Islam Bukan Slogan Tetapi Untuk Diapplikasi Dalam Kehidupan


31/10/2006

Di seluruh dunia hari ini, keamanan sudah tidak wujud lagi. Maksiat jadi budaya hidup yang diperjuangkan. Perpaduan hancur lebur, hatta dalam rumahtangga pun tiada lagi kasih sayang yang hakiki lagi. Perang dan rusuhan makin bertambah dan menjadi-jadi.

Krisis politik makin kusut dan meruncing. Penyelewengan dan penipuan dalam ekomoni makin menjadi-jadi.Rusuhan tidak dapat dibendung lagi. Manusia benar-benar hidup dalam nafsi-nafsi. Tuhan tidak ada tempat dalam kehidupan. Al Quran hanya untuk berhibur-hibur. Undang-undangnya dipertikaikan dan tidak diterima dalam perundangan hidup manusia abad ini.

Sungguh dunia hari ini dan kehidupan manusia-manusia sudah rosak sama sekali. Kalaulah hal ini dibiarkan terus-menerus berlaku, kita bimbang kita dan anak cucu kita akan terseret sama dalam kemurkaan Allah dunia dan akhirat. Tapi apa daya usaha yang boleh kita lakukan untuk menghadapi masalah dunia ini? Kita masih terlalu lemah dalam apa hal sekalipun.

Mendengar pekikan-pekikan dari pejuang Islam di seluruh dunia, rasanya seolah-olah mudah saja dunia ini hendak diIslamkan kembali. Dan rasanya apa juga masalah dunia akan dapat diselesaikan tidak berapa lama lagi. Tapi bila dilihat pada realiti yang wujud, kita jadi kecewa bila melihat Islam yang ditempikkan itu hanya jadi angin yang tidak boleh dilihat.

Usaha-usaha praktikal untuk mengkotakan cita-cita perjuangan yang ditempikkan itu belum dimulakan lagi. Lantaran itu, pejuang-pejuang Islam sendiri masih terlibat secara langsung dengan ekonomi riba, pendidikan sekular, politik demokrasi kotor, sosial lucah yang menghalalkan percampuran lelaki perempuan, hiburan-hiburan yang melalaikan, makanan syubhat, pakaian dan hiasan ala Yahudi, rumah bagai muzium dan anak isteri yang tidak dididik dengan Islam. Dan hal yang kecil kepada yang besar, mereka belum menukarkannya dari jahiliah kepada Islam. Ramadhan yang sudah silih berganti datangnya dan ibadah-ibadah lain yang banyak dilakukan tidak pun mendorong mereka untuk berubah dari memperturutkan nafsu kepada mentaati Allah. Tegasnya ibadah mereka tidak mengembalikan mereka kepada fitrah murni yang taat kepada Allah

Apa harapan untuk mereka mengubah dunia jahiliah ini kepada dunia Islam? Kita hairan dan masyarakat akan tertanya-tanya bila dan bagaimana peralihan hidup kepada Islam mahu dimulakan. Supaya kita dan mereka tidak lagi berada dalam suasana dan sistem mungkar yang diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam. Supaya Islam bukan lagi untuk slogan dan tempikkan tetapi untuk diamalkan dan dikerjakan. Supaya Islam dan mereka tidak lagi berada dalam suasana dan sistem mungkar yang diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam. Supaya Islam bukan hanya dalam kertas, di pentas dan diseminarkan tapi untuk dibangunkan, dilaksanakan dalam kehidupan dan buktikan secara realiti. Supaya Allah dan Rasul serta orang mukmin dapat menilai. Supaya teryata siapa yang benar-benar inginkan Islam pada orang ramai, untuk menarik perhatian masyarakat kepadanya.

Bercakap tentang Islam memang mudah. Tapi mengamalkan Islam itu susah. Orang yang bercakap tentang kebaikan belum tentu dapat melakukan kebaikan tersebut. Sebab untuk bercakap kita memerlukan ilmu tapi untuk beramal memerlukan iman dan taqwa. Sebab itu Sayidina Ah karamallahu wajhah pemah berkata. Orang alim yang tidak bertaqwa, katanya tidak akan berbekas di hati manusia Seperti hujan yang turun di atas batu yang licin atau di atas telur burung kasawari. Maknanya cakap orang yang berilmu tapi tidak bertaqwa itu tidak boleh mengubah orang dari kurang baik kepada lebih baik. Tegasnya, orang yang tidak dapat hendak beramal dengan kata-katanya. Di dengar sedap, tapi tidak dapat hendak beramal dengannya. Hanya berteori tapi tidak untuk dipraktikkan. Mengapa orang yang tidak bertaqwa tidak dapat menegakkan Islam dengan kehidupan, dan tidak dapat membuatkan orang lain beramal dengan ajarannya? Ini berdasarkan firman Allah:

Terjemahannya: " Dan Allah itu pemhela orang-orang yang bertaqwa." (Al Jaathiyah :19)

Allah tidak kata Dia akan bela orang Islam. Maknanya Islam saja tapi tidak bertaqwa, tidak akan dibela atau ditolong oleh Allah. Bila Allah tidak mahu tolong, maka usaha atau perjuangan tidak akan sampai ke matlamatnya. Islam yang kita ingin, tidak ketemu jalan-jalan untuk melaksanakannya. Tinggallah cita-cita sebesar gunung tapi keupayaan terdampar di bumi.

Oleh itu, perjuangan kita kalau mahu dibantu oleh Allah hendaklah diasas dan didorong oleh iman dan taqwa . Senjata perjuangan Islam yang terpenting ialah iman dan taqwa yang dimiliki oleh tiap-tiap peribadi pejuang-pejuangnya. Sebab itu program-program untuk mendapatkan iman dan taqwa mesti ada program terpenting dalam perjuangan kita. Dan kalau ada aktiviti-aktiviti yang boleh melemahkan iman dan taqwa, itu mesti dihindarkan.

Jemaah yang dianggotai oleh orang-orang bertaqwa, sekalipun kecil akan lebih bertenaga daripada jemaah yang besar tapi tidak membawa taqwa.
Firman Allah:
Terjemahannya: " Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah." (Al Baqarah: 249)

Jemaah yang ahlinya banyak melakukan dosa, tidak akan mendapat bantuan dari Allah. Sebab itu tugas penting kita sekarang ialah mendidik manusia menjadi hamba yang bertaqwa, yang takut untuk melakukan dosa dan rindu pada Tuhannya. Bila tenaga-tenaga begitu sudah tersedia, waktu itu moga-moga Allah akan beri kepercayaan pada kita untuk menegakkan agamaNya di bumi ini.

Dengan taqwa, seseorang tidak akan merelakan diri dan keluarga serta masyarakatnya berada dalam suasana hidup jahiliah. Jemaah orang bertaqwa akan membebaskan diri dari sebarang sistem yang bertentangan dengan Islam. Mereka berjuang dan berkorban untuk menegakkan Islam dalam masyarakat mereka sekurang-kurangnya. Mereka bimbang kalau-kalau mereka mati dalam keadaan bergelumang dengan dosa-dosa lahir atau batin, fardhu ain atau fardhu kifayah yang belum selesai dan dosa-dosa dengan Allah atau dengan manusia.

Orang bertaqwa adalah orang-orang yang berkorban hidup matinya untuk Allah. Dalam perjuangan mereka tidak ada kerjasama dengan orang yang mungkar atau buat maksiat. Mereka merdeka dari bersandar dengan musuh Allah walau dalam apa keperluan.

Mereka ada kekuatan sendiri yang disandarkan pada Allah SWT. Taqwa mereka menjadikan mereka rela berkorban dan berani menegakkan Islam dalam masyarakat di mana saja mereka berada.
Allah berfirman:
Terjemahannya: " Maka barangsiapa yang bertaqwa dan berbuat kebajikan maka tiada perasaan takut pada mereka dan tidak pula berdukacita." (Al Araf. 35)

Tidak berlakunya semua itu dalam masyarakat kita hari ini, hatta dalam jemaah-jemaah Islam, ialah kerana kita belum bertaqwa. Oleh itu marilah kita mengusahakan jemaah orang-orang yang bertaqwa. Moga-moga Ramadhan ini memberi kekuatan asas pada kita untuk memperjuangkannya. Dan jadikanlah hari raya ini sebagai hari pertama kita memulakan program-program yang boleh melahirkan hamba-hamba Allah yang bertaqwa.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer