Bertolong Bantu Atas Dasar Takut Dan Cinta Tuhan


24/03/2006

Menurut Islam, asas bagi tegaknya sesuatu sistem ialah manusia itu sendiri. Justeru ekonomi, asasnya juga adalah manusia bukannya wang ringgit atau hal yang lain. Ekonomi dalam Islam, asasnya bukan aset, juga bukan barangan bahkan bukan modal tetapi manpower atau tenaga manusia.

Mengapa manpower itu dianggap asas ekonomi Islam? Sebab yang hendak menggerakkan ekonomi itu adalah manusia. Manusialah yang menjadi faktor utama dalam menjana ekonomi dengan berkesan. Secara logiknya, katalah sesebuah negara itu, asetnya banyak atau bahan-bahan mentahnya banyak tetapi tenaga manusia tidak ada, bagaimana hendak diuruskan dan diproses bahan-bahan itu? Bahan-bahan mentah yang begitu banyak belum menjadi aset ekonomi selagi ianya belum diproses oleh tenaga manusia. Kalau ada tenaga manusia pun, ia ada hubungan pula dengan kepakaran. Kalau ramai rakyat (manusia) di dalam sesebuah negara itu tetapi tidak ada kepakaran, bagaimanakah emas, bijih, perak, minyak dan lain-lain bahan galian hendak dijadikan aset yang bernilai? Tidak ada ertinya juga. Negara itu kaya dengan khazanah tetapi hanya benda terpendam yang belum menjadi aset ekonomi dan kekayaan negara.


Selanjutnya, kalau pun ada tenaga manusia, yang ada kepakaran sehingga mampu memproses bahan-bahan semula-jadi yang Tuhan beri kepada sesebuah negara, untuk bangsa negara itu, hingga hasil itu dapat dijadikan kekayaan, kalau pun berhasil, ada masalah lain pula. Mungkin nanti cara rnengagihkannya tidak betul. Kalau pun bahan mentah itu mampu dijadikan kekayaan, masih akan jadi masalah kepada negara atau kepada rakyat sebab pengagihan tidak seimbang. Maka jadilah golongan yang kaya semakin kaya manakala yang miskin semakin menderita. Khazanah atau kekayaan negara hanya dibolot oleh beberapa orang sahaja. Tuhan tidak zalim. Bahan mentah yang ada dalam sesebuah negara itu sebenar-nya cukup untuk keperluan setiap rakyat sekiranya diagihkan dengan sistem yang tepat dan mengikut cara yang Tuhan mahu. Firman Allah SWT: Maksudnya: "Tidak ada sesuatu yang melata di bumi melainkan ke atas Allahlah rezekinya dan Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat menyimpannya. Segala yang tersebut itu ada di dalam Kitab yang Nyata." (Surah Hud: 6)

Dengan kata lain, setelah menggali bahan-bahan mentah itu lalu menjadi kekayaan, ada sistemnya lagi yang perlu di-ambil kira iaitu sistem dalaman diri manusia. Mereka yang mengendalikan kekayaan itu, bolehkah mengagihkan kekayaan tersebut secara adil kepada rakyat? Kalau ketika itu di dalam dirinya datang rasa tamak, maka kekayaan hanya terkumpul pada beberapa individu sahaja, lalu rakyat dan masyarakat akan terbiar. Negara itu dilihat kaya tetapi hanya namanya sahaja yang masyhur sebagai negara yang kaya. Lantaran tiada pengagihan yang baik, maka rakyat tetap miskin.

Cara pengagihan yang tidak betul ini adalah kerana dua sebab iaitu:
1. Kerana sistemnya.
2. Sebab manusia itu sendiri.

Justeru itu dapatlah dirumuskan di sini bahawa ada empat faktor utama yang perlu diambilkira dalam asas pengurusan ekonomi sesebuah negara, iaitu:

1. Sumber manusia
2. Kepakaran dan kemahiran
3. Sistem yang diguna pakai
4. Pembinaan insan

Kejayaan mengurus ekonomi negara bergantung kepada sejauh mana sumber manusianya mampu mengendalikan sistem ekonomi negara tersebut dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab. Dengan kata lain, bagaimana setiap individu sama ada pemimpin, pengendali ekonomi, pelabur dan pekerja dapat menjadikan Tuhan sebagai Pemantau bagi segala gerak-gerinya.

Di dalam menghayati konsep Islam Hadhari dari sudut pengurusan ekonomi ini, kita tidak dapat lari dari merujuk kepada sejarah Rasulullah SAW dan Khulafa` ur Rasyidin. Apa yang kita lihat, oleh kerana bijaksananya Baginda Rasulullah SAW dan Khulafa` ur Rasyidin, sebelum memikirkan kekayaan, mereka fokuskan insaniah masyarakatnya terlebih dahulu sebab kekayaan itu ditentukan oleh insaniah. Sejauh mana mereka cinta dan takutkan Tuhan , sejauh itulah mereka mampu mengagih-agihkan kekayaan. Bukan sahaja mengagihkan kerana kewajipan menunaikan zakat semata-mata bahkan kerana insaniah mereka begitu murni dan kerana cinta dan takut mereka kepada Tuhan maka mereka sentiasa mencari peluang untuk mengagihkan kekayaan kepada orang yang memerlukan. Mereka rajin dan ghairah menderma dan bersedekah. Sebarang keperluan masyarakat yang perlu dibantu,mereka akan bantu. Di mana ada keperluan fardhu kifayah yang hendak dibangunkan,mereka akan berlumba-lumba menjayakannya. Itu bagi orang yang mampu yakni orang yang mempunyai kekayaan.

Begitu juga di pihak kerajaan.Pada waktu kedudukan kerajaan teguh,mantap dan stabil,kerajaan bertanggungjawab terhadap sebarang keperluan rakyatnya.Tidak ada orang miskin yang terbiar tanpa pembelaan.Begitu juga sekiranya negara mengalami kegawatan ekonomi, di mana negara sudah tidak mampu menampung banyak keperluan rakyatnya,maka pada ketika itu, para jutawan dan golongan kaya yang telah terbina insaniahnya,mereka pula yang tampil menampung keperluan negara khususnya dalam membela golongan miskin.

Jadi apa yang kita faham, dizaman Rasulullah dan Khulafa ur Rasyidin, di antara kerajaan dengan masyarakat yang kaya, mereka tampung menampung tanpa diminta .Waktu kerajaan susah,masyarakat kaya menampung.Bila mereka tahu sahaja ada keperluan, mereka terus memberi.Itulah yang dinamakan Baitul Mal.

Fungsi Baitul Mal itu antaranya adalah tempat simpanan khazanah hasil pemberian orang tanpa diminta.Jadi kejasama tanpa diminta antara kerajaan dan rakyat yang senang itu adalah hasil insaniahnya yang sudah dibangunkan. Waktu kerajaan susah, mereka inilah yang cepat-cepat membantu kerajaan.Jadi tabung kerajaan tidak sempat kosong.Kerajaan boleh terus mengagihkan kepada rakyat yang perlu.Di waktu kerajaan mampu,ketika masyarakat susah, maka kerajaan pula bertanggungjawab.

Hari ini, kita membangunkan material dahulu sedangkan insaniah masyarakat tidak diberi perhatian.Insaniah mereka terabai.Jadi bila material didahulukan,ada orang yang berjaya, akhirnya jadi tamak , hanya meyimpan kekayaan untuk diri sendiri atau diagihkan kepada kroni-kroninya sahaja maka rakyat terbiar.Kalaupun kerajaan meminta bantuan dan sokongan kewangan daripada golongan kaya di dalam negara, paling baik mereka hanya membayar zakat atau membayar cukai.Bila diminta. Sumbangan aradhi (mendatang) untuk membantu kerajaan, macam-macam alasan diberi.Untuk memberi sumbangan sukarela,daripada ketulusan hati yang inginkan keredhaaan Tuhan amat sukar sekali.Amat ketara pada waktu ini, kebanyakan orang yang ada kekayaan sudah rosak insaniahnya.

Firman Allah SWT :
Maksudnya : "Jangan engkau jadikan tangan engkau terbelenggu ke leher engkau dan jangan pula engkau lepaskan selepas-lepasnya.(jangan bakhil dan jangan pemboros.Nanti kamu akan duduk tercela dan menyesal." (Al Isra` 29)

Jelas pada kita ,konsep Islam Hadhari adalah ulangan sistem hidup yang pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW dan generasi Sahabat serta tabi`in.Telah wujud di zaman baginda rasulullah sistem hidup bertolong bantu berteraskan kepada cinta dan takutkan Tuhan .Justeru sistem tolong bantu beginilah sepatutnya menjadi amalan di antara pihak kerajaan dan sektor korporat di negara kita.

Firman Allah SWT lagi :
Maksudnya : "Bertolongbantulah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolongbantu dalam membuat dosa dan kezaliman." (Al Maidah : 2)

Memang kita akui, perkongsian pintar yang diamalkan selama ini merupakan unsur asas yang telah berjaya membina persekitaran ekonomi negara yang berdaya saing, tetapi kita juga harus yakin dengan konsep Islam Hadhari iaitu roh atau spirit dari bertolong bantu iaitu demi mendapatkan kasih sayang Tuhan akan lebih memberi kepuasan jiwa serta menambah nilai keberkatan dari Tuhan untuk kita. Tentulah amat berbeza bertolong bantu serta bekerjasama atas nama Tuhan dibandingkan dengan kerjasama yang menginginkan pembalasan dan pulangan material.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer