Di Akhir Zaman Kaum Ibu Tempat Rujuk Dan Pemutus


20/01/2006

Di akhir zaman perempuan-perempuan sudah jadi kiblat . Kiblat ertinya tempat ruku` dan sujud. Dengan kata-kata lain, perempuan-perempuan menjadi tempat rujuk dan pemutus.

Dalam rumah tangga membuat apa pun isteri pemutus. Kalau isteri tak hendak, rancangan keluarga terbatal. Kalau kenduri kendara masyarakat kampung, kalau tak bertanya lebih dahulu kepada kaum ibu, akan menjadi masalah. Boleh jadi timbul perbalahan, satu kampung akan susah.

Begitu juga kalau berlaku peminangan. Hendak menerima atau menolak, keputusan adalah di tangan isteri bukan suami. Kalau isteri tak setuju maka tidak jadi.

Begitu juga dalam pilihan raya, nadi kaum ibu adalah penentu dan pemutus untuk menentukan satu-satu parti itu menang atau kalah. Sebab itu dalam pilihan raya parti-parti, peranan kaum ibu adalah besar bagi menarik pengundi.

Begitu juga hiburan, kaum ibu ditonjolkan ke depan. Kaum bapa adalah sampingan. Sebab itu penghibur-penghibur di akhir zaman, wanita lebih tertonjol daripada kaum lelaki.

Kaum ibu memang nilai komersialnya tinggi, sebab itu di akhir zaman pekerja-pekerja di pejabat, lebih ramai kaum ibu daripada kaum lelaki.
Bos-bos di pejabat dengan kaum ibu dia lunak, dengan kaum bapa bos pejabat nak melanyak. Kalau pekerja wanita buat salah ada maafnya, tetapi kalau pekerja lelaki buat salah tiada maaf. Dengan pekerja wanita bos pejabat begitu mesra, sebaliknya dengan pekerja lelaki nak marah sahaja.

Begitulah watak akhir zaman, perempuan sudah jadi kiblat. Kaum ibu adalah tempat rujuk dan pemutus.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer