Ilmu Tajdid, Taqwa : Senjata Orang Mukmin Lebih Canggih Dari Senjata Moden


11/09/2006

Usaha mengesan Osama makin pudar
WASHINGTON 10 Sept. Lima tahun selepas peristiwa 11 September 2001, usaha menjejaki Osama bin Laden, yang merupakan perancang utama dan pemimpin rangkaian Al-Qaeda, semakin pudar.

The Washington Post melaporkan, para komando Amerika Syarikat (AS) yang ditugaskan menangkap atau membunuh Osama juga tidak mendapat maklumat kukuh mengenainya sejak dua tahun ini.

Tidak ada sebarang maklumat daripada dunia perisikan AS yang besar itu - tidak ada maklumat daripada pemberi maklumat, tidak ada kebocoran rahsia daripada pemintas elektronik, tidak ada bayang-bayang dari imej satelit yang membawa kepada kedudukan sebenar pemimpin Al-Qaeda itu.

Beberapa aset berguna yang kami peroleh tidak memberikan kami maklumat perisikan tepat, yang boleh membawa kepada penangkapannya, kata seorang pegawai perisikan kepada The Washington Post.

Osama dipercayai bersembunyi di utara wilayah autonomi puak di sempadan Afghanistan-Pakistan.

Menurut laporan akhbar tersebut, berikutan permintaan Presiden AS, George W. Bush bagi mengadakan zon banjir, Agensi Perisikan Pusat (CIA) telah menambah secara mendadak kakitangan perisikan dan peralatan yang digunakan bagi memburu Osama.

Bagaimanapun menurut beberapa pegawai perisikan antipengganas yang pernah dan sedang bertugas, tidak ada pihak yang pasti zon tersebut.

Di sini awak ada seorang lelaki yang berjaya melepasi jaringan dan pergi bersembunyi di kawasan permukaan bumi yang paling sukar di dunia dan di kawasan yang paling terpencil dan dikelilingi oleh orang yang sangat setia, lapor The Washington Post memetik jurucakap Pusat Memerangi Keganasan Kebangsaan, T. McCreary.

Dia berada di luar jaringan dan kemungkinan besar tidak bergerak. Itu merupakan perkara yang paling sukar, ujarnya.

AFP
ULASAN:

Ilmu atau minda yang benar yang datang dari Tuhan di setiap zaman itu amat tajam macamlah senjata moden yang begitu sophisticated di zamannya. Senjata yang sangat moden sangat membunuh musuh-musuhnya di zaman itu musuh-musuh amat takut apabila berhadapan dengan senjata itu. Begitulah minda yang tajam di sesuatu zaman dari Tuhan sungguh berkesan. Apabila disebarkan minda itu ia boleh membunuh ilmu yang dahulu yang telah merosakkan manusia dan fikirannya dibunuh oleh ilmu yang baru datang di masa itu.Itulah yang dikatakan ilmu tajdid. Yang punya ilmu adalah mujaddid. Ilmu itu membunuh fikiran-fikiran karut yang sudah ada sebelumnya dengan minda yang baru. Ilmu itu juga boleh membunuh sikap yang lama yang telah merosakkan fikiran dan akhlak manusia. Datang ilmu baru membaiki semula sebagai penggantinya.

Akhlak-akhlak yang rosak telah dirubah oleh ilmu itu dengan akhlak-akhlak yang mulia kerana kedatangan ilmu yang tajam di zamannya. Cara orang berfikir juga dirubah oleh ilmu itu. Fikiran secara lama telah dirubah dengan kedatangan ilmu baru. Orang yang ikhlas apabila ilmu itu tersebar dikutipnya. Mereka gunakan ilmu itu untuk perjuangannya, walaupun pemimpin yang punya ilmu atau dengan pengikut-pengikutnya mereka tidak bertemu. Cerdik pandai yang tidak ikhlas kedatangan ilmu baru sangatlah cemburu kerana ilmu mereka sudah dibunuh oleh ilmu cerdik pandai yang baru itu. Hasad dengki pun datang, tuduhan-tuduhan melulu pun dilemparkan untuk menyekat pengaruhnya di zaman itu.

Ada juga kerana ilmu baru itu sangat berkesan secara diam-diam musuh gunakan untuk kepentingannya. Mereka ambil ilmu itu dari orang ketiga supaya orang tidak perasan macamlah membeli senjata kerana perlu daripada musuhnya tapi daripada orang yang ketiga.

Begitulah peranan ilmu tajdid atau ilmu pembaharuan sangat memberi manusia perubahan sangat memberi kesan kepada didikan insan. Cepat orang takut dan cintakan Tuhan, orang pun ghairah mengamalkan syariat Tuhan di dalam kehidupan.

Kalau senjata yang canggih membunuh fizik manusia,tetapi ilmu yang canggih membunuh tabiat dan nafsu jahat manusia. Senjata yang canggih banyak membawa kerosakan kepada harta dan jiwa tetapi ilmu yang canggih sangat membawa kebaikan kepada insaniah dan kehidupan manusia.

Setiap orang Islam wajib berusaha untuk membaiki diri masing-masing dan berazam untuk menjadi Rijalullah bermakna ingin menjadi orang Allah, igin menjadi orang yang bertaqwa. Orang Allah itu lebih tajam daripada pedang yang paling tajam, menjadi Rijalullah lebih berkesan daripada senjata yang amat canggih. Rezekinya dijamin Tuhan sekalipun kurang berusaha, doanya boleh menggoncangkan dunia. Ke mana pergi di mana sahaja berada, Tuhanlah yang menjaga dan memelihara, walaupun ada ujian tapi rahmat dan bantuan Tuhan lebih lagi berlipat-lipat ganda. Walaupun bilangannya sedikit tapi terasa kuat dan hebat. Di dalam perjuangan diberi jaminan dengan kemenangan. Kalau ditakdirkan Tuhan mematikannya di dalam perjuangan dipastikan oleh Tuhan dia mendapat syahid, dosa-dosanya diampunkan Tuhan, darjatnya ditinggikan Tuhan bahkan boleh diizinkan memberi syafaat siapa yang dia suka dan kepada mereka diberi berkat.

Keberkatannya orang lain dapat sama merasa sekalipun orang kafir pun dapat berkatnya. Begitulah istimewanya orang Tuhan. Oleh itu di dalam perjuangan, membaiki diri lebih utama. Itulah strategi yang paling ampuh. Kemudian barulah susun strategi yang boleh difikirkan untuk lebih sempurna dan berkesan.

Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat, sumber bantuan, sumber rezeki, sumber kemenangan.Kalau ingin musuh dikalahkan, baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan, taqwa lebih tajam dari pedang. Membaiki diri itu lebih canggih dari senjata moden. Di dalam perjuangan, bukan senjata persiapan utama walaupun senjata disuruh mengadakannya. Membaiki diri lebih utama melakukannya. Di dalam berhadapan dengan musuh, ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang. Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam.Tetapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai yang melupakannya. Di dalam berjuang, dosa juga dilakukannya jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan, ternafilah ketaqwaannya. Tuhan pun berlepas diri, kena hadapilah musuh dengan sendiri.

Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik dan canggih dari umat Islam bagaimanalah hendak mendapat kemenangan di dalam perjuangan. Kedua-dua senjata tidak dimiliki sama ada senjata rohani mahupun senjata lahir.

Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin, lebih-lebih lagi di masa berjuang.Kita kena faham doa itu bukan menjadi senjata umat Islam. Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya. Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwanya. Oleh itu usahakan ketaqwaan terutama di dalam perjuangan. Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam maka kenalah kita Awasi di dalam perjuangan supaya tidak membuat dosa dan kesilapan, kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang. Kita akan kecundang dan menerima nasib yang malang.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer