Janji Dan Ikrar


15/03/2006

Ramai orang tidak sedar apabila dia bersembahyang, dia berjanji dan berikrar dengan Tuhan, atau dia sedar tetapi dia lupakan.

Kalau kita berjanji dengan manusia, kalau tidak ditunaikan boleh hilang keyakinan orang dan boleh membuatkan orang meradang. Ini menunjukkan janji itu mahal pada setiap orang.

Bila dengan Tuhan yang menjadikan kita, janji kita tidak tunaikan bermakna sembahyang itu tidak ada nilai disisi Tuhan. Oleh itu kalau orang faham, bila dia hendak sembahyang, dia merasa bimbang kerana takut-takut janjinya dengan Tuhan dia abaikan atau cuaikan atau ditinggalkan. Orang yang bersembahyang itu akan dicampakkan kedalam neraka Wail yang amat dalam.

Setiap kali kita bersembahyang, kita buat pengakuan hidup mati kerana Tuhan tetapi di luar sembahyang, kita ikut nafsu dan syaitan, menipu, rasuah, hasad dengki, tamak. Gila dunia, itulah jalan nafsu dan syaitan.

Di dalam sembahyang, kita meminta jalan yang lurus, iaitu jalan syariat Tuhan.
Di luar sembahyang kita buat kerja dan usaha dan bertindak tidak fikir halal dan haram.

Di dalam sembahyang kita buat pengakuan nak sembah Tuhan, nak minta kepada Tuhan.
Di luar sembahyang mengikut hawa nafsu, ertinya nafsu menjadi penyembahan.

Di dalam sembahyang mengaku nak meminta kepada Tuhan.
Di luar sembahyang mengikut jalan nafsu dan syaitan.

Di dalam sembahyang berikrar dan berjanji hendak mengikut jalan rasul dan nabi.
Di luar sembahyang ikut jalan pembesar-pembesar yang menyeleweng dari ajaran Tuhan dan artis-artis yang rosak akhlak dan perbuatan.

Di dalam sembahyang kita doakan kesejahteraan Umat Islam.
Di luar sembahyang kita hasad dengki dengan mereka, kita khianat dengan mereka, kita tipu mereka, kita minta rasuah dengan mereka, kita sombong dengan mereka, kita bohong dengan mereka dan melakukan curang.

Jadi nyatalah kebanyakan orang yang sembahyang, dia derhaka kepada Tuhan.

Setiap kali sembahyang, setiap kali pula berbohong dengan Tuhan.
Setiap kali sembahyang, kita mungkir janji dengan Tuhan.
Setiap kali sembahyang, kita menyenda-nyenda Tuhan.
Setiap kali selepas sembahyang, selepas itu dia bermusuh dengan Umat Islam. Munasabahlah orang yang sembahyang macam ini dilaknat Tuhan. Apabila dilaknat Tuhan, Tuhan campakkan kedalam neraka wail yang amat dalam. Itu orang yang sembahyang.

Orang yang tak sembahyang, orang yang tak terima Allah sebagai Tuhan, walaupun mereka percaya adanya Tuhan tetapi Tuhan tidak dijadikan Tuhan, kekallah di dalam neraka kerana hakikatnya orang itu sudah kafir dengan Tuhan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer