Hambakah Kita????(1)


20/02/2006


Manusia,Sembahyang Dan 9 Kategorinya.
Percaya tak hanya 1 atau 2 persen sahaja umat Islam yang sembahyang? Tak caya? Kalau tak caya tu maknanya mungkin kita belum faham apa makna sembahyang. Kalau kita tanya budak kecik apa tu sembahyang, depa jawab, sembah Tuhanlah. Betul tu! Pandai pun depa jawab.

Tapi marilah kita semua tanya diri, betul ke dah sembah Tuhan bila sembahyang? Sebagoi panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7, 8 den 9 aje. Yang lain tu hakikatnya termasuk dalam golengan 98 atau 99 persen tulah. Issy,suspen betullah.

1. Golongan yang Iangsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang .
Mereka ni namanya saja Islam, tapi memang tak mau sembahyang. Malah tak tau pun macam mana nak sembahyang. Tak ambil pusing Iangsung pasal sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur, hai ...con firmlah kekal selama-lamanya di dalam Neraka.

2. Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang Mereka ni sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang. Tapi sebenornya, tak khatam ilmu sembahyang pun. Mereka ni tak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul,yang panjang jadi pendek, yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tak tau, bersuci pun tak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima Allah SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak bagi pass.

3. Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu Mereka ni lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kekadang tu boleh score Al lagi. Tapi, bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada`. Kekadang tu, terlepas waktu kerana sibuk sangat buat keja sebab nak cari duit banyak. Kalau sembahyang pun, sembahyang riadhah saja. Tonggang tonggek, tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah. Tapi, fikiran mereka boleh round satu dunia.

Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Mudah kata mereka ini orang Islam yang jahat. Mana taknya jahat, depan Tuhan boleh nak main-main. Kalau main depan raja pun orang dah kata biadab, ini kan pulak main depan Tuhan, Raja segala raja. Mereka ni kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah). Kalau dah dihalau dari Syurga, ke mana le agaknya? Tentu semua sudah maklum.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer