Hurricane Katrina


01/09/2005

HURRICANE KATRINA`UNIVERSITI ALAM` UNTUK PENDUDUKNEW ORLEANS, AMERIKA SYARIKAT.
Church stands amongst the destructiin caused by hurricane Katrina.
Sebuah gereja di Gulfport, Mississippi, kelihatan tercondong tetapi masih kukuh akibat Hurricane Katrina.
Seperti kejadian Tsunami yang berlaku pada 26 hbDisember 2004, sebuah gereja ,rumah ibadah terselamat dari serangan Hurricane Katrina
.
Tuhan berpesan kepada tentera-tentera Islam yang sedang menuju medan perang agar menjaga adab-adab peperangan. Ianya dinukilkan oleh Rasulullah SAW begini:
Maksudnya:" Rumah-rumah ibadah jangan dirosakkan."
Berdasarkan ini bolehlah kita hujahkan bahawa Tuhan juga berpesan kepada Hurricane Katrina, pergilah tunaikan tanggungjawab, tetapi ingat, rumah-rumah ibadah jangan ditelan. Sebab ada mesej penting yang Aku hendak sampaikan kepada manusia, dengan selamatnya rumah-rumah ibadah mereka!
Apa maksud Tuhan apabila Dia tidak rosakkan juga rumah-rumah ibadah agama lain? Adakah Tuhan redha dengan agama-agama selain Islam? Tidak, bukan begitu. Dia bermaksud begini:
Tuhan, Allah itu sudah menetapkan kepada manusia ini ada dua jalan. Yakni jalan yang sesat dan jalan yang benar. Supaya manusia diuji, apakah mereka memilih kebenaran atau kesesatan.Manusia yang berjaya ialah yang mampu memilih kebenaran. Siapa yang memilih kesesatan, ertinya mereka gagal. Tuhan beritahu, Dia redha dengan kebenaran dan tidak paksa hamba-Nya, terpulang kepada mereka memilih apabila datang seruan dari Tuhan. keputusan itu Tuhan izinkan berlaku di dunia dan Tuhan telah tetapkan pada diri-Nya bahawa Dia tidak ganggu hamba-hamba yang memilih jalan yang sesat itu. Tuhan berpesan pula agar orang mukmin jangan ganggu agama lain. Jangan ganggu tempat-tempat ibadah mereka. Biarkan hinggalah Hari Kiamat. Sebab Tuhan tidak mahu manusia bergaduh dan berperang di dunia. Demi keamanan, Tuhan tidak benarkan ganggu-menganggu. Nanti di Akhirat baru Tuhan akan perhitungkan dan membalasinya. Sebab itulah Hurricane Katrina juga tidak diizinkan menganggu gereja, rumah ibadah penganut Kristian. Adilnya Tuhan dan Kata-Kata-Nya.
Dunia akan selamat kalau setiap orang kembali kepada agamanya. Cuma di Akhirat tidak selamat sekiranya tidak beragama Islam dan berimandi dunia. Itulah ajaran Islam. Selamat-menyelamatkan. Sama sekali tidak militan seperti yang disangkakan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer