Islam Gharib(2)

Kuliah Umum


22/05/2006

Berbahagialah Orang Yang Gharib
Rasulullah SAW berkata, orang yang dagang ini berbahagialah. Untung sangatlah, bertuah sangatlah. apa untungnya/apa bahagianya?Kerana mereka mampu baiki apa yang dirosakkan oleh manusia. Orang ajak dunia semata-mata, dia ajak ke akhirat, ajak cinta dan takut pada Tuhan. Orang ramai fikir kepentingan diri, yang umat Islam memikirkan bagaimana hendak buat baik pada orang.

Rasulullah SAW bersabda, sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Jadi berbahagialah, bertuahlah orang yang pelik ini, orang yang dagang ini. Mengapa dianggap bertuah?Dia membetulkan apa yang salah. Yang rosak dibaiki, yang cacat dibetulkan, yang pecah belah disatukan. Dari tak kenal Tuhan kepada kenal Tuhan, tak perjuangkan akhirat kepada perjuangkan akhirat. Berbahagialah orang yang gharib. Bertuahlah mereka membaiki apa yang telah dirosakkan orang, baiki cara orang berfikir. Sebelum ini fikir dunia semata-mata, lalu dia ajak cinta Tuhan, cinta akhirat.

Rasulullah SAW kata dalam hadis tadi Islam akan dagang semula sepertimana mula-mula datang. Ramai orang terkejut. kata Rasulullah SAW di akhir zaman akan berlaku orang yang pelik ini, orang yang terpinggir ini, orang yang dagang ini, akan kembali sepertimana asal. Berbahagialah orang yang kembali dagang seperti awal Islam dulu. Karena mereka akan membaiki apa yang dirosakkan manusia.

Ada maksud tersirat, bahagia ada 2 makna, orang yang pelik, yang paling bahagia di akhirat dengan rahmat dan nikmat dengan keredhaan Tuhan, keampunan Tuhan. Tapi di akhir zaman kalau panjang umur, di dunia dapat bahagia. Mengapa?Yang rosak sudah jadi baik. Yang rosak sudah dibaiki oleh orang Islam. Umat Islam akan gemilang kali kedua. Setelah rosak dibaiki, setelah cacat di baiki, kalau panjang umur akan dapat saksikan perubahan itu. Kita akan saksikan yang cacat jadi baik, jadi ertinya di dunia lagi kalau panjang umur akan rasa bahagia, rasa terhibur karena Tuhan sudah jadi hiburan sementara waktu. Orang berpecah belah bersatu semula, tak kenal Tuhan boleh kenal, orang tak cinta Tuhan boleh cinta, huru hara jadi aman damai. Itulah yang dimaksudkan hiburan sementara waktu. Hiburan yang sebenar di akhirat nanti. Orang yang dapat baiki benda yang rosak, ini orang yang berjasa. Maka berbahagialah di akhirat.

Tapi yang panjang umur sempat tengok di dunia lagi, aman damai hidup penuh harmoni, tak ada gejala masyarakat. Tapi untuk jadi orang dagang bukan senang, sebuah kereta sudah rosak, rosak sangat, apakah senang untuk dibaiki semula? Tentu susah. Ia memerlukan orang yang benar-benar bertaqwa.

Contoh kita ambil yang kecil sedikit, yang kecil tentulah mudah. Kalau perkara kecil pun tak boleh jadi orang ganjil, Katalah fitrah manusia samada lelaki atau perempuan ialah nak kahwin. Itu fitrah. Fitrah itu yang disukai oleh hati. hati suka. kalau kita kendalikan sesuatu yang kita suka, tak mampu, kita tak boleh jadi orang gharib, maka bukan kitalah orangnya. Sebulan kahwin boleh tahan. Masuk 2 bulan sudah krisis, maka bukan kitalah orangnya. Walaupun kahwin itu fitrah, maka masa yang sama tak terlepas dari salah silap, timbul krisis, untuk selesaikan krisis tak pandai, maka kita tak boleh jadi orang pelik. Gertak, hilang pertimbangan, bukan cara itu untuk baiki krisis rumahtangga tapi bincang apa yang tak kena.

Kalau contoh yang besar sedikit, lagi gagallah. Katalah poligami, bukan senang untuk satukan 2,3,4 isteri. Kalau tak boleh disatukan tak boleh jadi orang ghariblah, jadi orang biasalah. Yang jadi pelik itu, ialah benda yang tak logik berlaku. Patut dia syukur Tuhan bantu dapat 2,3 isteri. Moga-moga kita pandai apply dalam sikap kita agar kita jadi orang pelik jadi orang bahagia di akhirat dan di dunia kalau panjang umur.

Sekian

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer