Diantara Rahmat Dan Nikmat Tuhan


05/10/2006

Mendapat pangkat dan kekayaan ia adalah salah satu nikmat tapi belum tentu rahmat. Badan sihat, ilmu banyak belum tentu rahmat, nikmat memanglah orang tahu itu adalah nikmat.Badan sihat, berilmu, sudah tentulah nikmat.Semua orang tahu badan sihat dan berilmu adalah nikmat, orang tidak boleh nafikannya

Kalau Tuhan memberi rahmat itu sudah tentu bersama nikmat.Jika nikmat sahaja belum tentu bersama rahmat.Kita perlu rahmat Tuhan bukan sekadar nikmat.Jika nikmat sahaja boleh membawa kecelakaan samada di dunia mahupun di Akhirat. Mendapat rahmat biasanya bersifat rohaniah, ia menyelamatkan seperti takutkan Tuhan, cintakan-Nya itu adalah rahmat kerana ia ada hubungannya dengan iman.Ia ada kaitannya dengan kebahagiaan di Akhirat.

Menjadi pemurah, pemaaf, merendah diri, mengutamakan orang lain itu adalah rahmat. Nikmatnya didapati atau diperolehi oleh orang lain sama.Ramai orang tidak sedar bahawa pemurah, pemaaf, merendah diri, mengutamakan orang lain itu adalah rahmat. Menjadi sabar, tawakkal, redha, berkasih sayang itu juga adalah rahmat tapi ramai orang tidak merasa itu adalah rahmat.

Ramai orang menganggap pandai, kaya, berpangkat itu adalah rahmat, ia belum tentu menjadi rahmat tapi nikmat sudah pasti.Kalau pandai sombong, kaya bakhil dan bangga, berpangkat menjadi megah dan ego itu adalah bala.Boleh jadi juga ia akan menjadi rahmat Tuhan, hanya itu kemungkinan sahaja.Di sini baru kita faham nikmat rohani selalunya adalah bersama rahmat nikmat lahir biasanya belum tentu bersama rahmat. Ramai orang mendapat nikmat lahir menjadi bala pula, bukan sahaja bala kepada dirinya bahkan bala kepada orang lain juga

Kita perpanjang lagi tentang memperkatakan nikmat ini supaya lebih global lagi dan nyata seperti kecantikan, memang semua orang mahu cantik.Di sini adakalanya ada bala yang tersirat, muka cantik kalau megah, bangga, sombong ia sudah jadi bala pula.Gunakan kecantikan untuk komersial lebih lagi bala,sikap ini orang lain pula sakit hati dan benci, lagi bertambah bala. Kalau cantik didedahkan aurat pula, ramai orang yang rosak imannya, ini adalah bala yang lebih besar.Ia akan membawa kepada laknat Tuhan kerana rosaknya merata dan global

Oleh itu mintalah rahmat Tuhan, kalau diberi sudah tentu bersama nikmat, jangan semata-mata meminta nikmat kerana belum tentu bersama rahmat. Biasanya nikmat lahir itu membawa kecelakaan dunia Akhirat jika disalahguna. Diharap ambillah perhatian agar kita selamat.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer