Karzai & Ulama` Mengutuk Perbuatan Tentera Amerika


23/10/2005

PENDEKATAN PERJUANGAN HENDAKLAH BERLANDASKAN SYARIAT TUHAN

Ulama, Karzai berang perbuatan askar AS
KABUL: Presiden Afghanistan serta ulama mengutuk tindakan tentera Amerika Syarikat membakar dua lelaki Taliban kononnya untuk menakut-nakutkan penduduk kampung dan memberi amaran tunjuk perasaan anti-Amerika besar-besaran mungkin berlaku di seluruh
negara itu.
Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menuntut siasatan serta merta dilancarkan. Komander tentera Amerika di Bahagian Operasi sudah pun melancarkan siasatan dalaman. Komander itu menegaskan insiden berkenaan jika benar-benar berlaku adalah sesuatu yang amat `memualkan.

Jabatan Negara AS sudah pun mengarah semua kedutaan Amerika di seluruh dunia supaya memberi penerangan kepada penduduk setempat insiden berkenaan tidak melambangkan jatidiri dan nilai rakyat AS.

Pembakaran mayat adalah haram di sisi Islam dan salah seorang ketua ulama di Afghanistan, Faiz Mohammed membandingkan rakaman video wartawan bebas, Stephen Dupont itu dengan penderaan tahanan Iraq di penjara Abu Ghraib.

Penderaan di Abu Ghraib merosakkan reputasi Amerika di Iraq. Saya percaya insiden kali ini lebih teruk dan mengaibkan. Mereka melakukan perkara yang haram di segi syariat Islam. Semua rakyat Afghanistan terkejut dengan berita itu. Ia sangat memalukan.

Zahidullah berkata, laporan terbaru itu sama dengan pembunuhan besar-besaran dilakukan tentera Soviet Union yang dihalau daripada bumi Afghanistan pada 1989. Beliau memberi amaran Amerika bakal menerima nasib yang sama dengan Soviet.

ULASAN
Apa yang kita lihat, di mana sahaja berlaku krisis dan pergaduhan antara orang Islam dan orang bukan Islam, terutamanya di negara lain, orang Islamnya jelas tidak mengamalkan syariat. Syariat mereka longgar. Malahan ramai yang langsung telah meninggalkan syariat. Di kalangan orang agamanya pula seperti imam-imam, tok-tok guru dan pemimpin-Pemimpin agama,cepat melenting dan marah. Mereka bertindak bukan atas dasar iman dan ilmu tetapi atas dasar perasaan, emosi dan semangat. Mereka lebih cenderung menghukum dan membalas dendam dari mendidik dan menyelamatkan akidah dan jiwa manusia. Disebabkan itu, mereka menjadi tidak berdisiplin, jahat dan liar. Mereka tidak tahu berkasih-sayang, tidak tahu bertolak-ansur dan berlapang dada. Tidak hairanlah mengapa pergaduhan, krisis dan pembunuhan mudah berlaku.

Sebenarnya, yang tidak sama di antara orang Islam dan orang bukan Islam itu hanyalah tentang akidah sahaja.Di dalam Islam, tidak ada paksaan di dalam soal akidah. Islam tidak ada memaksa sesiapa pun yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Soal akidah soal
dalaman. la tidak menyentuh orang lain. Selain daripada itu, tuntutan syariat Islam sama ada syariat lahir mahupun syariat batin, merupakan keperluan bersama tidak kira bagi orang Islam mahupun yang bukan Islam. Ini kerana syariat Islam itu menyentuh soal kehidupan dan sesuai dengan fitrah manusia. Malahan ia memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia. Kerana fitrah semula jadi manusia itu sama tidak kira apa keturunan dan agamanya.
Oleh itu, kalau umat Islam betul-betul mengamalkan syariat, semua manusia pasti akan suka dan pasti akan senang hati kecuali kalau mereka itu kafir harbi yang sentiasa memusuhi dan hendak merosakkan umat Islam atau kalau fitrah mereka sudah rosak. Orang yang sudah rosak fitrahnya tidak boleh diambil kira sebab penilaiannya adalah semata-mata mengikut nafsu. Dia suka apa yang orang benci dan dia benci apa yang orang suka. Kebaikan yang timbul hasil daripada mengamalkan syariat pula akan dirasa bersama oleh semua manusia dalam masyarakat sama ada yang Islam mahupun yang bukan Islam.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer