Isu Jarum Dan Kondom


10/07/2005

Assalamualaikum para pengunjung yang dihormati sekelian.

Selamat datang ke RufaqaDaily.com . RufaqaDaily.com merupakan laman web rasmi Rufaqa Corporation Sdn. Bhd . Ia merupakan satu platform atau wadah minda yang menyediakan berbagai jenis panduan yang diperlukan manusia untuk menuju kepada Tuhan. Kami menyediakan sajak-sajak, madah, kuliah, sedutan buku, forum, ulasan-ulasan isu semasa daripada kolumnis mingguan, kauseling dan sebagainya. Manakala bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat rasmi untuk berurusniaga dengan Rufaqa Corporation bolehlah melayari www.rufaqa.com yang memfokuskan khusus mengenai perkembangan terkini syarikat, senarai alamat rangkaian perniagaan Rufaqa Corporation, produk-produk terkini dan sebagainya.

______________________________________________________

Isu jarum dan kondom, ke mana akhirnya?

Apa perasaan anda apabila anak anda yang masih di bangku sekolah rendah bertanyakan kondom itu apa ibu? Bagaimana jawapan yang terbaik yang mampu anda katakan. Sebagai ibu bapa yang bertanggung jawab sudah tentu anda akan bimbang dan risau dengan fenomena ini. Anak-anak yang masih bersih pemikiranya akan tercorak sama dengan isu ini. Kita pun tidak akan mampu menghalang mereka daripada terbaca atau terdengar perbualan tentang persoalan ini, lebih-lebih lagilah anak-anak di zaman era globalisasi serba canggih ini ternyata lebih advance daripada ibubapanya dalam menguasai technology maklumat. Begitulah nasib anak zaman. Apabila telah mengetahuinya maka akan timbul pula naluri ingin mencuba, kalaulah tanpa bimbingan dan pemantauan secara serius dari ibubapa, kita amat bimbang kesannya pada anak-anak kita. Akhirnya anak-anak yang tidak berdosalah yang akan menjadi mangsa keadaan. Inilah kesan sampingan daripada persoalan jarum dan kondom ini.

Sebagai umat Islam, apabila Tuhan datangkan satu masalah besar seperti ini wajarlah kita kembali merujuk kepada Tuhan dalam mencari jalan penyelesaiannya. Tuhan yang mendatangkan ujian ini kepada hambaNya maka sudah tentu Dia juga punya jalan keluarnya. Begitu juga amat penting untuk kita mengetahui apakah maksud Tuhan di sebalik penyakit ini.

Ada beberapa persoalan yang perlu dikenalpasti dalam mencari penyelesaian masalah ini.

1. Mengenalpasti penyakit
2. Mencari punca penyakit
3. Bagaimana menghindarinya daripada berlaku
4. Kaedah mengubatinya
5. Mencari apa maksud Tuhan di sebalik kejadian ini
6. Perancangan halus musuh dalam merosakkan umat Islam

1. Mengenal pasti penyakit

Jarum dan kondom adalah sinonim dengan AIDS dan HIV. Dunia sedang dilanda wabak bahaya ini yang menyaksikan jutaan manusia maut kerananya. Lebih menyedihkan lagi umat Islamlah yang paling banyak menjadi mangsanya terutama negara-negara dunia ke tiga. Apakah ini kebetulan? Ataupun ada satu master planning disebalik ini? Sedangkan umat Islam Tuhan sebut di dalam Al Quran sebagai sebaik-baik umat. Mengapakah Tuhan sampai menurunkan kutukan sebegitu hina kepada umat Islam. Kalau kita renung sejenak sejarah menceritakan kepada kita bagaimana kaum Nabi Luth di turunkan bala oleh Tuhan akibat mengamalkan homoseks. Mengapa kita tidak belajar dari sejarah ini?

2. Mencari punca penyakit.

Secara lahirnya seperti mana yang kita sedia maklum AIDS berpunca daripada, dadah, perkongsian jarum, hubungan seks bebas dan seumpamanya. Ini tidak perlu dibahaskan lagi, dah menjadi pengetahuan umum.

Secara rohaniahnya pula memang tidak dapat dinafikan ia adalah berpunca daripada Angkara Iblis Dan Syaitan. Penyakit yang sudah menjadi wabak yang melanda berleluasa ini ialah berpunca dari DOSA. Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan. Segala perbuatan di atas adalah di larang dan dikutuk Tuhan, maka apabila manusia menentang perintah Tuhan, beginilah akibatnya. Tuhan apabila sudah murka, maka hukumannya amat berat sekali. Jangan under estimate kemampuan Tuhan dalam bertindak. Fenomena Tsunami sepatutnya sudah cukup mengajar kita tentang kekuasaan Tuhan, yang Maha mampu menghancurkan bumi dalam sekelip mata. Kalau manusia ingkar perintahNya maka azab Tuhan ternyata amat dahsyat di dunia lagi sudah tersiksa, di akhirat lebih-lebih lagi kekal abadi selamanya.

3. Bagaimana menghindarnya daripada berlaku?

Apabila sudah sedar akan punca masalah ini, langkah seterusnya ialah membawa manusia kembali mencintai dan takuti Tuhan. Pelbagai program jangka panjang dan jangka pendek dalam mendidik manusia untuk kembali kepada Tuhan perlu di jalankan secara serius dan terancang. Pada waktu yang sama jalan-jalan kemungkaran hendaklah dibendung. Apa yang berlaku sekarang ialah kita seolah-olah menutup sebelah mata terhadap kemungkaran dan maksiat yang dirancang begitu terperinci bagi merosakkan umat Islam. Pada masa yang sama kita membuang masa, tenaga, wang ringgit yang begitu banyak untuk merawatinya tetapi terlupa untuk mencari jalan membendung puncanya.

Kesedaran dan pendidikan tentang amalan seks yang selamat tidak cukup kerana ia tidak akan mampu untuk berhadapan dengan godaan nafsu dan syaitan yang ternyata amat kuat pengaruhnya. Langkah paling tepat ialah menguatkan benteng iman agar masing-masing sedar bahawa selagi manusia tidak hidup selari dengan perintah Tuhan maka selama inilah dia tidak akan selamat samada di dunia mahupun di akhirat.

4. Kaedah mengubatinya?

Kalau tadi kita membahaskan secara umum langkah pencegahan, maka bagi kes-kes di mana mereka yang sudah terjebak bagaimana pula jalan keluarnya secara Islam. Bagi yang sudah mengidap penyakit ini, sebagai seorang Islam mereka perlu di beri kesedaran supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Bukannya di dorong lagi dengan memberi hadiah kondom dan jarum secara percuma. Mereka perlu dibawa kembali kepada Tuhan , diberi didikan, kasih sayang, peluang dan harapan untuk menebus kembali dosa-dosa yang telah dilakukan. Ini merupakan saat-saat genting dalam hidup mereka kerana saki baki hidup yang ada sepatutnya dipandu dan di bimbing untuk menuju kepada Tuhan. Sekurang-kurangnya mereka diberi kesempatan untuk membersih diri sebelum mengadap Ilahi.

5. Apakah maksud Tuhan di sebalik ditimpanya penyakit ini?

Tuhan tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia. Maha Suci Tuhan daripada melakukan sesuatu dengan sia-sia. Sejarah membuktikan umat-umat terdahulu dihukum Tuhan di dunia lagi di atas keingkaran mereka. Ia juga sebagai iktibar kepada umat-umat yang akan datang supaya mengambil pengajaran daripadanya. Simpati dan perikemanusiaan kita kepada pengidap AIDS yang ditimpa bencana ini akibat dosa yang dilakukan ialah dengan memberi keinsafan dan memandu untuk kembali kepada Tuhan. Bukannya dengan cuba memberi harapan , sanjungan dan penghargaan palsu seolah-olah merekalah wira sedangkan ternyata ianya adalah kutukan Tuhan terhadap dosa yang dilakukan. Kenyataan pahit ini perlu diterima bahawa setiap bala yang menimpa umat ini adalah lambang kemurkaan Tuhan. Amat malang sekali kalau mereka pergi menemui Tuhan dalam keadaan tidak sempat bertaubat di atas dosa yang dilakukan justeru tidak diberi ruang dan peluang untuk kembali kepada Tuhan.

(Untuk mendapatkan huraian terperinci mengenai kaedah praktikal pencegahan dan perubatan masalah ini dapatkan buku Menangani Gejala Sosial Menurut Islam terbitan Penerbitan Minda Ikhwan)

6. Perancangan halus musuh dalam merosakkan umat Islam

Pada masa yang sama kita jangan lupa siapakah dalang disebalik perancangan merosakkan umat Islam ini. Musuh utama Islam ialah Yahudi dan Nasrani. Tuhan telah sebut jelas di dalam Al Quran

Tidak sekali-kali akan redho Yahudi dan Nasrani selagi kamu tidak mengikut jalan mereka

Cuba kita lihat siapakah tuan punya rangkaian drug companies terbesar di dunia? Siapakah yang akan mengaut keuntungan di atas kerosakan umat Islam melalui perdagangan dadah? Siapakah yang akan menjadi kaya raya hasil pemberian percuma jarum dan kondom ini? Siapakah yang sedang menangguk di air keruh dan siapa pula yang sedang terjerat dalam jaringan perangkapnya? Sampai bila umat Islam menjadi mangsa diperkotak katikkan oleh musuh? Tipuan yahudi sebenarnya sangat halus.

Insya Allah dalam siri-siri yang akan datang kita akan huraian secara terperinci bagaimana tipudaya halus yahudi terhadap umat Islam.

Sekian

Berikan ULASAN Anda di sini.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer