Apa Makna Sebenar Penjajahan ?


27/09/2005

Erti Di Sebalik Pengunduran Israel Dari Gaza

Oleh Tengku Iskandar Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Semenanjung Gaza, yang merupakan sebahagian daripada tanah air warga Palestin, kini bebas sepenuhnya daripada pendudukan Israel setelah rejim Yahudi itu melakukan pelbagai angkara yang membawa penderitaan dan penghinaan selama 38 tahun terhadap penduduk asal wilayah itu.

Kemeriahan dan kegembiraan luar biasa yang ditunjukkan oleh penduduk Palestin ketika menyambut pembebasan wilayah mereka daripada cengkaman Israel, mendorong pemimpin mereka, Mahmoud Abbas, mengisytiharkan bahawa peristiwa itu merupakan saat paling manis bagi rakyat Palestin sejak lebih satu abad lepas.

Kebanyakan warga Palestin mengalirkan air mata gembira dan mencium tanah sebaik saja kembali ke tempat tumpah darah mereka.

Tiada siapa yang boleh menghalang kegembiraan yang dirasai oleh rakyat Palestin setelah berjuta jiwa, baik yang beragama Islam atau Kristian, menjadi mangsa kezaliman dan ketidakadilan selama lebih separuh abad akibat tindakan pihak yang tidak berperikemanusiaaan.

Tetapi, setelah semua sambutan itu selesai, rakyat Palestin dan masyarakat dunia perlu menerima hakikat bahawa sebenarnya masih terlalu awal untuk mengadakan sambutan besar-besaran sempena pengunduran Israel dari wilayah itu.

Kini, soalan yang perlu dijawab oleh setiap orang ialah apakah erti di sebalik pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza?

ULASAN

Walaupun Yahudi tidak menguasai mana-mana negara di dalam dunia ini kecuali negara Israel tetapi hakekatnya hari ini, umat Islam dijajah oleh ideologi atau fikiran dari Yahudi.

Jadi setelah penjajahan bentuk lama ditukar pada bentuk baru, iaitu menjajah secara baru, bukan fizikal yang dijajah tapi dijajah rohani dan maknawi. Hingga hari ini umat Islam tak sedar lagi, bangga seolah-olah mereka sudah merdeka, padahal penjajahan baru ini lebih dahsyat namun umat Islam tak sedar penjajahan cara baru ini. Penjajahan fizikal mereka sedar, orang tak suka, orang benci. Tapi penjajahan secara baru secara maknawi dan rohani kalau ibarat orang tidur, musuh sudah boleh masuk kelambu dan dia anggap musuh itu sebagai kawan.

Penjajahan bentuk baru, umat Islam tak sedar, ulama tak sedar. Oleh kerana penjajahan bentuk baru lebih jahat dari bentuk lama, bila ada yang sedar, seolah kita berhadapan dengan banjir besar, berdepan di depan lautan jahiliyah, bukan senang untuk menyusun semula.

Sebab itu kita yang ada cita-cita Islam, yang mana tenaga kita terlalu kecil dibanding tenaga musuh dan sambil berhadapan dengan umat Islam yang tak faham, kalau tak bersandar dengan Tuhan, tak gigih berjuang, tak berjiwa besar, kita akan mati beragan, hilang semangat, hilang mood, sebab itu dengan Tuhan kena kuat, kena rasa besar, agar kita berjiwa besar. Kalau dengan Tuhan rasa besar, musuh akan kita rasa kecil sahaja.

Jadi untuk membangunkan kembali bukan senang sebab kita berhadapan dengan umat Islam yang sudah rosak. Jadi rupanya bagi umat Islam penjajahan bentuk baru lebih bahaya dari penjajahan bentuk lama.

SEKIAN.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer