Halimatus Sa`diah(2)


05/05/2006

Lepas tu, dia pulanglah dengan suaminya, yang lain sudah jauh meninggalkan mereka. Ketika mereka naik unta, terkejut mereka, unta tu jadi gagah. Unta tua tu dapat pintas semua rombongan tadi, terkejut lagilah Halimah dan suaminya. Ini mesti ada kaitan dengan budak ini. Dia cakap, bahagianya kita bang dapat budak yang luar biasa. Ini bahagia yang ke-3. Akhirnya rombongan tadi dapat dipintas, rombongan tu terkejut. Ada yang tanya, dapat unta baru ke? Mereka kata, Halimah tunggu, tapi unta tu terus saja.

Bila sampai di rumah, dia terkejut, semenjak Rasulullah SAW ada di rumah, Halimah tak payah pasang lampu, muka Rasulullah SAW bercahaya sepanjang masa. Terkejut suami isteri itu hingga berkata, bertuahnya kita bang dapat budak ni, dia mesti ada masa depan, sesuai dengan namanya bahagia. Inilah bahagia yang ke-4.

Selama 4 tahun Rasulullah SAW dibelanya. Halimah tu orang miskin, macam Siti Aminah yang juga miskin. Tapi semenjak dapat anak angkat Rasulullah, rezekinya mewah. Mereka hairan dan bahagia. Dah 5 kebahagian.

Semenjak dengan Halimah, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan, dibagi dia makan tak dibagi dia tak minta. Tak macam budak lain bila lapar minta makanan. Halimah dan suaminya hairan, mengapa budak ni diberi makan dimakan tak diberi dia tak minta. Bertuah kita bang, bahagialah kita. Kemudian bila diberi makan tak pernah minta tambah. Anak kita tak, begaduh adik-beradik pasal nak tambah lauk. Rasulullah SAW tidak, berapa banyak dibagi, itu sajalah yang dia makan. Dia tak minta. Suami isteri hairan, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan. Kalau diberi makan, dia tak pernah minta tambah. Halimah kata pada suaminya, bertuah kita bang dapat budak ini. Ini bahagia yang ke-6.

Selain tu, waktu ambil Rasulullah SAW sebagai anak susu, susu Halimah bertambah-tambah banyak, Halimah hairan. Selama ni susunya bukan tak ada tapi tak begitu banyak. Tapi semenjak muncul Rasulullah SAW susu mencurah-curah. Peliknya lagi bila dah susu sebelah, nak susu sebelah lagi Nabi Muhammad tutup mulut kuat-kuat. Halimah faham Rasulullah SAW ajar dia yang sebelah ni untuk abangnya Damrah. Sejak kecil lagi Tuhan dah masukkan keadilan pada Rasulullah SAW. Dia tak mau ganggu bagian abangnya punya. Ini bahagia yang ke-7.

Kemudian Rasulullah SAW ni tak pernah menangis, budak macam manapun menangis. Tapi Rasulullah SAW tak. Halimah dan suaminya hairan, budak ni mesti ada masa depan. Ini bahagia yang ke-8 .

Suatu masa, Rasulullah SAW bermain-main dengan abang angkatnya nama Damrah. Dia bermain di padang pasir. Tiba-tiba dia telentang macam pengsan. Tapi abangnya tengok dia tak pengsan, terbaring saja. Damrah panggil emaknya, emak mari-mari tengok, adik ini kenapa? Jadi Halimah cepat-cepat datang, sampai kepada Rasulullah SAW diapun peluk.

Selepas Rasulullah SAW puas-puas dipeluk, dia tanya, mengapa nak, engkau sakit ke? Rasulullah SAW cakap, ada 3 orang tangkap aku, dibelah dada aku tapi tak sakit, dibasuh-basuh kemudian dijahitnya tak sakit, itu saja. Hairan Halimah. Tak percaya anaknya yang cakap. Nak percaya, iya ke? Halimah cakap pada suaminya, bertuah kita bang, anak kita ni mengalami ini, ini mesti ada masa depan. Dah 9 bahagia.

Kemudian selepas 4 tahun, Rasulullah SAW dibawa oleh Halimah untuk diserah kembali kepada emaknya. Bila diserah balik dia tak tahu apa yang berlaku pada Rasulullah SAW, sebab nak dapat maklumat di zaman tu susah. Tiba-tiba ketika umur Rasulullah SAW 40 tahun terdengarlah berita oleh Halimah, rupanya anak susunya menjadi rasul. Maka dia kata pada suaminya, tak sangka bang, anak susu kita, anak angkat kita jadi rasul. Bahagianya Halimah, suaminya pun rasa bahagia. Ini bahagia yang ke-10 .

Tapi nak jumpa Rasulullah SAW susah, Halimah Islam di tangan orang lain bukan di tangan Rasulullah SAW. Cuma satu hari waktu dia dah tua, satu kali dapat jumpa Rasulullah SAW. Waktu dah tua bahagianya Halimah. Bertemu lagi setelah 40 tahun setelah menjadi rasul. Selepas tu Halimah mati. Itulah sekali jumpa Rasulullah SAW. Ini bahagia yang ke-11.

Cerita yang dibawa ni sesuai dengan nama Halimah yang dapat bahagia, banyak kebahagian yang Halimah dapat selepas dia membela Rasulullah SAW. Ini menunjukkan apa saja yang berkaitan dengan Rasulullah SAW, walaupun satu titik dia ada makna, ada maksud, ada simbolik, cuma kita diberi faham atau tidak oleh Allah. Kalau Allah bagi tahu, macam-macam dapat kita congkel dari Rasulullah SAW walaupun satu huruf. Nama Halimah Sadiah tu sesuai dengan pengalaman hidupnya. Sebab tu dalam Islam disuruh bagi nama pada anak yang baik-baik, itu doa. Moga-moga budak tu bila dia besar sesuai dengan namanya. Jangan bagi nama yang tak baik atau nama orang kafir atau nama Yahudi, takut-takut Tuhan teruskan macam tu.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer