Bila Gajah Bertarung.....


13/06/2006

New Straits Times ; 13th June 2006 ; Front Page
78 Umno MPs and senators meet PM to show support :
Putrajaya : The Abdullah administration will move soon to kill off allegations by Tun Dr Mahathir Mohamed that it had made wrong decisions in several areas ......................

Gempa di Jogjakarta baru-baru ini telah mengorbankan ribuan nyawa, memusnahkan harta yang tidak ternilai banyaknya. Ini diburukkan lagi dengan masalah birokrasi di negara jiran tersebut sehingga bantuan kemanusiaan yang sepatutnya telah tiba kepada mangsa, telah "disekat" oleh pihak-pihak tertentu di sana atas kepentingan peribadi. Kini gunung Merapi pula yang menjadi kebimbangan penduduk di Jogjak telah menjadi sangat aktif hingga dikhabarkan bahawa kubah di sebelah utara gunung tersebut telah mula runtuh menandakan ledakan besar akan berlaku tidak lama lagi.

Di tanahair kita juga tidak kurang hebatnya peristiwa yang berlaku.Berlakunya gempa dan letusan, tetapi bukan kerana gunung berapi,syukur Alhamdulillah, di Malaysia tiada gunung berapi yang aktif meskipun terletak di lingkaran gunung berapi Pasifik. Yang menjadi gempa dan yang meletus adalah kerana dua orang pemimpin politik tersohor dan utama di negara ini dilanda krisis. Walaupun di
Indonesia gunung yang betul, di Malaysia juga adalah seumpama gunung juga kerana konflik yang berlaku adalah pemimpin yang menjadi perhatian rakyat, dalam ertikata lain mereka berada di status dan kedudukan yang tinggi sama seperti gunung.

Kritikan pedas dan keras yang dilemparkan kepada PM Malaysia bukanlah calang-calang kritikan kerana yang mengkritik adalah bekas PM Malaysia yang telah memerintah negara ini selama lebih 20 tahun dan PM yang baru ini juga adalah atas pilihan beliau sendiri. Maka berbondong-bondonglah orang-orang politik yang selama ini menyanjung dan mengagungkan bekas PM kita dan menyatakan sokongan yang tak berbelah bagi pada PM yang sediada ini. Biasalah sikap orang politik seperti demikian. Sikap mereka sudah boleh dibaca ( predictable ) sebagaimana kisah-kisah yang lalu. Diwaktu pemerintahan bekas PM kita pada satu ketika dahulu yang digelar 2M, masing-masing mengatakan inilah pasangan yang paling cocok dalam pemerintahan negara, tetapi pada hakikatnya mereka berlaga umpama lembu "Metador" di dalam "Coliseum" , hinggalah berpecah kepada 2 pihak iaitu UMNO baru dan semangat 46 ( Kini S46 sudah dibubarkan ).

Di sini kita boleh lihat dan baca bahawa sikap pemimpin politik yang ada di mana-mana juga di dunia ini akan menyebelahi pihak yang akan menguntungkan mereka tanpa mengambil kira apakah kesannya pada rakyat, pada negara lebih-pebih lagi pada agama. Paparan demi paparan di media tentang kisah penyelewengan yang berlaku membuktikan bahawa ada perkara yang tidak telus di dalam sistem pentadbiran Kerajaan meskipun dicanang di merata negara ianya adalah telus dan tiada sebarang penyelewengan. Hakikatnya telah Allah Ta'ala dedahkan sendiri. Begitu juga sikap mereka terhadap rakan-rakan seangkatan di dalam arena politik tanahair. Kalau semalam berkawan, hari ini boleh jadi seteru. Kalau semalam saling berjabat tangan, hari ini buku lima jadi penangan. Maka sewajarnya kita perlumengambil iktibar pada golongan-golongan seperti ini.

Apa yang diperkatakan tadi adalah menyentuh perihal golongan orang-orang politik yang berada di dalam satu parti. Berlainan pula dengan parti lawan. Kalau sebelum ini habis dilipat, dipulun, dimaki, dihamun, dicerca, dihina, dikutuk, pokoknya sehingga tidak tahu apa bahasa lagi nak diungkapkan tentang penghinaan yang telah dilemparkan kepada bekas PM kita, tetapi hari ini, diajak pula untuk menyertai mereka dan dedahkan kepada umum penyelewengan Kerajaan, dan bekas PM ini akan diangkat sebagai negarawan yang ulung. Kita pun tidak faham pendirian parti ini.

Kalau sekadar hanya berdiri di atas isu untuk memperjuangkan Islam , maka mereka sebenarnya adalah lebih hina daripada parti lawan mereka. Sebab dalam masa yang sama, mereka tiada kaedah untuk selesaikan masalah rakyat, mereka tiada kaedah untuk mengatasi masalah ekonomi yang sedang melanda, mereka tiada alternatif untuk menggantikan sistem kebudayaan yang teruk merosakkan generasi muda masa kini, mereka tiada panduan bagaimana hendak mendamaikan puak yang berseteru hatta di dalam parti mereka sendiri pun punya pandangan dan uslub yang berbeza. Seorang pandang ke timur manakala seorang pandang ke barat. Bagaimana hendak mentadbir negara ini yang berbilang bangsa dan agama dan berbilang juga perangai serta kehendak yang perlu dipenuhi. Maka tidak hairanlah sekiranya akhbar tabloid mereka , sebelum ini mencicah angka sehingga 400 ribu naska satu keluaran, sekarang ini merosot kepada 125 ribu naskah sahaja.

Apa sudah jadi? Bukankah akhbar ini lidah dan suara mereka dalam apa yang mereka perjuangkan. Merosot langganan bererti mereka sudah gagal dari satu sudut , iaitu gagal meletakkan kesetiaan pemikiran ahli agar menjadi sehala dan bersepadu dalam tindakan dan pemahaman parti. Pasti ini akan memberikan impak yang besar kepada kedudukan kewangan parti yang amat bergantung pada langganan akhbar tabloid keluaran mereka di samping derma-derma di majlis-majlis ceramah panas mereka pada masyarakat. Hakikatnya mereka hanya tahu bagaimana hendak mendedahkan aib lawan tetapi tidak tahu memberikan jalan keluar kepadanya. Berjelalah ayat Quran dan Hadith dibacakan saban hari , namun pada sudut pemahaman, lebih-lebih penghayatan, amat jauh tersasar.

Buktinya, majoriti ahli-ahli parti mereka gagal untuk melepaskan diri mereka daripada perangkap Yahudi iaitu rokok. Mulut memaki Yahudi dan Zionis, di dalam poket menyokong sepenuhnya musuh mereka. Beginilah akibatnya sekiranya uslub yang digunakan dalam memperjuangkan Islam mengikut uslub yang ditaja oleh musuh. Di situ hilang keberkahan, hilang maruah dan hilang segalanya. Yang ada cuma seperti Pak Kaduk menang sabung, baju yang dipakai koyak rabak.

Begitu juga halnya badan-badan di dalam NGO. Meskipun mereka bergerak tanpa pengaruh mana-mana parti politik , namun mereka juga tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara yang semakin tenat ini. Mereka hanya mampu menyuarakan pandangan dan pendapat mereka tanpa punya sebarang jalan yang konstruktif dalam membantu pihak Kerajaan dalam masalah ekonomi ini. Maka mereka juga diihat tidak mampu menjadi satu badan yang berwibawa dan boleh diberikan kepercayaan dan sandaran rakyat pada sebarang isu yang berbangkit.

Mungkin pula di sini masyarakat ingin melihat apakah orang-orang agama yang berauthoriti dan bertaraf cerdik-pandai agama yang lahir daripada universitas-universitas tempatan dan antara bangsa mampu mendamaikan "pertarungan" antara dua pemimpin di dalam negara kita ini sesuai dengan kepandaian mereka sebagai orang agama. Tetapi kelihatan di mata kasar , mereka lebih gemar membahaskan persoalan-persoalan bersekitar pada sudut hukum boleh atau hukum tidak boleh. Perbedaan pendapat pada isu kahwin Misyar itu sendiri menimbulkan polemik yang berpanjangan tanpa kesudahan dengan hujjah masing-masing dalam menegakkan pendapat boleh atau tidak boleh.

Bila orang-orang politik bersuara, mereka bungkam, mendiam diri seribu bahasa. Mungkin kerana khuatir tindakan yang bakal diterima sekiranya memperkatakan sesuatu yang kontra pada "tuan-tuan" mereka, seperti hilang pangkat, hilang kelayakan, hilang title dan sebagainya. Pokoknya sekiranya fatwa atau hukum yang dikeluarkan itu boleh menjejaskan periuk nasi mereka, nescaya itu yang perlu mereka hindari.
Ini dibuktikan dengan kisah bekas seorang mufti yang tidak disambung kontraknya sebagai mufti telah membuat roadshow pada orang ramai atas tiket pembangkang akan penyelewengan kerajaan, walhal pada ketika dia menjawat jawatan mufti, isu itu telah berlaku di hadapan matanya, namun dia mengunci mulutnya. Tetapi setelah "dibuang" daripada menjadi orang agama kerajaan, dendamnya bermula dan berbagai cerita pun keluar. Orang-orang agama dikala ini
hanya dilihat oleh masyarakat sebagai satu ikon yang berhubungkait dengan soal-soal hukum-hakam dan majlis-majlis rasmi agama sahaja .Tak lebih dari itu. Soal keselamatan negara daripada penjajahan kuasa besar, soal ekonomi, soal sosial, soal dasar dalam dan luar negara, soal pembangunan, soal sistem kehidupan yang sudah rosak, soal politik, mereka hanya tumpang semangkuk ikut apa yang dibicarakan oleh "boss-boss" mereka. Tidak akan ada yang berani mencelah kecualilah mereka ini "ditunggang" oleh parti politik lawan. Maka sebab itu Rasul ada memberitahu kita, lebih aku takutkan daripada Dajjal laknatullah itu ialah ulama' yang cinta dunia. Hakikatnya mereka adalah perosak agama di atas nama agama.

Orang Melayu pada amnya dan orang Islam secara khususnya, mahu melihat sejauh manakah golongan-golongan di atas tadi mampu menyelesaikan masalah yang ada hubungkait dengan orang Melayu dan juga agama Islam. Sekadar cakap tetapi tidak serupa bikin, sudah banyak mereka saksikan di atas pentas tanahair kita ini. Kemelut yang berlaku pada kepimpinan di dalam negara ini bukan sahaja melibatkan orang politik, bahkan ianya dilihat sebagai kemelut yang berlaku pada orang-orang Melayu itu sendiri pada umumnya. Maruah dan kredibiliti orang Melayu di bawah kepimpinan orang Melayu juga dilihat sudah goyah dengan berbagai isu yang mendedahkan kelemahan kepimpinan yang sediada. Orang Melayu pasti tidak mahu bangsa lain dan bukan beragama Islam mengambil alih teraju pemerintahan negara di atas sikap orang Melayu sendiri lebih-lebih pemimpin-pemimpin politik yang hanya mementingkan diri mereka sahaja.

Begitu juga dengan golongan-golongan lain yang telah diperkatakan di atas tadi. Sedar tidak sedar ada seorang pemimpin orang Melayu yang beragama Islam yang bukan naik daripada jalan orang kebanyakan. Dia naik hasil daripada perjuangan yang dilagangnya selama lebih 30 tahun. Dia naik daripada pilihan hati-hati manusia yang ingin mencari kebenaran dari Tuhan. Dia naik hasil daripada pembelaan Tuhan pada dirinya yang difitnah oleh berbagai-bagai golongan termasuk anak-anak muridnya yang berkepentingan. Dia naik hasil model yang telah ditunjukkan pada bandar-bandar Islam yang dibangunkan untuk diteladani orang Melayu dan orang-orang Islam secara global. Dia naik hasil daripada kesabarannya menempuh ribut, badai dan taufan yang melanda hinggakan jemaah yang dibangunkan pada awalnya hancur, dia di ISAkan tanpa bicara selama 10 tahun. Dia naik kerana Tuhan mahu dia naik dan memberitahu manusia bahawa dia adalah orang yang menjadi Mujaddid yang telah Allah lahirkan setiap awal kurun untuk menyelamatkan manusia dan bukan semata-mata umat Islam. Dia adalah "Orang Tuhan" yang menjadi "wakilNya" untuk menyelesaikan masalah yang menimpa diri manusia kerana "kehilangan" Tuhan, lantas bertanggungjawab membawa manusia kembali kepada Tuhan. Dia adalah merupakan orang yang akan
memperkenalkan umat Islam kepada Imamul Ummah yang akan menzahirkan diri sebagai Khalifah yang bertaraf global kerana kerosakan dunia sudah bertaraf global. Dia adalah orang kanan kepada Imamul Ummah tersebut yang bertanggungjawab menyediakan sebuah tapak kebangkitan ummah yang akan berubah menjadi empayar umat Islam dalam menghadapi musuh Yahudi dan Nasara. Dia adalah orangnya yang bergelar Putera Bani Tamim, Sheikul Daulah , seorang Mursyid, Sohibuzzaman, Ghouzul A'zam, Sultanul Aulia dan berbagai-bagai gelaran kemuliaan yang diberikan Tuhan padanya.

Dalam masa yang sama dia rasa dia adalah insan yang paling bersalah dan berdosa pada Tuhan. Dia amat memuliakan tetamu yang datang menziarahinya tanpa mengira status mereka orang kecil mahupun orang besar. Dia adalah orang yang mampu memberikan ilmu tanpa merujuk sebarang kitab dalam masa yang sama ilmu yang disampaikan tidak lari dari kehendak Al-Quran dan Hadith dan mampu dipraktikkan secara lahiriah. Dia tidak akan bercakap tanpa berbuat. Dia adalah "Abuya" pada perkenalan umumnya buat semua orang. Dan dia adalah :- Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi

Mungkin ulasan ini dianggap terlalu ekstreme malahan boleh menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, namun masanya akan tiba di mana kita akan melihat satu gelombang peralihan yang kini sedang mara kepada kita, tanpa ada pertumpahan darah, tanpa ada rasa dendam, tanpa ada rasa prejudis kecuali mereka yang berkepentingan. Dia akan naik dengan memecah tradisi yang sudah puluhan tahun diwarisi oleh umat Islam. Dan dia naik dengan kaedah dan sistem baru yang mampu menyelesaikan masalah manusia mengikut "kaedah" Tuhan. Kita tunggu dan kita lihat. Minta pada Tuhan agar diberikan hidayah supaya kita dapat melihat kebenaran dan menjadi pendukung kepada kebenaran di bawah pimpinan orang Tuhan ini.

Ampun maaf.

Wallahua'lam.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer