Kawal Remaja Dengan Cctv Atau Dengan Iman?


26/04/2006

Utusan Malaysia , berita utama 26 April 2006
SYOR CCTV DI SEKOLAH : Memorandum ketiga kementerian ke Kabinet atasi disiplin pelajar.

Kuala Lumpur 25 April- Satu memorandum mengenai masalah disiplin pelajar akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok yang akan turut membincangkan kemungkinan memasang kamera litar tertutup ( CCTV ) di sekolah-sekolah .................................

Ulasan :-

Kita perhatikan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh remaja-remaja kita ni khususnya pelajar-pelajar di sekolah yang bersekolah di
institusi-institusi yang dibina kerajaan dan dibiayai sepenuhnya kos-kos
operasinya oleh kerajaan makin hari makin meruncing sehingga timbulnya
usul kali ketiga kepada Kabinet oleh kementerian pelajaran bagi memasang kamera litar tertutup ( CCTV ).
Kita rasa agak pelik walaupun sebenarnya tak pelik bilamana semua
belanja yang tinggi , pemikir-pemikir yang handal-handal belaka ,
bergabung untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang , gemilang dan terbilang di samping dikenakan disiplin yang ketat , namun hasilnya
sangat mengecewakan.Kita yakin majoriti pelajar-pelajar yang bermasalah itu adalah anak-anak Melayu yang beragama Islam, maka sebab itu isu disiplin di kalangan pelajar ni di "highlight"kan menunjukkan betapa seriusnya masalah disiplin yang berlaku di kalangan anak remaja kita.Selepas ni apalah pula cadangan dan saranan yang hendak dibuat oleh pihak yang terlibat bagi mengatasi masalah yang bertambah kronik ni.

Kami ingin merakamkan rasa simpati kepada apa yang berlaku namun
juga ingin berkongsi pada tuan-tuan semua kaedah yang diajarkan oleh
Islam kepada kita bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang.Kami tak boleh nampak cara lain bagi mengatasi masalah
disiplin pelajar-pelajar yang makin kronik ini melainkan mengaplikasikan
kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita melalui sejarah yang
telah kita sama-sama baca. Namun tak ramai yang mahu mengambilnya
sebagai kaedah yang sangat berkesan bagi mengatasi masalah yang ada
hubungkait dengan manusia di semua peringkat.

Telah kita baca remaja-remaja di zaman kegemilangan Islam lebih 1500 tahun dahulu amat menjaga maruah diri dan pembela kepada agama. Sebagai contoh , ketika zaman pemerintahan Saidina Umar RA , apabila beliau berjalan-jalan untuk melihat rakyat di bawah permerintahannya , terjumpa beliau dengan seorang budak kecil pengembala kambing . Untuk menguji apakah kepimpinan beliau sebagai Khalifah Ummah sangat berkesan , maka dia berkata kepada budak pengembala kambing tadi. " Wahai budak , engkau jualkan kepada aku seekor daripada kambing gembalaan mu itu kepadaku , sekiranya tuan engkau bertanya , katakan kepadanya , kambing itu telah dimakan serigala".
Maka jawab budak itu " Tuan, walaupun tuan saya tidak ada , tapi Tuhan ada , dan Tuhan Maha Melihat ". Saidina Umar merasa amat bersyukur kepada Tuhan kerana rakyat di bawah pimpinannya , hatta kanak-kanak sekalipun sangat menjaga amanah lantas dimerdekakan budak itu.

Peristiwa yang diceritakan tadi menggambarkan kepada kita satu senario
yang berlaku di zaman kegemilangan Islam dahulu di mana umat Islam
ketika itu, hidup mereka sangat mengambil berat soal-soal iman ,
soal-soal rasa berTuhan dan soal-soal rasa kehambaan. Hinggalah terpahat di dalam Quran satu rekomendasi dari Tuhan bahawa mereka adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di tengah-tengah masyarakat , yang menegak yang ma'aruf dan mencegah yang mungkar. Namun itu adalah merupakan sejarah yang telah berlalu dan realitinya sekarang , umat Islam terutamanya remaja sedang menuju ke arah kehancuran dan sekiranya tidak ditangani segera maka hanya menunggu saat untuk dikuburkan sahaja.
Mungkin ada orang akan kata , kami ni extreme sangat , tapi kalau kita
teliti peristiwa-perisitiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini , murid
pukul guru , gangsterism , vandalism , dadah , curi , rompak dan
lain-lain gejala yang memeningkan kepala pihak berkuasa , rasanya
taklah extreme kot sebab yang extreme tu ialah mereka yang telah
melupakan dan mengabaikan apa yang telah diajarkan Rasul kepada kita
sebagai pusaka untuk selamat menuju kepada kehidupan yang sejahtera
dunia dan akhirat.

Apa yang kita nampak pada sistem pendidikan dan pelajaran yang
digunapakai oleh pihak yang bertanggungjawab sejak dari dahulu
lagi sehinggalah sekarang , lebih menitikberatkan soal "mental and
physical exercise". Sedangkan pada manusia yang nak dilahirkan tu ada 3
unsur. Dalam diri manusia itu ada fizikal ,ada mental dan ada spiritual.
Kami tak nak bincang sangat pasal mental dan fizikal ni sebab dah ramai
profesor-profesor dan ahli-ahlifizikal yang telah banyak menyumbang ke arah apa yang mereka perjuangkan di tengah masyarakat dan hasilnya telah kita lihat , lahirnya yang genius , dapat " A " sampai tak boleh
dibilang ,keadaan fizikal yang mantapkerana latihan-latihanjasmani yang keras dan lasak contohnya macam masuk kadet tentera dll.
Tapi tak ada seorang pun yang nak mengenengahkan soal pembentukan atau pendidikan spiritual secara serius dan intensif sebagaimana mereka mengenengahkan soal-soal mental dan fizikal. Sedangkan yang menyebabkan manusia itu nak jadi baik atau jahat terletak pada spiritualnya atau kalau nak guna bahasa Melayunya itulah dia rohnya.
Bila kita kata sedemikian , maka nanti adalah pulak orang akan kata , kan dah ada subjek agama di sekolah-sekolah. Yang kami cuba "highlight"kan di sini ialah bukan soal subjek, kerana subjek adalah bersifat ilmu yang letaknya pada mental. Tapikaminak "highlight"kan soal-soal penghayatan kepada ilmu agama yang dipelajari hingga menjadi pakaian di dalam kehidupan "si pelajar"nya.

Tentulah bila disebut soal penghayatan , ia lebih banyak menjurus ke
arah pemahaman , lebih menjurus ke arah keyakinan , lebih menjurus ke
arah penghayatan dan seterusnya kepada memperjuangkannya. Namun tak ada satu silibus pun menyatakan persoalan ini. Kerana apa ? Kerana bila memperkatakan soal roh atau spiritual , pastilah bukan setakat orang
yang ada degree , master atau phd . Tapi orang yang memperkatakan
soal-soal roh ini atau kerohanian ini pastilah orangnya yang paling
faham tentang roh. Bila disebut mental , makanannya adalah ilmu ,
fizikal makanannya ialah makanan yang berbentuk fizikal juga seperti
satay , rendang , nasi himpit dan lain-lain lagi . Dan roh pula
makanannya adalah hubungan atau contact dengan Tuhan dalam ertikata lain iman dan taqwa itulah makanan kepada roh dalam diri manusia itu. Sebab kerana tanpa iman dan taqwalah roh akan jadi lapar , bila lapar , kalau kita tengok dokumentari National Gegraphic , singa itu akan
menerkam apa sahaja depan mata untuk dijadikan makanan . Kalau lalu
orang , oranglah jadi habuannya , kalau lalu kerbau , kerbaulah jadi
mangsanya , kalau lalu kambing kemetot , kambing kemetot tu lah yang
jadi santapannya. Tapi bila dia kenyang , dia buat tak tahu sahaja apa
yang lalu kat depan dia.

Begitulah juga manusia ni , bila dia lapar , maka berantakanlah diri
manusia itu. Sebab sifat roh bila dia lapar , manusia itu akan jadi
tidak tenang , resah gelisah tak tentu arah . Maka tercari-carilah
mereka jalan untuk mengatasinya. Kalau terjumpa jalan dadah , maka
dadahlah diguna untuk hilangkan masalah resahnya , kalau jumpa disko ,
maka disko lah tempat dia melupakan masalahnya , kalau jumpa mat rempit, maka "throttle" motosikalnya itulah yang bisa melupakan kacau bilau dalam dirinya sehingga timbullah satu kepuasan palsu pada mereka
walaupun pada pengalaman kami mereka ni pada hujungnya selalu tersadung kat tepi jalan kena lenyek lori , kena redah dengan kereta atau paling tidak kena baling cota polis bila kena "road block". Semua ini adalah kerana mereka sangka inilah makanan roh mereka sedangkan hakikatnya diri mereka makin jauh dari Tuhan dan makin mereka lapar sehinggalah kalau tiada siapa yang mahu terjun ke tengah-tengah masyarakat menyelematkan mereka , maka pastilah kesudahan buruk pula menanti di alam sana.

Persoalannya siapakah mereka yang layak dipanggil atau digelar orang roh tersebut. Kalau zaman jahiliah dahulu Rasul lah orang roh yang telah berjaya memimpin roh manusia hingga menjadilah manusia jahiliah ketika itu manusia yang agung dan hebat sehingga disebut-sebut orang seantero
benua. Pergi ke Cina orang Cina terima , pergi ke Rom , orang Rom terima, pergi ke Parsi , orang Parsi terima , pergi ke Afrika , orang Afrika
terima , hatta bila sampai ke alam Nusantara kat belah sini pun orang
kat sini terima dengan senang hati. Semuanya kerana roh mereka yang dah cukup makan , dah tinggi rasa berTuhan dan mendalam rasa kehambaan ,sehingga terpancarlah pada fizik dan mental mereka wibawa yang tiada tandingannya. Hasil daripada roh yang sudah tergilap dan terpancar terang dalam diri manusia itu jugalah lahirnya satu tamaddun fizikal yang tiada tandingannya sebagaimana yang telah diperkatakan oleh
orang-orang Tartar ( Viking ) tentang umat Islam zaman dahulu " The man
who can draw words ". ( Manusia-manusia yang boleh melukis perkataan ) (celik huruf lah tu ). Pada zaman itu jugalah terciptanya
teknologi-teknologi yang ilmu asasnya diguna pakai sehingga kehari ini
seperti ilmu perubatan , ilmu pembinaan, astrologi dan sebagainya
Bukan setakat menanam iman kepada umat jahiliah , malah contoh dan suri teladan yang baik dapat dilihat pada peribadi baginda sehingga jadi
ikutan manusia ketika itu lalu di "fotostat"kan pada diri mereka hingga
jadi pakaian kehidupan lalu lahirlah "Muhammad, Muhammad, Muhammad" yang agung , yang hebat dan tersohor.

Sekarang Rasul telah lama meninggalkan kita. Rasul bersabda barangsiapa berpegang pada AlQuran dan Sunnah baginda, dia tak akan sesat. Orang ramai hari ini banyak dah bukukan hadith baginda , AlQuran tak payah sebut lagilah . Tapi kenapa umat Islam masih lagi macam ni. Masih tak selesai-selesai masalah. Remaja sebagai tiang negara , tiang dah nak mula reput dimakan anai-anai yang berkoloni banyaknya. Di Universiti ada fakulti AlQuran dan Sunnah , ada fakulti da'wah , ada fakulti tamaddun Islam yang dok kaji zaman kegemilangan Islam dahulu, ada fakulti ilmu wahyu dan sebagainya. Pokoknya sebut pasal Islam ni , kira semua dah cover dah. Tapi umat Islam masih tang tu juga. Sebagaimana yang kami dah katakan tadi , kalau setakat jadi ilmu yang melekat di akal , maka jadilah mereka sekadar tukang hafal sampai ke hujungnya. Tidak pada pemahaman , pengamalan , penghayatan , keyakinan lantas perjuangannya.
Tak ada bezanya mereka dengan orang yang belajar buat handphone , orang yang belajar buat jambatan , orang yang belajar buat kapal yang boleh terbang dan yang boleh belayar. Tapi orang akademik ni nampak juga hasilnya, kerana kita boleh nampak sample apa yang mereka buat macam handphone 3G sekarang ni lah. Itu hasil kajian dan penyelidikan sehingga mereka mencipta teknologi komukinasi yang canggih camtu. Tapi kalau bidang agama ni nak tunjuk apa ? Takkan sekadar nak tunjuk title dan jadi tukang cakap aje ? Tukang buat mana ? Maksud kami tukang buat manusia agar jadi manusia yang beriman dan bertaqwa. Jawapannya sendiri boleh beri.

Bila disebut oleh Rasul , baginda yang tercinta , tak sesat kalau kita
pegang pada AlQuran dengan Sunnahnya , Rasul ada sebut setiap awal kurun akan lahir orang bertanggungjawab mengembalikan tugas dan peranan Rasul setelah tiada Rasul. Atau dengan kata-kata lain , itulah dia peranan seorang Mujaddid. Sekarang kita sudah melepasi batas awal kurun , pastilah Mujaddid tu dah ada . Pastilah peranannya , kerja yang telah dibuat sudah membuahkan hasil setidak-tidaknya ada contoh untuk kita lihat. Kalau kita kaji dan renung betul-betul, takkanlah tak boleh
nampak kot. Kalau Rasul berperanan menyelamatkan manusia , pastilah dia juga berperanan sama juga. Cuma mungkin caranya ( method ) sahaja yang berlainan mengikut kesesuaian zaman. Sebab kalau zaman Rasul dahulu guna unta , kita sekarang guna Naza Ria. Kalau zaman Rasul dahulu guna wadi untuk tampung air kat padangn pasir , sekarang dah ada empangan besar macam empangan Aswan kat sungai Nil tu. Kalau zaman Rasul dahulu perhubungan guna dari mulut ke mulut, sekarang live, boleh terus tengok waktu tu juga macam orang tengok bola piala dunia yang nak ditayang kat dalam TV ni. Semuanya sekarang bertambah mudah dan ringkas. Tapi semudah dan seringkas itu jugalah manusia hancur, sehancur-hancur akhlak danperibadinya.

Jadi tentulah peranan Mujaddid ni sangat besar, sesuai dengan zaman serba express dan instant ni. Mujaddid ini bukan sekadar memberikan makanan roh pada manusia , tapi juga membawa sistem yang boleh memayungi manusia sehingga manusia selamat dunia dan akhirat. Siap dengan contoh dan teladan untuk diikuti.

Kalau nak cari jalan selamat , bukan setakat ilmunya sahaja yang kena tepat , tapi kena ada juga pemimpin yang tepat yang ditunjukkan Tuhan kepada kita untuk selamat. Sebab kalau melangit sekalipun ilmu kita , tanpa guru ,jawapannya semua orang tahu , syaitan lah guru dia.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer