Ilmu Tajdid Lebih Tajam Dari Senjata Moden


27/05/2006

Utusan Malaysia Sabtu 27 Mei 2006 : Kuasa-kuasa dunia mesti bubar senjata nuklear
WASHINGTON 26 Mei - Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed ElBaradei memberi amaran bahawa kuasa-kuasa dunia mesti membubarkan senjata nuklear mereka sendiri atau terpaksa menerima hakikat semakin banyak negara lain akan berjaya memiliki bom atom.

Mohamed yang berucap pada majlis konvokesyen sebuah pusat pengajian hal ehwal antarabangsa di sini semalam menegaskan bahawa senjata nuklear membiakkan lebih banyak senjata nuklear.

Selagi sesetengah negara terus mendakwa senjata nuklear perlu bagi menjamin keselamatan mereka, selagi itulah negara lain akan mahu memilikinya, kata Mohamed yang memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada tahun lepas kerana usaha beliau untuk membendung percambahan senjata nuklear.

Kita sudah sampai ke persimpangan jalan. Sama ada kita perlu melangkah jauh daripada sistem keselamatan berasaskan senjata nuklear atau kita terpaksa menerima ramalan Presiden (John F.) Kennedy pada 1960-an mengenai dunia yang mempunyai 20 hingga 30 negara bersenjata nuklear, katanya.

ULASAN:

Ilmu atau minda yang benar yang datang dari Tuhan di setiap zaman itu amat tajam macamlah senjata moden yang begitu sophisticated di zamannya. Senjata yang sangat moden sangat membunuh musuh-musuhnya di zaman itu. Musuh-musuh amat takut apabila berhadapan dengan senjata itu.

Begitulah minda yang tajam di sesuatu zaman dari Tuhan sungguh berkesan apabila disebarkan minda itu ia boleh membunuh ilmu yang dahulu yang telah merosakkan manusia dan fikirannya. Dibunuh oleh ilmu yang baru datang di masa itu, itulah yang dikatakan ilmu tajdid dan yang punya ilmu adalah mujaddid.

Ilmu itu membunuh fikiran-fikiran karut yang sudah ada sebelumnya dengan minda yang baru. Ilmu itu juga boleh membunuh sikap yang lama yang telah merosakkan fikiran dan akhlak manusia. Datang ilmu baru membaiki semula sebagai penggantinya. Akhlak-akhlak yang rosak telah dirubah oleh ilmu itu. Dengan akhlak-akhlak yang mulia kerana kedatangan ilmu yang tajam di zamannya.Cara orang berfikir juga dirubah oleh ilmu itu. Fikiran secara lama telah dirubah dengan kedatangan ilmu baru.

Orang yang ikhlas apabila ilmu itu tersebar dikutipnya. Mereka gunakan ilmu itu untuk perjuangannya, walaupun pemimpin yang punya ilmu atau dengan pengikut-pengikutnya mereka tidak bertemu. Cerdik pandai yang tidak ikhlas kedatangan ilmu baru sangatlah cemburu kerana ilmu mereka sudah dibunuh oleh ilmu cerdik pandai yang baru itu. Hasad dengki pun datang, tuduhan-tuduhan melulu pun dilemparkan untuk menyekat pengaruhnya di zaman itu. Ada juga kerana ilmu baru itu sangat berkesan secara diam-diam musuh gunakan untuk kepentingannya. Mereka ambil ilmu itu dari orang ketiga supaya orang tidak perasanMacamlah membeli senjata kerana perlu daripada musuhnya tapi daripada orang yang ketiga.

Begitulah peranan ilmu tajdid atau ilmu pembaharuan sangat memberi manusia perubahan. Sangat memberi kesan kepada didikan insan, cepat orang takut dan cintakan Tuhan. Orang pun ghairah mengamalkan syariat Tuhan di dalam kehidupan.Kalau senjata yang canggih membunuh fizik manusia tapi ilmu yang canggih membunuh tabiat dan nafsu jahat manusia. Senjata yang canggih banyak membawa kerosakan kepada harta dan jiwa tetapi ilmu yang canggih sangat membawa kebaikan kepada insaniah dan kehidupan manusia


Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer