Islamnya Kerana Akhlak Rasulullah(1)


03/04/2006

Pada suatu hari sedang Rasulullah dan Saidina Umar berbincang dihadapan rumah baginda,tiba-tiba datang seorang yahudi bernama Zaid bin Su`nah.Dengan wajah yang bengis,dia berdiri sambil bercekak pinggang.Tanpa disangka-sangka,Zaid bin Su `nah telah menarik kuat kain ridak yang sedang melilit leher baginda.Ridak yang diperbuat dari kain yang kasar itu telah menyebabkan leher baginda melecet.

Tanpa memperdulikan leher Rasulullah yang melecet Zaid terus membentak,"Wahai keturunan Abdul Mutalib!Memang engkau ini dari keturunan yang suka menangguhkan hutang.Cepat!Bayarkan hutangku segera!"

Sejak awal lagi Saidina Umar tidak menyenangi sikap orang Yahudi itu yang terlalu kasar terhadap baginda Rasulullah saw.Jelas dari wajahnya yang dia mahu bertindakbalas terhadap kekasaran yahudi itu.Namun Rasulullah berkata dengan tenang,"Wahai Umar,bersabarlah." Rasulullah memang kenal dengan sikap Saidina Umar yang tidak sanggup melihat baginda direndah-rendahkan seperti itu.Baginda sendiri dapat mengawal kemarahannya terhadap orang yahudi itu. Sambung Baginda lagi,"Antara kami memang ada urusan hutang.Biarlah kami berdua saja yang menyelesaikannya.Bukankah lebih baik,engkau menyuruhku supaya membayar hutangnya dengan baik dan menasihatinya supaya dia menagih hutangnya juga secara baik.Sebenarnya dalam perjanjian kami dahulu,aku masih ada 3 hari lagi untuk membayar hutangnya.Tetapi tidak mengapalah"

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer