Formula Menangani Masalah


02/06/2006

Berita Harian muka hadapan: 1 Jun 2006
Denda jika jual pek rokok kurang 14 batang

Serdang : Mulai hari ini, syarikat rokok yang menjual pek rokok mengandungi kurang daripada 14 batang akan didenda sehingga RM10,000-00 atau penjara sehingga dua tahun ....................

Langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan tabiat merokok terutamanya yang kian meningkat di kalangan remaja di negara ini mungkin pada satu sudut boleh memberikan impak yang positif. Namun begitu, sekiranya kita lihat ditahun-tahun kebelakangan ini, usaha-usaha yang dilakukan ke arah mengurangkan jumlah perokok-perokok di negara ini seolah-olah tidak memberikan apa-apa hasil yang memberangsangkan melainkan kadar peningkatan jumlah perokok menjadi semakin bertambah dan ini amatlah membimbangkan. Bermulanya daripada pengharaman iklan rokok samada media elektronik hingga ke media cetak, meningkatkan kadar cukai yang dikenakan ke atas setiap batang rokok yang dibeli, hinggalah yang terkini pengeluaran pek rokok yang dijual pada orang ramai tidak boleh kurang daripada 14 batang rokok.

Rasanya mungkin dah buntu kepala-kepala pemikir di dalam negara ini dalam membendung wabak yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia iaitu ketagihan merokok dan kini menanti mangsanya yang baru iaitu di kalangan remaja dan statistik menunjukkan satu peningkatan angka yang bias membuat pengeluar-pengeluar rokok tersenyum lebar. Di sekolah-sekolah, di IPT telah dikuatkuasakan larangan merokok di mana pesalah akan dikenakan tindakan disiplin termasuklah buang sekolah di kalangan pelajar sekolah, namun bilangan perokok pada kategori ini semakin meningkat dan terus meningkat seolah-olah tiada titik noktah.

Bila kita kaji sedikit tentang rokok ini, sekiranya tidak silap, bermula daripada penemuan Christopher Columbus dalam pelayarannya membuktikan keseimbangan dunia ini pada masyarakat Eropah, lalu bertemulah ia dengan satu dataran benua yang baru yang didiami oleh puak Red Indian, iaitu Benua Amerika. Salah satu daripada tradisi masyarakat Red Indian ketika itu apabila mengadakan permesyuaratan ialah dengan menghisap paip yang digilir-gilirkan pada mereka yang menghadiri majlis tersebut. Ini sekiranya kalau dilihat dari sudut lahirnya. Tetapi kalau kita soroti jauh lebih kebelakang daripada itu , kita akan dapati satu kisah yang mungkin kita dengari sebelum ini. Ianya berkenaan kisah bagaimana terjadinya daun tembakau itu sendiri. Menurut daripada kisahnya, ianya tumbuh bila mana Allah Taala menghalau Azazil
(Iblis) keluar daripada syurga lantas terkencing-kencing Azazil kerana terlalu takutkan kemurkaan Tuhan yang telah menghalaunya. Air kencing Azazil tadi telah jatuh ke bumi lalu tumbuh sebagai satu tumbuhan yang kini dikenali sebagai tembakau. Daun tembakau ini, sekiranya ditanam akan memberikan penanamnya satu perolehan yang tinggi, masakan tidak, tiada makhluk perosak seperti serangga hatta kambing sekalipun tidak akan memakan daunnya kerana ianya meninggalkan kesan sampingan. Jadi sekiranya tiada apa-apa bencana alam yang tidak menimpa ke atas tanaman tembakau tadi, maka hasil yang diperolehi pastinya besar. Itu sekiranya dilihat dari konteks asal tanaman tadi.

Kita lihat pula, ketika memprosesnya pula. Menurut lapuran yang telah diwartakan kepada kita, di dalamnya mengandungi lebih 4000 jenis kimia yang bertoksik tinggi di mana kimia tersebut antaranya ada digunakan di dalam industri pengeluaran cat dan sebagainya. Ini tidak termasuk dalam menghasilkan citarasa yang berlainan daripada setiap jenama rokok yang dikeluarkan. Ada yang direndam di dalam arak dan sebagainya sebagai menambahkan perisa kepada perokok-perokok. Tidak hairanlah kenapa rokok ini sangat susah untuk ditinggalkan oleh penghisapnya. Ini tidak termasuk iklan yang dipamerkan kepada kita seperti sumber inspirasi , gaya hidup tersendiri , merantau ke alam bebas dan berbagai-bagai motto yang digunakan untuk menarik orang ramai menjadi pelanggan tetap syarikat rokok tersebut.

Pada awalnya mungkin kita akan rasa pelik, kenapalah susah sangat nak tinggalkan rokok yang harganya mahal bahkan memudaratkan pula. Apalah sangat ada pada rasa asap yang dihisap dan dihembus kembali keluar dan saki-bakinya menjadi abu. Tetapi sekiranya kita kenal satu lagi istilah yang ada pada mereka yang merokok ini, maka tidaklah menjadi hairan. Istilah itu adalah tabiat. Tabiat atau dalam perkataan lain suatu kebiasaan yang dilakukan berulang-ulang tanpa rasa jemu dan muak. Ianya boleh berbentuk positif dan ianya boleh berbentuk negatif.

Mari kita suluh serba sedikit istilah tabiat ini dengan harapan mudah-mudahan selepas ini langkah yang diambil untuk mengatasinya menghasilkan keputusan sebagaimana yang diharapkan. Tabiat atau kebiasaan ini ada pendorongnya sehingga pelakuya merasa sekiranya tidak dilakukan akan terasa sesuatu kekurangan di dalam dirinya samada positif mahupun negatif. Antara yang negatif, bukan sekadar merokok sahaja, ianya termasuklah mengumpat, mencuri atau panjang tangan, suka berbohong, suka mengangkat diri sendiri supaya dipuji orang dan sebagainya.

Tabiat yang positif pula ialah suka menolong orang yang susah, pantang didengar ada kesusahan orang, hatinya akan gelisah sekiranya tidak dapat membantu , suka memberikan nasihat dan tunjuk-ajar yang baik kepada orang lain, suka berkhidmat pada orang dan sebagainya.Tabiat baik atau positif adalah merupakan fitrah semulajadi dalam diri manusia di mana sekiranya kalau ianya tidak dikuatkan dengan iman dan taqwa ia akan rosak lalu menjadi negatif. Manakala tabiat negatif pula adalah merupakan tabiat yang mendatang dan bukan semulajadi pada diri manusia. Seperti tabiat merokok hasil daripada dorongan ingin mencuba-cuba, ingin tunjuk kelelakian pada kawan-kawan sebaya yang turut merokok. Maka sesiapa yang sudah terjebak , sukar untuk melakangkan diri daripadanya. Tabiat buruk ini pula adalah merupakan dorongan dalaman diri manusia itu sendiri yang dinamakan nafsu. Manakala nafsu ini pula ada tujuh peringkatnya :

1) Nafsu Ammarah
2) Nafsu Lawwamah
3) Nafsu Mulhammah
4) Nafsu Mutmainnah
5) Nafsu Radhiah
6) Nafsu Mardhiah
7) Nafsu Kamilah.

Di antara ketujuh-tujuh peringkat nafsu tadi, 3 yang pertama adalah negatif, manakala 4 dan seterusnya adalah positif. Sekiranya hendak dihurai setiap tingkatan nafsu yang di atas tadi memungkinkan tidak mencukupi ruang di dalam forum isu semasa ini. Maka rasanya cukuplah sekiranya dikaitkan pada mana yang relevan sahaja.

Nafsu Ammarah telah Tuhan beritahu kepada kita bahawa ianya sangat mengajak kepada kejahatan. Di dalam kitab menghuraikan, bahawa sifat nafsu ini, sekiranya seseorang itu berada pada tingkatan Ammarah, maka sekiranya tiada perlakuan negatif dilakukan olehnya, hatinya tidak merasa puas, hatinya tidak merasa tenang, resah tidak tentu hala sehinggalah perkara negatif tadi dilakukannya. Seperti perbuatan vandalism, mengumpat, ketagihan merokok dan sebagainya. Maka sebab itu mereka yang sudah ketagihan merokok sangatlah sukar untuk meninggalkan tabiat buruk itu meskipun kempen demi kempen, motivasi demi motivasi, peraturan demi peraturan dibuat malahan mereka mengetahui kesan-kesan sampingan akibat merokok. Namun tidak juga surut jumlah perokok, malahan bertambah pula.

Oleh yang demikian, rasanya tiadalah jalan lain untuk mengubati penyakit ketagihan merokok ini melainkan dengan membawa Tuhan pada diri perokok tersebut. Di dalam kitab ada menceritakan kepada kita bahawa nafsu yang Allah Taala bekalkan sekali di dalam diri menusia hanya takut kepada Tuhan yang menciptanya. Itupun setelah direndam selama 3000 tahun di dalam api neraka , maka barulah nafsu itu tunduk kepada Tuhan. Kerana itu masalah ketagihan merokok ini yang umum telah mengetahui berpunca daripada tabiat buruk yang negatif didorongi oleh nafsu Ammarah, perlulah kepada Tuhan juga jalan penyelesaiannya. Mungkin ada yang berpandangan tidak logik , sinis dan sebagainya akan pernyataan ini. Namun apabila Rufaqa Corporation yang dimiliki oleh Pengerusi Eksekutifnya ,Yang Berbahagia Mulia Ustaz Haji Ashaari Muhammad At-Tamimi mempraktikkannya ke atas kakitangan syarikat, ternyata kesannya adalah hampir 100%. Ini mungkin tidak mampu difikirkan oleh para-para sarjana dalam menangani masalah ketagihan merokok di kalangan masyarakat.

Tahap perokok yang berjaya meninggalkan rokok bukanlah terdiri daripada mereka yang setahun jagung, malahan berpuluh-puluh tahun, dan tabiat buruk ini berjaya ditinggalkan dalam masa tidak sampai 2 bulan. Mereka berikrar telah berpatah arang dengan rokok. Rasanya kalau formula ini digunapakai dalam masalah perokok-perokok di negara ini, adalah tidak mustahil syarikat-syarikat rokok gergasi dunia yang telah lama bertapak di negara ini boleh gulung tikar dan bankrap.

Berpunca daripada nafsu yang negatif, dipositifkan dengan menanam rasa takut dan cintakan Tuhan, perokok tegar tadi mudah berubah dan boleh melupakan tabiat lama yang buruk tersebut.Mudah sahaja formulanya tanpa banyak slogan, tanpa banyak wang yang perlu dibelanjakan, tanpa banyak kempen-kempen dan sebagainya. Namun yang menjadi tandatanya, model sudah ada, bukti sudah ada , namun masih lagi kaedah lama dipakai. Hasilnya pun boleh dijawab sendiri oleh pembaca. Kita khuatir ada unsur-unsur lain yang membayangi usaha tangkap muat sesetengah pihak untuk menangani masalah ketagihan merokok. Sekiranya hendak dilihat mungkin ada juga. Ribuan juta Ringgit dibelanjakan setahun semata-mata untuk rokok, ribuan juta cukai diperolehi daripadanya, syarikat rokok menjadi kaya-raya. Kebanyakan syarikat rokok antarabangsa ini adalah milik Yahudi. Bangsa Yahudi sebagaimana sedia maklum adalah bangsa amat memusuhi umat Islam akibat dendam mereka dahulu.Mereka juga tidak merokok kerana mereka tahu akibat buruknya.Mereka kempen supaya orang lain menghisapnya.Bagi mereka biar orang lain rosak asalkan jangan bangsa mereka rosak.

Duit yang diperolehi daripada perokok yang terdiri daripada berbagai-bagai lapisan termasuklah umat Islam khususnya. Maka pastilah duit digunakan untuk mengukuhkan lagi pengaruh jahat mereka di atas muka bumi ini.Dan yang turut menyumbang ke atas usaha jahat mereka adalah umat Islam sendiri termasuklah mereka yang melaung-laung dan berdemonstrasi anti Yahudi di jalanan. Tanpa sedar musuh yang mereka tentang di hadapan, sokongan mereka berikan dari belakang. Maka tidak mustahillah masalah rokok ini tidak kesudahannya. Kerana ada dalang di sebaliknya yang tidak disedari oleh umat Islam sendiri. Ini tidak termasuk kepentingan-kepentingan pihak tertentu dalam meraih keuntungan peribadi di dalam merosakkan orang lain dengan rokok. Untuk tundukkan Yahudi perlu pada kekuatan yang disandarkan sepenuhnnya dengan Tuhan iaitu dengan ertikata lain perlu kepada kekuatan taqwa yang terhasil daripada rasa takut dan cintakan Tuhan, sinonim dengan masalah rokok tadi, perlu kembali kepada Tuhan juga.

Perkara ini mungkin tidak terfikir oleh golongan perokok, tetapi bagi sesetengah pihak yang berkepentingan, soal menjadi talibarut kepada Yahudi dalam soal perancangan jahat mereka ke atas umat Islam di akhir zaman ini bukan soal mereka. Yang penting apa untungnya aku dalam masalah ini. Inilah dia persoalan yang tak banyak diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat masakini yang rata-ratanya bukanlah pemimpin tetapi pentadbir dan pencatur dalam hal-hal kewangan dan pentadbiran. Kerana mereka bukan memimpin dan mendidik manusia kepada Tuhan. Kerana mereka sendiri pun tidak tahu bagaimana. Maka berterusanlah kerosakan demi kerosakan berlaku akibat salah pimpinan hingga menyebabkan manusia bertambah-tambah jauhnya dengan Tuhan.

Masalah dalaman ataupun kejahatan nafsu atau Mazmumah tidak dilihat sebagai besar dan serius. Kerana mereka sendiri pun terjebak dengannya. Akibatnya telah diihat di hadapan mata kita, namun jalan penyelesaiannya tidak juga dijumpai. Kerana apa, mereka bukan pemimpin, hatta masyarakat telah mengangkat mereka sabagai pemimpin, pun turut bekerjasama ke arah kerosakan ini. Hanya mereka yang boleh pimpin manusia kepada Tuhan sahajalah layak diberikan title pemimpin tersebut dalam ertikata lain dialah orang Tuhan yang bukan naik dengan kaedah bikinan akal manusia. Dia naik kerana Tuhan yang menaikkannya lantas dipikulkan ke atas bahunya tanggungjawab yang amat berat iaitu untuk mengembalikan manusia kepada Tuhan.

Apakah tidak terasa oleh kita wajarnya kita meletakkan soal kepimpinan ini seadil-adilnya menurut kaedah Tuhan? Atau kita masih mahu terus-terusan dibuai khayalan dan mimpi Mat Jenin dengan menerima sistem yang telah nyata membawa kerosakan serius kepada umat Islam masa kini hinggakan tidak tahu daripada mana mulanya hendak membaiki. Cubalah kita renungkan bersama dan minta pada Tuhan agar diberikan hidayah serta taufiq dalam melayari saki baki kehidupan di mana mungkin esok lusa kita menemui kesudahannya.

Wallahualam

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer