnya, umat Islam tidak akan bersatu dan berpadu atas dasar ekonomi, ideologi ataupun isme-isme yang lain. Ini kerana ekonomi, ideologi dan isme tidak ada elemen pembendung perpecahan. Dalam kata yang lain, tidak ada apa-apa dalam ekonomi, ideologi atau isme yang boleh membendung sifat-sifat mazmumah yang sangat memecah- belahkan manusia kerana di dalam ajaran ideologi atau isme atau jelasnya, dalam semua ajaran hasil dari teori akal fikiran manusia, tidak ada ajaran takutkan Allah, takutkan Neraka atau cintakan Allah.
Kalau manusia sudah tidak takutkan Tuhan dan Neraka-Nya, apa lagikah yang membendung dan menghalang manusia daripada melakukan kejahatan lahir dan batin yang boleh memecah-belahkan kehidupan manusia, yang boleh merenggangkan persaudaraan dan yang boleh menghancurkan perpaduan dan persatuan di kalangan umat.
Oleh itu, maka jelaslah bahawa ajaran ideologi atau teori akal fikiran manusia tidak akan boleh mencetuskan perpaduan di kalangan umat Islam kerana ikatannya tidak ada. Kalaupun dikatakan ada, ia adalah ikatan yang sangat lemah dan rapuh. Justeru itu, di dalam sesuatu jemaah atau parti atau sesebuah negara sekalipun, umat Islam tidak akan boleh bersatu dan berpadu kalau ikatan perpaduannya hanya setakat ajaran ideologi atau ajaran teori akal fikiran manusia.
Bahkan, di dalam sesebuah parti Islam sekalipun, kalau iman tidak benar-benar dihayati dan kalau syariat Islam berjalan secara longgar di kalangan
ahli-ahlinya, ia juga tidak akan melahirkan perpaduan yang kuat dan kukuh di kalangan ahli-ahli parti berkenaan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer