Ke Arah Melahirkan Masyarakat Berintegriti


08/11/2005

Membina masyarakat kaya integriti

Oleh Sapora Sipon

Mulai tahun ini, 5 November adalah Hari Integriti Nasional. Tentunya, keperluan integriti dan etika kepada rakyat Malaysia dan juga pembangunan negara amat relevan sehingga mendorong kerajaan memperuntukkan sehari dalam setiap tahun sebagai Hari Integriti Nasional.

Bagaimanapun, usaha untuk menjadi sebuah masyarakat dan negara maju bukan sahaja diasaskan pada kemajuan bidang ekonomi dan teknologi, tetapi ia perlu diiringi dengan pembangunan budaya, sosial, intelek dan rohani.

Transformasi ekonomi negara telah meninggalkan kesan ke atas keadaan sosial negara. Tidak dinafikan bahawa arus pemodenan sedikit sebanyak telah melibatkan penghakisan sistem nilai-nilai masyarakat Malaysia. Contoh penghakisan nilai ini boleh dilihat antara lainnya ke atas sikap tidak bertanggungjawab pemandu di jalan raya, kurang kepekaan sivik dan tindakan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan kemudahan awam.

Dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Majlis Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM), beliau menjelaskan bahawa mentaliti materialistik, suka kepada jalan mudah dan ingin cepat kaya juga semakin menular dalam budaya masyarakat Malaysia.

ULASAN

Satu panduan yang berupa risalah atau artikel atau buku kecil harus dikeluarkan dengan segera bagi menangani gejala-gejala masyarakat agar kaedah-kaedah atau formula-formula yang dilaksanakan itu tidak merupakan percubaan semata-mata atau `trial and error`. Biarlah kaedah itu tepat dan untuk tindakannya ada orang yang layak melaksanakannya secara ia sendiri menghayati dan diapplykan kena sasarannya agar usaha-usaha kita itu berkesan, selepas itu tidak ada lagi meraba-raba mencari formula serta sentiasa mencuba-cuba.

Mendidik binatang atau cara menanam pokok boleh dicuba-cuba. Kalau tidak tepat atau tidak menjadi dia tidak merosakkan generasi penerus. Binatang atau pokok itu boleh dimusnahkan sahaja atau dijual murah-murah atau disembelih dan dibuat sayur. Kemudian boleh cari formula (kaedah) yang lain untuk membuat percubaan kepada haiwan atau tanaman.

Tapi untuk mendidik manusia yang berperanan sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya serta penerus generasi yang ada, mana boleh mendidik mereka dengan membuat formula (kaedah) secara mencuba (trial and error) kerana kalau kaedah itu tidak tepat, akan musnahlah satu generasi yang generasi itu akan mendidik pula generasi berikutnya. Akan punahlah bangsa itu berlarut-larutan beratus-ratus tahun lamanya.

Oleh itu untuk menangani gejala sosial mana boleh sekadar dengan cara riuh-rendah diperkatakan di suratkhabar, disemarakkan dengan majlis forum merata negara, dibuat bermacam-macam undang-undang dan peraturan, digertak-gertak dan ditakut-takutkan dengan polis. Kita bimbang dengan usaha-usaha ini kalau ibarat gejala sosial itu merupakan pokok dedalu, ia akan menjadi baja untuk lebih menyuburkan pokok dedalu itu. Ertinya usaha kita itu akan menyuburkan lagi gejala-gejala sosial di dalam kehidupan kita.

Untuk menangani gejala sosial itu memerlukan golongan yang ikhlas, kita faham kepada siapa sebenarnya yang patut menjadi teras menangani masalah ini. Kita tahu golongan sampingan yang ikut serta untuk dibawa bersama.


Kita mengerti golongan yang mana pula yang sedang merosakkan untuk dibanteras dan puak mana pula yang mengambil kesempatan dengan kerosakan yang ada.

Kalau kita bukan orangnya menangani gejala sosial, kita jangan campurtangan walaupun kita ada jawatan atau orang terkenal. Kita serahlah kepada orang lain yang boleh membuat kerja ini. Tuhan tidak memberi seseorang itu pakar di semua bidang. Walaupun boleh mencabar kewibawaan kita, kalau kita tidak faham di bidang ini janganlah kita memandai-mandai. Kalau ada golongan yang lain, mungkin tidak menonjolkan diri atau keadaan tidak membolehkan dia menonjolkan diri, kita yang ada kuasa menonjolkannya. Kita tonjollah dia, kita bolehlah membantu dengan cara teknikal atau kewangan dan doa.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer