Gejala Masyarakat Yang Berbagai Bentuk Dan Sifat


31/03/2006

Kalau kita sebut gejala masyarakat,kebanyakan orang terbayang dilakukan oleh orang muda yang jahat.Sebab itu bila disebut gejala-gejala masyarakat,sasarannya orang-orang muda oleh masyarakat,sedangkan gejala masyarakat itu bersifat global dan berlaku dimerata-rata tempat. Dilakukan oleh semua golongan dalam masyarakat.Semua gejala-gejala itu diantara golongan dengan golongan,tidak sama gejala itu dibuat.

Kalau orang muda, gejala mereka pergaulan bebas, pendedahan aurat, rokok, vendelisma, lepak-lepak dan dadah, serta ponteng sekolah. Kalau bintang-bintang filem, disamping pergaulan bebas, dia terlonjak-lonjak mendedahkan aurat dan menjual maruah kerana hendak mewah.

Kalau orang-orang politik mementingkan diri,membela kroni dan mengaut projek. Kerana takut namanya dibabitkan dia kongsi dengan koperat-koperat,menerima rasuah sekalipun merugikan negara dan rakyat.

Kalau dia ulama, dakwahnya dikomersialkan.Kalau dia bercakap, ada golongan yang dia tidak suka dijadikan sasaran.Kalau dia ada kuasa ugama, mudah menyesatkan orang, mudah menuduh setengah golongan sesat,lebih-lebih lagi kalau golongan itu berpengaruh ditengah masyarakat.

Kalau dia guru-guru, kasih sayang kepada murid-murid sudah hilang.Kalau dia menghukum murid berlebihan sampai mencacat tubuh badan.Lebih membesarkan gaji dari tanggungjawab kepada umat.

Kalau ibu bapa membuat gejala masyarakat, anak-anak mereka yang belajar tak boleh dirotan sekalipun untuk pengajaran.Ibu bapa akan jumpa guru-guru, marah-marah dan berang, hilang pertimbangan.

Kalau dia majikan menyuruh pekerja dibawahnya diluar peri kemanusiaan.Diberinya gaji kepada buruh-buruhnya tak sepadan,sedangkan mereka mengaut untung berlebih-lebihan sampai mengorbankan peri kemanusiaan.

Begitulah setiap golongan yang lain tak payah disebutkan,mereka ada melakukan gejala-gejala yang lain pula didalam kehidupan.Setiap golongan itu tidak terlepas daripada membuat gejala-gejala didalam kehidupan. Kalau setiap golongan itu telah melakukan gejala masyarakat,kepada siapa lagi kita harapkan?Masing-masing sudah melakukan.
Sebab itu gejala-gejala masyarkat tak habis-habis berlaku dalam kehidupan. Kerana gejala itu tidak dianggap global yang dilakukan oleh semua golongan. Setengah gejala dianggap budaya, setengah gejala tidak dianggap gejala bahkan dibiarkan.Yang selalu dianggap melakukan gejala-gejala masyarakat daripada golongan muda mudi dan orang bawahan.Padahal setiap gejala itu siapa pun melakukan, bentuknya pun berlaku semuanya menyusahkan.

Gejala masyarakat yang berbagai-bagai bentuk dan sifat itu adalah buah, yang dilahirkan oleh pokok sistem yang wujud.Samada sistem itu diundang-undangkan atau dikanunkan atau peraturan berjalan yang menyumbang kearah itu dibiarkan.

Diantara sistem itu yang menyumbang kearah gejala-gejala itu samada rasmi atau tidak rasmi adalah seperti dibawah ini:-
1.Sistem politik yang liberal yang tidak bertunjangkan i man dan syariat Tuhan,

2.Sistem pendidikan yang tidak bertunjangkan iman dan Tuhan tidak dikaitkan,

3.Pemimpin tidak mendidik rakyat kenalkan Tuhan dan tidak mendidik rakyat cintakan akhirat,

4.Pemimpin kerana nak menjaga hati rakyat untuk menyokongnya dalam pilihanraya nanti membiarkan rakyat membuat apa saja dengan tidak dibatasi oleh syariat,

5.sistem ekonomi yang berdasarkan sistem kapitalis yang tidak fikir halal haram disogokan kepada rakyat, mereka didik rakyat tidak fikir lagi apa kata Tuhan,

6.Para alim ulama tidak bertanggungjawab lagi mendidik rakyat menegakan amar maruf nahi mungkar , kalau ada pendakwah lebih bersifat komersial atau bersifat politik dan menghentam orang,

7.Kerajaan membiarkan rakyat membuat kejahatan dan kemungkaran seperti pergaulan bebas dan aurat didedahkan,

8.Yang lebih dahsyat lagi orang-orang besar dan golongan yang mewah sudah tidak takut Tuhan membuat leluasa kemungkaran,

9.ada juga orang-orang yang baik tapi jumud mengabaikan perjuangan, ditambah lagi kebudayaan-kebudayaan liar dari luar tanpa dibataskan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer