Hambakah Kita????(3)


22/02/2006


7. Golongan yang selamat(orang soleh)
Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.

Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka. Raja tak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya.
Golongan ini selamat di dunia dan selamat di Akhirat dan dapat masuk Syurga. Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8. Golongan muqarrabin
Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab Allah, kecut hati dan perut mereka. Bila baca tentang rahmat Allah, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka.

Darjat mereka ni lebih tinggi daripada golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan sahaja mereka memuliakan raja, malah semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kepada raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah banyak soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah, raja ada bagi kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka.

Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin
Golongan ini golongan luarbiasa. Mereka ni bukan kena paksa diri untuk sembahyang, tapi betul-betul syok nak sembahyang. Bukan rasa lazat aje, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kepada Allah sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta).

Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia` Allah. Mereka ni ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka ini boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana tak raja sayang kat mereka. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa.
Malah, banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kepada mereka. Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak cerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Isyy...isyy..isyy... Macam to no! Bila ditilik-tilik sembahyang kita, rasanya belum lulus lagi. Ingatkan dah legalah dapat tunai sembahyang. Rasa dah baik sangat dah. Tapi rupa-rupanya belum selamat. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap depan Tuhan. Masya-Allah! Tak sedar derhaka dalam buat taat.

Justeru itu, marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 dan 8 kalau kita ni sayang kat diri kita sendiri (peringkat 9 memang tak boleh untuk muka macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan selamat di Akhirat. Amin ya Rabbal `aalamin.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer