Hanya Jalan Tuhan Yang Benar Dan Selamat


08/05/2006

Utusan Malaysia 5 Mei 2006
Luar Negara : Wanita Maghribi Lakar Sejarah Sebagai Pendakwah

Rabat 4 Mei Melalui satu langkah yang tidak pernah diamalkan sebelum ini , 50 orang pendakwah wanita ditauliahkan dalam usaha pihak berkuasa menyemai ajaran Islam sederhana di Maghribi yang berdepan dengan masalah pelampau .

ULASAN:

Sekali pandang , nampak langkah yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap usaha mengatasi masalah pelampau seperti sangat baik dan sangat dinamik kerana telah mengangkat darjat kaum wanita ke satu darjat yang tidak pernah dilaksanakan di Negara tersebut sebelum ini . Namun timbul satu pertanyaan pula , apakah yang dimaksudkan dengan pelampau dan apakah yang dimaksudkan dengan sederhana ?

Langkah yang diambil juga bagi membendung kegiatan-kegiatan pihak masjid dan ulama yang didakwa sebagai pelampau. Sementelahan pula pemerintah di Negara tersebut tidak akan membenarkan doktrin daripada luar memasuki Negara tersebut dan dalam masa yang sama , negaranya adalah merupakan sekutu rapat kepada Amerika Syarikat.

Pelik campur hairan juga dibuatnya kerana doktrin luar tidak akan diterima , pembela Israel nombor wahid jadi kawan baik kita. Tidak dapat dipastikan apakah maksudnya doktrin luar tersebut , apakah yang selain daripada Al-Quran dan Sunnah yang sememangnya menjadi doktrin tersebut dianggap sebagai doktrin luar ? Sedangkan kaedah mengangkat pemimpin di Negara tersebut diasaskan kepada doktrin juga iaitu demokrasi pilihanraya .

Memang tak dinafikan bahawa , dalam kehidupan ini sekiranya dalam menerima ilmu Islam akhir zaman , sekiranya tidak difahami , tidak didapati daripada sumber yang tepat , malah tidak bertepatan pula dengan kehendak dan falsafah yang ada di dalam agama penduduk langit ini ( Islam ) pastinya akan jadi 2 perkara :-

1)Akan jadi militan

2)Akan jadi jumud atau pasif

Maka keindahan kehidupan Islam sebagai the way of life tidak akan dapat direalisasikan melalui kaedah atau methode yang salah. Mungkin atas sebab pemimpinnya tidak menepati ciri-ciri kepimpinan yang Tuhan kehendaki yang perlu mempunyai 5 watak :-

Watak ibu
Watak ayah
Watak kawan
Watak guru
Watak kawan

Dan yang paling utamanya perlulah pemimpin tersebut dapat memimpin manusia untuk selamat dunia dan akhirat serta dapat membawa satu sistem hidup yang berpandu daripada kefahaman , keyakinan dan penghayatan hakiki terhadap apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW sehingga umat Islam tidak lagi menumpang apa-apa isme-isme buatan manusia yang telah nyata membawa kepada kehancuran kehidupan manusia di atas mukabumi ini meskipun hampir seluruh dunia Islam telah menerima pakai sistem bikinan manusia tersebut sejak kejatuhan empayar Uthmaniah iaitu sistem ke Khalifahan yang terakhir bagi dunia Islam.

Dalam ertikata lain kategori pemimpin tersebut mestilah seorang Mujaddid yang mempunyai kaedah yang ditunjuk oleh Tuhan yang dapat membawa satu sistem kehidupan yang Tuhan iktiraf hingga orang yang bukan Islam pun dapat bernaung di bawahnya.

Pokoknya kalau ingin mengatasi masalah yang di datangkan daripada manusia , hanya satu jalan keluar , iaitu rujuk kepada Tuhan melalui wakil-wakilNya yang dilantik. Pastilah kerana sekarang nabi dan rasul sudah tiada lagi , maka para-para Mujaddid yang lahir setiap awal kurun tersebutlah sebagai pengganti nabi dan rasul , sekalipun mereka bukan nabi dan rasul cuma watak dan peranannya sahaja menyamai nabi dan rasul. Merekalah RasulbirRasul diwaktu ini.

Adalah amat menyedihkan dalam kita membuat satu kebaikan, tapi matlamat dan sasarannya telah dipesongkan jauh daripada kehendak Tuhan iaitu sepatutnya kenalkan manusia kepada Tuhan sehingga timbul rasa cinta dan takut kepadaNya lantas hasil daripada itu akan lahirlah ikatan perpaduan dan kasih-sayang sesama manusia dan akan subur dan makmurlah kehidupan manusia di atas mukabumi ini sebagaimana yang Allah katakan di dalam Al-Quran yang maksudnya ;-

Negara yang aman damai serta mendapat keampunan Tuhan

Namun bukan itulah yang dijadikan matlamat , bahkan matlamatnya bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memelihara kepentingan-kepentingan pihak tertentu bagi motif-motif politik , dan selebihnya kepada isu picisan iaitu menjaga adat dan tradisi yang belum pasti bermanfaat buat Islam dan yang lebih parah lagi ianya dibuat atas nama Islam , agama yang datang dari Tuhan bagi manfaat besar manusia.

Maka pastilah Tuhan tidak akan campurtangan dalam hal manusia lagi kerana mereka berbuat bukan lagi kerana Tuhan tapi kerana dunia yang sudah tua dan hanya menunggu masa untuk dikiamatkan oleh Tuhan.

Mohon pertolongan daripada Tuhan dengan barokah Rasulullah dan orang-orang-Nya bagi menghadapi bencana besar ini sebelum datangnya ketentuan Tuhan yang Maha Perkasa.

Wallahualam.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer