Hutan Semulajadi Dan Hutan Buatan


22/01/2006

Hutan semulajadi dimusnahkan untuk dibangunkan bandar dan pekan atau pun dibangunkan taman-taman hiburan. Tetapi hutan-hutan itu fitrah memerlukan kerana di sana ada sedikit hiburan. Hutan-hutan itu buatan semulajadi Tuhan, tidak ada campur tangan insan, di situ ada sedikit hiburan.

Tetapi oleh kerana hutan itu diperlukan, maka hutan semulajadi dimusnahkan diganti dengan hutan buatan. Terutama hutan buatan dibangunkan di bandar dan di pekan. Terutama rumah-rumah orang besar, pekan buatan diperlukan.

Begitulah di antara watak akhir zaman. Buatan Tuhan dimusnahkan, diwujudkan buatan insan. Akibat dari itu kalau hutan semulajadi takut dengan haiwan, dalam hutan buatan manusia takut dengan insan. Maka dikawal oleh negara malam dan siang.

Kalau tidak diceroboh oleh insan, tidak seperti hutan semulajadi, diceroboh oleh haiwan. Kedua-dua hutan menakutkan. Hutan semulajadi takut dengan haiwan, hutan buatan takut dengan insan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer