Apabila Berekonomi Tidak Mengikut Kehendak Tuhan
09/09/2006
Nyata bahawa ekonomi adalah satu keperluan hidup bagi manusia. Justeru itu, ia mesti dikendalikan dengan cara yang patut, adil, saksama, penuh belas ikhsan dan kasih sayang.
Sepertimana juga dalam keperluan-keperluan hidup manusia yang lain, Tuhan tidak boleh diketepikan dalam kita berekonomi.
Kalau ini berlaku, maka natijah dan hasil dari ekonomi
tersebut akan memakan diri manusia itu sendiri. Ia akan rosak
dan merosakkan.
Di zaman ini, kegiatan dan interaksi melalui ekonomi telah
diselewengkan dan dirosakkan oleh fahaman-fahaman ciptaan
akal manusia terutama oleh fahaman komunis dan kapitalis.
Ia telah dirosakkan oleh riba, monopoli, oligopoli, kartel, mencari
untung yang berlebihan dan
menjadikan untung itu matlamat
dalam berekonomi. Justeru itu timbul penekanan, penindasan
dan ketidakadilan. Lahirlah krisis, perbalahan, kesusahan,
kerosakan dan perpecahan.
Dalam Islam, berekonomi dan berniaga bukan semata-mata
untuk mencari duit dan untung. Kalau duit dan untunglah
matlamatnya pasti akan ada rebutan. Krisis dan pergaduhan
pasti tidak dapat dielakkan.
Ekonomi dan perniagaan Islam
adalah berteraskan kasih sayang.
Seperti juga ibadah-ibadah yang lain, matlamat berekonomi adalah untuk
mendapatkan Tuhan dan untuk mendapatkan
keredhaan Tuhan
, bukan untuk mendapatkan duit dan
keuntungan material. Kalau duit dan keuntungan materiallah
yang menjadi matlamat dalam berekonomi, maka ia tidak
boleh dan tidak layak dikatakan sebagai ibadah. Ia terkeluar
dari syarat-syarat dan konsep ibadah. Ia tidak akan sampai
kepada Tuhan. Tuhan juga tidak akan menerima usaha ekonomi
atau perniagaan kita itu sebagai satu ibadah atau pengabdian
diri kepada-Nya. Kerana ibadah itu adalah apa-apa kebaikan
yang kita buat dengan diniatkan kerana Allah. Allah adalah
matlamat ibadah.
Kalau kita berekonomi dan berniaga kerana hendakkan duit
dan untung sahaja, maka Tuhan akan berlepas diri daripada
usaha kita itu kerana kita berbuat bukan kerana Dia. Apabila
Tuhan berlepas diri maka akan timbullah bermacam-macam
kerosakan dan kesan sampingan yang buruk dan negatif. Tidak
akan wujud kasih sayang. Kalau perniagaan kita untung dan
maju, orang akan dengki dan iri hati pada kita. Atau kita akan
berebut-rebut keuntungan. Atau kita akan rasa bongkak dan
sombong. Kalau kita rugi pula, kita akan bergaduh dan bersenget-
senget hati sesama sendiri. Ataupun kita akan kecewa
dan berputus asa. Usaha kita itu pula tidak ada apa-apa nilai
di Akhirat.
Di samping itu akan timbul tekan-menekan, tindas-menindas,
ketidakadilan, monopoli, penipuan, inflasi, menyorok
barangan dan sebagainya kerana manusia mahu cepat untung
dan cepat kaya. Hidup manusia jadi susah dan terhimpit. Inilah
akibat berekonomi dan berniaga yang dibuat tidak kerana
Tuhan.
Sebenarnya, kalau kita berekonomi dan berniaga kerana
hendak mendapatkan Tuhan, lagi banyak kita berniaga, maka
akan bertambah lagilah iman dan taqwa kita. Seterusnya lagi
bertambahlah ukhwah dan kasih sayang antara kita dan kita
akan lebih hampir kepada Tuhan. Kehidupan jadi mudah,
indah, aman dan makmur.
Islam menganjurkan perniagaan dan ekonomi bukan untuk mendapat duit atau untung tetapi untuk mendapat taqwa.
Untung itu perkara mendatang. Dalam Islam, rugi dalam perniagaan
pun tidak apa asalkan dapat taqwa.
- 1922 reads
Post new comment