Islam Gharib(1)

Kuliah Umum


21/05/2006

Terima kasih Tuhan, moga-moga dapat menambahkan ilmu lagi, sebab menambahkan ilmu itu penting, dengan ilmu boleh memimpin diri kita, moga dengan panduan ilmu yang Tuhan beri kita akan jadi orang bertaqwa atau orang yang gharib/pelik di akhir zaman, sepertimana sebuah sabda Rasulullah SAW yg berbunyi : "Bismillah. ertinya Islam mula-mula datang keadaannya dagang dan akan jadi dagang semula, seperti mula-mula datangnya maka berbahagialah orang yang ganjil yang mereka telah membaiki apa yang telah dirosakkan manusia."

Selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah SAW, moga-moga dengan berkatnya kita menjadi orang yang gharib di akhir zaman ini. Siapa yang jadi orang gharib/pelik/ganjil di akhir zaman, dianggap oleh Rasul orang yang berbahagia.

Moga-moga kita faham betul akan hadis "Islam mula datang keadaannya dagang, dan akan kembali dagang dengan seperti mulanya datang. Maka berbahagialah orang yang dagang itu atau bertuahlah karena mereka telah membaiki apa yang telah dirosakkan manusia.

Didalam hadis ini ada 4 perkara :
1. Dagang
2. Kembali dagang
3. Bertuahlah orang yang dagang
4. Orang yang gharib dapat membaiki apa yang dirosakkan orang.

Arti Dagang Dan Kembali Dagang
Apa maksud dagang? Asing, pelik, terpinggir atau ganjil. Rasulullah kata dagang itu ialah pelik, asing, terpinggir atau ganjil. Dagang ini orang berdagang, orang musafir ke tempat orang. Cuba kita kaji orang musafir ke tempat orang bagaimana? Kita tak kenal orang, orang tak kenal kita, orang pandang kita tercengang-cengang, kita pandang orang pun tercengang-cengang, sebab orang tengok kita lain macam, sebab dia tak pernah tengok kita. Budaya tak sama, cara makan tak sama, kita pelik tengok mereka, mereka pun pelik tengok kita.

Kalau hendak dikiaskan awal-awal Islam, orang yang terima Islam peringkat awal, orang ramai tengok mereka pelik. Mengapa? Kerana perangai tak sama, cita-cita tak sama, budaya tak sama. Orang yang mula-mula masuk Islam, tiba-tiba takutkan Tuhan, cintakan Tuhan sedangkan orang ramai tak begitu. Mereka (orang ramai) takut susah, takut miskin, cintakan harta. Jadilah 2 puak yang berbeza. Orang ramai pelik tengok mereka : ini orang mana? Ada satu puak tiba-tiba cintakan akhirat, ajak orang cinta akhirat, jadi orang pelik. Orang ramai tak fikir mati, fikir dunia sahaja, fikir hidup sahaja. Orang Islam menjadi orang pelik. Mereka sebut Tuhan, orang ramai sebut hal-hal dunia.

Orang Islam peringkat awal bermati-matian perjuangkan Tuhan, orang ramai pelik mengapa buang duit untuk perjuangkan Tuhan, sedangkan orang ramai sampai berperang perjuangkan dunia. Sama-sama pelik. Orang lain berpecah belah, orang yang Islam ini ajak bersatu padu, orang lain fikirkan diri, orang yang gharib ini mau buat baik dengan orang, orang ramai tengok pelik, dianggap bodoh, orang tak boleh terima, akhirnya dipinggirkan.

Begitulah Rasulullah SAW menggambarkan orang Islam itu pelik, terpinggir, seperti gagak sama gagak bergaul tapi diantara gagak hitam, ada seekor yg merah. Kan pelik, gagak, gagaklah tapi mengapa merah tak seperti aku? Kan pelik, jenis sama, spesies sama tapi kenapa dia merah tak hitam? Sebab itu Rasulullah SAW kata gharib.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer