Forum Ekonomi Dunia Islam


04/10/2005

OIC perlu kenal pasti halangan perdagangan

Oleh HATA WAHARI dan FAUZI JAAFAR
PETALING JAYA 3 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengenal pasti halangan yang menyukarkan peningkatan perdagangan antara satu sama lain.Perdana Menteri menegaskan, halangan ini menyebabkan tahap perdagangan di antara negara-negara anggota OIC tidak memuaskan memandangkan nilainya hanya samadengan China.

"Perdagangan antara negara OIC ialah 47.5 peratus pada tahun 1980 tetapi jatuh menjunam kepada 22.1 peratus pada 2001.Perdagangan antara negara OIC bernilai kira-kira AS$800 bilion (RM2.96 trilion) yang menyumbang hanya 6 hingga 7 peratus daripada jumlah perdagangan dunia,``katanya ketika berucap pada majlis penutup Forum Ekonomi Dunia Islam di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini hari ini.
ULASAN

Kegiatan ekonomi dalam Islam merupakan jalan untuk mencapai taqwa dan melahirkan akhlak yang mulia. Ini adalah tuntutan Tuhan. Kalau dalam sistem ekonomi kapitalis, modalnya duit untuk mendapatkan duit, tetapi dalam ekonomi Islam, modalnya taqwa untuk mendapatkan taqwa.

Dalam Islam, berekonomi adalah untuk memperbesar,memperpanjang dan memperluaskan syariatTuhan. Ekonomi itu jihad dan ibadah. Oleh itu ia tidak boleh terkeluar dari konsep dan syarat-syarat ibadah. Niatnya, perlaksanaannya dan natijahnya kena betul.

Kegiatan ekonomi atau perniagaan yang dibuat itu tidak haram dan tidak melibatkan perkara-perkara yang haram. Ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya tidak boleh ditinggalkan. Kalau solat ditinggalkan, ibadah berekonomi sepertimana juga ibadah-ibadah yang lain akan dengan sendirinya tertolak.

Hasil dari berekonomi yang berasaskan taqwa, akan lahir ukhwah dan kasih sayang, kemesraan, bertolong bantu, bersopan santun, mendahulukan kepentingan orang lain dan berbagai-bagai lagi sifat-sifat yang luhur. Premis perniagaan berasaskan taqwa adalah pusat bina insan yang cukup praktikal dan menguntungkan.

Ekonomi Islam lebih mementingkan sitat taqwa daripada modal kewangan yang besar, ilmu, pengalaman, kemahiran, kekayaan alam semulajadi dan sebagainya.

Orang bertaqwa itu dibantu Tuhan seperti dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Allah itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al Jasiyah: 19).

Ekonomi di sudut taqwa ini sudah dilupakan orang sekalipun para ulama. Bahkan banyak orang yang mengaku dirinya berfikiran moden akan mentertawakan hal ini kerana pada mereka, ia tidak masuk akal. Padahal inilah hakikat sebenar dan telah terbukti sejak zaman Nabi Allah Adam hingga sekarang. Usaha manusia hanyalah untuk mencetuskan sebab kerana Allah tidakmembuat sesuatu tanpa sebab. Tetapi kesan atau hasil dari usaha adalah kerja Tuhan.



Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer