Ideologi Ciptaan Manusia : Kemana Akhirnya ?


17/09/2005

Georgy Bulychev: One Way Out of the Korean Mess

Georgy Bulychev, in Japan Focus (2-14-05):

As Communism worldwide came to its end, scores of experts predicted the collapse of North Korea. It never happened, however, because the North Korean system was specifically designed by Kim Il Sung to withstand external pressures and to control and crush emerging internal challenges. The Democratic People`s Republic of Korea ( DPRK) was no "ordinary" socialist country, but a bureaucratic authoritarian society -- a blend of Communist rhetoric and oriental despotism, based on Confucian tradition, nationalism and a semi-religious ideology. Economic and humanitarian crisis does not always weaken such a system (as can be seen in the examples of Stalin`s Soviet Union and Mao`s China) but it fed a deep feeling of insecurity on the part of North Korean leaders. Perhaps predictably, in the 1990s, as Pyongyang sought ways to cope with both external and internal threats, it turned North Korea into a self-declared nuclear state (although it is impossible to confirm or deny such declarations). The result was spiraling confrontation and tension in the region. So, are the possibilities of the regime change/collapse any higher today than 15 years ago? What are the options?

Ulasan :

SETELAH RATUSAN TAHUN KECEWA DENGAN PENINDASAN FEUDAL DAN KAPITALIS, manusia mula mengimpikan keindahan hidup yang dijanjikan oleh komunis. Revolusi Bolshevik 1917 pun berlaku, rakyat Russia menjatuhkan Tsar dan menaikkan Lenin. Saat itu, rakyat percaya komunislah sistem yang mampu menyelesaikan masalah.

Dari tahun ke tahun rakyat menanti sistem hidup komunis yang dikatakan adil itu terlaksana. Falsafahnya mereka faham, teorinya mereka mengerti, tetapi realitinya belum dapat dirasa. Setelah kecewa menunggu lebih 70 tahun, barulah mereka sedar bahawa janji-janji kesempurnaan komunis itu hanyalah satu utopia.

Mereka marah. Lalu komunis dijatuhkan. Patung Lenin diludah dan dihancurkan. Mana alternatif baru? Mereka tercari-cari. Untuk kembali kepada kapitalis, takut luka lama berdarah kembali. Untuk memberi ruang bagi komunis versi baru, mereka sudah serik. Hakikatnya, mereka sekarang sudah kecewa dengan ideologi bikinan manusia sepertimana mereka kecewa dengan agama sejak dulu.

Apa yang berlaku di Russia, berlaku juga di seluruh dunia dan kini berlaku pula di Korea Utara. Cuma arahnya sahaja yang berlainan. Mungkin dari sosialis ke kapitalis, dari kapitalis menuju sosialis dan sebaliknya. Berpusing-pusing di sekitar itu juga. Manusia akan terus terpukau oleh retorika-retorika bersifat utopia dan kemudian menghenyaknya setelah jemu me-nunggu dan merasa tertipu... dan kemudian mula mencari yang lain.

Pejuang Islam mestilah mengambil iktibar daripada hakikat ini. Islam yang diperjuangkan tidak cukup hanya indah dari segi falsafah dan teorinya sahaja. Walaupun Islam itu memang indah sekalipun baru diperkatakan secara teori, namun praktik Islam itu jauh lebih indah. Falsafah Islam yang indah itu hanya merupakan tarikan awal untuk membinanya secara realiti.

Pejuang Islam tidak boleh mengecewakan manusia dengan menyebabkan mereka tertunggu-tunggu untuk merasai keindahan Islam yang telah mereka baca dan fikir. Jika tidak, manusia akan menganggap bahawa Islam juga akan mengecewakan mere-ka seperti kapitalis, komunis atau sosialis. Sedangkan, keindahan Islam bukan satu utopia.

Masa berfalsafah hampir berakhir. Satu model kehidupan Islam yang dapat dirasa mesti dibina segera. Telah banyak diperkatakan tentang keindahannya. Kini manusia menunggu-nunggu bila lagi mereka boleh menikmati keindahan Islam?

Dan inilah kunci kejayaan Islam, keindahannya jika dapat dirasa, akan menyebabkan manusia tidak kira Islam ataupun bukan Islam menerimanya dengan hati yang terbuka. Ketika itu akan padamlah segala polemik, prejudis dan keraguan, bolehkah Islam menyelamatkan manusia.

SEKIAN.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer