Bila Hati Tidak Sensitif Dengan Tuhan


29/04/2006

Gunung Merapi muntah batu, debu.

JAKARTA:
Pakar bimbang letupan Gunung Merapi di Indonesia bakal berlaku bila-bila masa selepas ia memuntahkan ketulan batu kecil, asap tebal serta hujan debu, semalam.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Indonesia sebaliknya belum meningkatkan tahap amarannya daripada tanda 2 kepada 1 yang memerlukan pemindahan segera penduduk yang tinggal di sekitar gunung berapi berkenaan.

Gunung Merapi yang juga gunung berapi paling aktif di Indonesia dan terletak di pulau Jawa yang padat penduduknya, mengeluarkan tanda-tanda akan meletus sejak dua minggu lalu. Bagaimanapun, muntahan debu semalam hanya berlaku kira-kira dua minit dan menyelubungi sebuah perkampungan di kaki gunung Merapi yang berhampiran bandar Jogjakarta, kata pegawai Pusat Pemindahan Mangsa Merapi. Pihak berkuasa tempatan pula terus mempertahankan yang ia sukar meramalkan bila gunung itu akan meletus dan sudah mengarahkan penduduk berpindah............................

Ulasan: Apabila sesuatu kejadian menimpa, manusia hanya mengkaji dan menyelidik soal lahiriahnya. Lalu dirumuskanlah bahawa kejadian itu berpunca dari itu dan ini. Jarang manusia mahu melihat perkara tersirat dalam setiap `takdir` Tuhan itu. Sepanjang sejarah umat-umat dahulu, bila manusia terlalu mungkar dengan Tuhan, maka Dia akan turunkan bala kepada mereka. Sejarah telah menceritakan sebagai contoh kisah umat Nabi Nuh a.s pernah dibalakan dengan dengan banjir besar kerana degil dan tidak mahu tunduk kepada Tuhan dan tsunami juga telah memaparkan kemarahan Tuhan. Bilakah lagi hati kita hendak tersentuh atau tercuit, bahawa ini semua adalah satu peringatan Tuhan untuk kita. Meletusnya gunung berapi bukan fenomena alam, tetapi adalah hasil kemarahan Tuhan bagi siapa yang celik hatinya.

Begitu juga setiap peristiwa dan kejadian, hati tidak terasa kebesaran-Nya. Misalnya kejadian malam dan siang yang silih berganti. Sejak alam ini diciptakan sehinggalah waktu ini, belum pernah malah mustahil Tuhan tersilap di dalam mentadbirnya. Bijaksana-Nya Tuhan mengatur segala-galanya berjalan lancar.

Belum pernah lagi terjadi, Tuhan tersilap memancarkan matahari pada waktu malam! Pun begitu setiap kali pertukaran malam dan siang, hati kita tidak pernah terasa itulah bijaksana-Nya pentadbiran Tuhan.

Adakalanya berlaku banjir besar (tsunami), gunung berapi meletup, gempa bumi yang menggoncang yang kesemuanya boleh melenyapkan apa sahaja yang ada di dalam sekelip mata. Waktu itu tiada satu kuasa pun yang boleh menahannya. Dialah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa. Ternyatalah semua yang ada di dalam takluk-Nya.

Tapi hairan, walau segagah itu kehebatan Tuhan, hati kita masih tidak terasa sifat Jabbar dan Qahhar-Nya. Ada yang berkata, " Kejadian yang berlaku adalah nature." Hati manusia terus buta untuk mengakui kehebatan Tuhan itu.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer