Hikmah Sebab Atau Wasilah(1)

Kuliah Umum


30/01/2006

Allah Taala mempunyai kuasa yang luar biasa dan mutlak. Kuasa (Kudrat) Allah tidak terbatas dan tidak dibataskan. Allah yang bersifat Kudrat boleh melakukan apa sahaja dan boleh mentiadakan apa sahaja. Dia boleh mengadakan atau mentiadakan tanpa perantaraan, tanpa sebab atau tanpa menggunakan sebarang wasilah. Jika Allah berkata, "Jadilah" , terus jadi . Jika Allah berkata, "Binasalah", terus binasa.

Begitulah hebatnya Allah yang bersifat Kudrat atau Maha berkuasa. Allah boleh melakukan apa sahaja tanpa dibantu sebarang perantaraan atau wasilah. Sebut sahaja "Kun," - fayakun ("Jadilah," - terus jadi).

Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada benda itu: "Jadilah!" Maka is terus terjadi." (Yaasin: 82)

Walaupun begitu, kebanyakan perkara sama ada yang lahir mahupun yang ghaib terjadi dengan bersebab, berperantara atau menggunakan wasilah. Allah Taala lakukan itu semua dengan kehendak-Nya.

Firman Allah SWT dalam Al Quran:
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah memberi kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (Al Kahfi: 84)

Di antara contoh perkara ghaib yang menggunakan wasilah adalah:
1. Untuk mencabut nyawa segala yang bernyawa, diperintahkan malaikat Izrail melakukannya.
2. Untuk menulis kebaikan dan kejahatan, malaikat yang di kiri kanan manusia merekodkannya atau merakamkannya iaitu malaikat Raqib dan Atid.
3. Mengagih-agihkan rezeki kepada makhluk-Nya adalah kerja malaikat Mikail. Begitulah seterusnya.

Perkara-perkara yang lahir pula adalah seperti:
1. Mendapatkan ilmu menggunakan akal dan diusahakan belajar.
2. Hendak mendapat rezeki atau kekayaan kenalah berusaha dan bekerja serta menggunakan akal.
3. Hendakkan anak kenalah berkahwin.
4. Ingin maju dan membangun, kenalah berjuang dan berusaha.
5. Ingin sihat, jaga makan minum dan riadah selalu.

Begitulah seterusnya.
Kejadian yang berlaku tadi sama ada yang ghaib mahupun yang lahir, Allah Taala lakukan dengan melalui wasilah atau sebab. Walhal Allah boleh lakukan tanpa perantaraan malaikat atau perantara akal dan usaha tadi. Allah Taala boleh lakukan dengan hanya berkata, "Matilah!", terus mati. "Pandailah!", terus pandai. "Kayalah!", terus kaya . Begitulah seterusnya. Kiaskanlah dengan yang lain-lain itu.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer