Huraian Abdul Muthalib & Sejarah Rasulullah Saw(2)

Kuliah Perjuangan


12/05/2006

Selepas Rasulullah SAW menjadi rasul selain daripada perang ada dua peristiwa yang sangat menakutkan.

Setelah Rasulullah SAW mula diterima orang, pengaruh Rasulullah SAW dah mula ada, cakap-cakap Rasulullah SAW ada orang tak boleh faham, sebab Rasulullah SAW sebut akhirat, Tuhan, syurga, mana orang faham. Jadi banyaklah orang marah. Di antara yang marah tu pembesar-pembesar Quraisy. Akhirnya mereka ambil keputusan, Rasulullah SAW di ISA kan di Bani Said. Setiap jalan ke Bani Said disekat hingga makanan tak boleh sampai dan tak dibenarkan siapapun menyampaikan makanan. Kemudian orang arab jahiliah ni buat satu perjanjian ditulis di atas kulit. Selagi perjanjian ini kekal, selama itu dia kena ISA. Perjanjian itu digantung di Ka'bah. Kalau ikut lojik, tulisan itu kekal sampai mati. Rupanya selepas Rasulullah SAW di ISA kan 3 tahun, tulisan itu dimakan oleh anai-anai. Saya dah katakan tadi, orang Arab ini walau jahiliah, tapi dia tunaikan janji. Maka dia lepaskan Rasulullah SAW.

Peristiwa ke-2 adalah setelah pengikutnya besar, ramai, pembesar-pembesar Arab berkumpul di Darun Nadwah, satu dewan besar. Mereka berunding macam mana nak musnahkan Rasulullah SAW. Bila dimusyawarahkan akhirnya diambil keputusan di Darun Nadwah itu, kita bunuh saja Rasulullah SAW, tapi yang bunuhnya bukan seorang, dibunuh oleh wakil-wakil kaum. Kerana mereka berfikir, kalau semua kaum terlibat membunuh, tak adalah keluarga menuntut siapa-siapa, semua puak terlibat dalam membunuh. Tapi pakatan ni diketahui oleh Rasulullah SAW. Satu malam Rasulullah SAW dan Saidina Ali keluar rumah dan bermalam di sebuah rumah. Pada malam itu Rasulullah SAW berpesan pada Saidina Ali, awak tidur di tempat saya supaya orang menyangka saya yang tidur di situ, sedangkan semua wakil kaum berada di sekeliling rumah itu.

Bila Saiyidina Ali berada di rumah itu, mereka menyangka Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW meninggalkan rumah itu. Waktu dia keluar rumah itu, dia ambil pasir, dia baca ayat dan ditaburkan kepada semua sehingga semua tidur senyenyak nyenyaknya. Bila mereka terbangun, mereka terkejut, kita semua tidur, jangan-jangan Muhammad dah lari. Akhirnya mereka menyerbu ke rumah, tapi yang tidur tu Saidina Ali, seorang budak. Maka mereka pun memburu Rasulullah SAW, tinggalkan Saiyidina Ali. Di sini ada satu hikmah, ada benda tersirat.

Yang pertama, melihatkan kepada kita bahawa Saiyidina Ali dari pada budak lagi sudah berani. Kalau anak-anak kita, kalau tahu orang nak bunuh kita, ayahnya berpesan engkau tidur tempat abah, abah nak lari, tentu dia kata, tak nak tak nak, saya nak ikut abah. Tapi bila dipesan Rasulullah SAW, Saiyidina Ali tahu orang nak bunuh Rasulullah SAW, dia sanggup gantikan. Di sini memperlihatkan betapa di waktu kecil lagi Saiyidina Ali sudah berani.

Yang ke-2, kalau kita tak pandai cungkil hikmahnya, kita anggap Rasulullah SAW zalim. Dia nak lepaskan diri, budak yang gantikan dia. Ini tak bertanggung jawab. Begitulah ulasan orang yahudi & orang-orang Islam yang berpenyakit. Sebenarnya Rasulullah SAW bijak, waktu-waktu orang berhadapan dengan bahaya, satu orang penting satu kurang penting, tentulah yang tak penting sanggup berkorban, yang tak penting dikorbankan. Rasulullah SAW untuk umum, kalau mati Saiyidina Ali tak apa, dia bukan rasul. Ini mengajar umat Islam sepanjang masa, kalau satu perjuangan yang hak, kalau terjadi nak dibunuh orang, siapa yang penting siapa yang tak penting, kalau mesti mati satu orang, atas dasar strategi, yang tak penting itu kena dikorbankan. Yang penting kena diselamatkan kerana dia penting untuk manusia. Itu bukan satu sikap yang tak bertanggung jawab, tapi satu kebijaksanaan.

Bila Rasulullah SAW sudah keluar malam tu. Dia dah berjanji dengan Saiyidina Abu Bakar nak keluar sama. Kemudian Rasulullah SAW memberitahu Asma anak kepada Saiyidina Abu Bakar, kalau tak silap adik kepada Aisyah, suruh jadi spy atau pengintip. Mengapa Rasulullah SAW pilih perempuan tak pilih lelaki? Orang jahiliah takkan terfikir yang nak dijadikan spy itu seorang perempuan. Perempuan penakut, takkan penakut dijadikan pengintip. Di sini bijaknya Rasulullah SAW, patutnya laki-laki jadi spy, tapi perempuan dijadikan spy supaya orang tak sangka.

Di sini Rasulullah SAW mengajar kita bahawa dalam satu perjuangan di satu -satu ketika boleh jadikan perempuan spy, atau boleh digunakan perempuan menguasai satu satu bidang kalau diperlukan. Dia bukan terkungkung saja. Di zaman Rasulullah SAW boleh jadi spy. Sebab itu di zaman moden ni musuh-musuh Islam banyak menjadikan kaum ibu sebagai spy supaya kaum ibu dapat perangkap musuh. Musuh nak diperangkap dengan kaum wanita. Tapi Islam menjadikan perempuan supaya orang tidak terfikir perempuan spy atau dia tidak fikir dia perangkap musuh. Tapi orang-orang kafir dan yang tak ikut syariat, dia guna perempuan untuk perangkap musuh, perangkap lelaki, bukan supaya tak perasan spy. Itulah hikmahnya.

Kalau kita tak ulas sejarah ni orang akan kata tak patut budak Saiyidina Ali gantikan tempat Rasulullah SAW. Kalau tak dijadikan Asma spy, seolah-olah orang Islam yang fanatik dengan agama, perempuan itu tak ada peranan. Sebenarnya dalam Islam, dalam sesetengah hal perempuan boleh berperanan macam jadi spy atau pengintip, tapi ikut syariat.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer