Islamnya Kerana Akhlak Rasulullah(2)


04/04/2006

Saidina Umar terdiam mendengar bicara Rasulullah yang penuh lemah lembut dan berhikmah.Dia sedar jika dirinya tidak ditenteramkan oleh baginda,sudah tentu si yahudi itu akan dikerjakannya.

Baginda meneruskan kata-katanya," Usahakanlah supaya dibayar hutangku itu,dan ditambah lagi sebanyak 20 gantang kurma.Moga-moga hilang marahnya."

Saidina Umar berpaling untuk melangkah ke rumahnya bagi mendapatkan gandum sebagaimana yang diminya oleh Rasulullah.Namun belum sempat dia berbuat demikian,Zaid menahannya. "Nanti dulu Umar!"

Suara Zaid bin Su`nah berubah menjadi lembut. "Semua yang aku saksikan hari ini merupakan tanda-tanda kenabian Muhammad.Aku telah melihat dari wajahnya yang baginda adalah seorang utusan Allah."

"Maksudmu?" tanya Saidina Umar kehairanan.

"Sebenarnya aku datang ke sini semata-mata untuk menguji adakah Muhammad seorang penyantun dan pemaaf sepertimana yang diceritakan orang.Kini semuanya telah terbukti dimana sifat penyantunnya sentiasa mendahului kemarahannya.Memang benarlah dia seorang nabi.Oleh itu,sekarang aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah daqn Muhammad itu pesuruh Allah,"
ucap Zaid.

Akhlak Rasulullah yang sabar dan penyantun telah menyebabkan Zaid Bin Su`nah yang bersikap kasar tertarik untuk memeluk Islam. Demikianlah mulianya peribadi Rasulullah SAW.Sepatutnya, kita sebagai umat baginda turut mencontohi akhlak terpuji itu.Apabila akhlak mulia menjadi hiasan diri kita,tentu ramai orang akan tertarik untuk mendekati Islam kerana Islamlah yang mendidik kita begitu.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer