Mujaddid ke-13

Bismillahirrahmanirrahim

Sedikit koreksi, Mujaddid ke-13 Bukan Imam Syarqawi, melainkan Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi yang tinggal di Singapura dan kemudian di Klang. Mujaddid ke-14 adalah Putera dari Bani Tamim. Dalam hadis disebut sebagai Fata At Tamimi (Prince of Tamimi). Mujaddid ke-15 tidak ada karena Putera Bani Tamim akan langsung dilanjutkan oleh Khalifah Rasulullah yang "disimpan" untuk akhir zaman: Al Imamul Mahdi, Muhammad bin Abdullah.
Kedudukan Khalifah Rasulullah lebih tinggi dari Mujaddid.

Melihat keluasan ilmunya yang tak pernah kering, jamaahnya yang berusaha menzhahirkan kebenaran dalam berbagai bidang kehidupan (pendidikan, ekonomi, kebudayaan, dakwah, pertanian, peternakan, sains dan teknologi, hiburan, permusafiran, rumah tangga, dlsb), sangat memperjuangkan kasih sayang kepada seluruh manusia dan jamaahnya terbukti tak dapat dimudaratkan (dihancurkan) oleh musuh-musuhnya, beberapa ulama besar dari berbagai negara sepakat
mengatakan bahwa Mujaddid di kurun ke-14 ini adalah:

Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi.

Bahkan dialah Putera dari Bani Tamim yang disebut dalam hadis2 masyhur Baginda Rasulullah SAW itu.

Ulama-ulama besar yang dimaksud adalah:

1. Syeikh Abu Khalid As Samar dari Jordan
2. Syeikh Abdul Nasser dari Madinah, Syeikh dan Mursyid Tarekat Sadziliyah
3. Prof. DR. Sidi Syeikh Abdussalam Harrats (Qarawiyyin University) dari Fez, Marokko.
4. Prof. DR. Haydar Bas dari Turki, Syeikh dan Mursyid Tarekat Qadiriyah
5. Syeikh Mahmud Effendi dari Turki, Syeikh dan Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah
6. Syeikh Abdul Jabbar dari Iraq, Syeikh dan Mursyid Tarekat Rifa'iyah

Sedang ulama yang peringkatnya di bawah 6 orang ini yang mengatakan hal yang sama:

1. Sidi Syeikh Abdullah bin Shiddiq (alm) dari Marokko. Beliau Huffaz terakhir abad ini (hafal 100.000 hadits dengan sanadnya dari Rasulullah sampai pada beliau). Syeikh tarekat Shiddiqiah, Beliau banyak meriwayatkan kembali hadits2 akhir zaman tentang Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim.
2. Syeikh DR. Mahmud Marghalani Al Husaini, hafiz 40.000 hadits, dari Madinah
3. Syeikh Abu Mus'ab dari Jordan
4. Syeikh Muhsin Al Laban dari Australia
5. Syeikh Salahuddin Al Kaftaru dari Syiria
6. Syeikh Ali Al Faqir, bekas Menteri Awqaf (Men. Agama) Jordan
7. Syeikh Ibrahim, Syeikh Tarekat Naqsyabandiyah di Tirmiz, Uzbek
dst.

Hingga saat ini Abuya Syeikh Imam Ashaari telah mengeluarkan 78 buku (belum termasuk yang ditulis oleh murid-muridnya) tentang berbagai hal. Silakan baca buku-bukunya yang sangat menarik mulai dari zaman jamaah
Al-Arqam hingga masa ini:

1. Buah Filiran Ustaz Ashaari Muhammad Seri 2
2. Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia
3. Buah Fikiran Ustaz Ashaari Muhammad Seri 1
4. Taqwa Menurut Ustaz Ashaari Muhammad
5. Islam Hadhari
6. Surat Kepada bekas Kawan-kawanku di Arqam
7. Mengenal Diri Melalui Rasa Hati
8. Iman dan Persoalannya
9. Ibadah Menurut Islam
10. Langkah-langkah Perjuangan
11. Inilah Jalan Kita!
12. Kasih Sayang Kunci Perpaduan
13. Kenapa Salahkan Musuh?
14. Berhati-hati Membuat Tuduhan
15. Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam
16. Yang Tersirat Disurat
17. Matlamat Perjuangan Menurut Islam
18. Masyarakat Islam
19. Huraian Mengenai Apa Itu Masyarakat Islam
20. Renungan Untuk Mengubah Sikap
21. Falsafah dan Penerapan Hukum Hudud
22. Ulama dalam Pandangan Islam
23. Keadilan Menurut Islam
24. Barat di Ambang Maut
25. Bahaya Syiah
dst

Hingga saat ini juga, Syeikh Imam Ashaari Muhammad telah menulis 5000 sajak. 900 di antaranya telah menjadi lirik Nasyid. Setiap hari Abuya mampu selesaikan sampai 5 sajak yang masing-masing bisa 4 halaman A4 jika diketik.

Murid-muridnya seperti Syeikh Fakhrurrazi Ashaari (putera pertama), Syeikh Shuib Sulaiman, Syeikh Abu Zarrin Taharem, Syeikh DR. Ing. Abdurrahman R. Effendi, DR. Fauzi Abdul Hamid, Ustz. Khatijah Aam (istri ke-2), DR. Gina Puspita, jika dijumlah telah menulis kuliah-kuliah Abuya dalam bentuk buku sebanyak lebih kurang 100 buah.

Jika diperhatikan buku-buku yang ditulis, terutama yang ditulis setelah tahun 90-an, tidak ada referensinya. Tidak merujuk pada buku lain kecuali Quran dan Hadits, satu hal yang menunjukkan beliau seorang Mujaddid.

Sekian, ampun maaf

wassalam,

penulis: -Rizal-

http://www.rufaqa.com
http://www.rufaqadaily.com

Mengenai Rufaqa'

assalamualaikum...

Ada tak ustaz/ustazah dari rufaqa' yang mengajar agama (kitab) kat mana-mana masjid atau surau di luar perkampungan mereka ?

Pernah tak pihak jabatan agama 'test' ketinggian dan ketelusan ilmu syariat, hadis serta quran para ustaz/ustazah yang ada kat rufaqa' ?

Apa yang rufaqa' buat mengenai isu murtad, rasuah, ISA dan pencabulan hak/keadilan dalam negara ?

Lagi satu...kalau sekadar "Ustaz Hj. Ashaari Muhammad" saja macam dulu2 (zaman Arqam)...tak boleh jadi "Putera Bani Tamim" ke ?

Mengenai nama...

Assalamualaikum...

Ada tak ustaz/ustazah dari rufaqa' yang mengajar agama (kitab) kat mana-mana masjid atau surau di luar perkampungan mereka ?

Pernah tak pihak jabatan agama 'test' ketinggian dan ketelusan ilmu syariat, hadis serta quran para ustaz/ustazah yang ada kat rufaqa' ?

Apa yang rufaqa' buat mengenai isu murtad, rasuah, ISA, perzinaan, mat rempit, melayu bunuh diri dan pencabulan hak/keadilan dalam negara ?

Lagi satu...kalau sekadar "Ustaz Hj. Ashaari Muhammad" saja macam dulu2 (zaman Arqam)...tak boleh jadi "Putera Bani Tamim" ke ? Err..."Mujaddid" tulis buku dalam bahasa melayu tanpa rujukan ulama2 muktabar ? Biar betuuul..

soalan yg buakan soalan...

Wa salam.

Soalan pertama, Pada pendapat saya, ada juga asatizah yang bertauliah mengajar kitab2 fiqh As-Syafi'e. mungkin diclass2 yang tidak rasmi.

Soalan kedua. saya kurang pasti. Mungkin "iya" mungkin "tidak". tidak pernah ditemuramah oleh pihak agama mengenai soalan2 agama. Tapi apa yang saya dapati, pihak agama banyak kali "test" kesabaran pihak Rufaqa dan orang2 rufaqa hanya mempamirkan akhlaq2/tasawuf Rasulullah yang ada amalkan Salafussoleh...

Soalan ketiga, sila rujuk balik pada buku2 keluaran rufaqa mengenai "GEJALA SOSIAL" dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah Umat.

Soalan yang keempat, anda tidak menjelaskan secara jelas. Siapakah anda untuk menentukan siapa yang layak untuk menjadi Pemuda Bani Tamim? nama pun boleh jadikan issue? Jikalau buku2 Abuya Ashaari Muhammad ditulis dalam bahasa Arab, boleh anda membaca? Untuk masyarakat dirantau ini, Bahasa Melayu ialah bahasa perantaraan. Seperti di Europe. Bahasa perantaraan mereka adalah English. Buku2 ditulis disana dalam bahasa English bukan Melayu. MEngenai rujukan, tidak semua tulisan perlu rujukan. Seperti Imam2 yang lain. mereka juga menulis dng Buah Fikiran mereka dalam isu2 baru, kerana tiada rujukan sebelumnya. Hanya isu2 yang lapok yang masih diperbahaskan yang khilaf, maka ada juga rujukan dari kitab Muktabar. Sila baca Buku2 Karangan Abuya Ashaari Muhammad. ALLAHu a'lam

fata tamimi

persoalan fata tamimi dikeluarkan sejak belasan tahun lalu dan hadis itu diambil dari kitab alhawi fatawa imam as sayuti , hadis -hadis yang membincangkan fata tamimi dan sohjibu rayatul almahdi disebut dengan jelas sifat dan namanya bukan ashaari muhammad tetapi suib bin soleh dan badannya pendek dan perutnya agak buncit.buka beberapa helaian akhir hadis mengenai sohibul rayatul almahdi dalam kitab tersebut jangan duk perasan tak ketahuan. wassalam

sdra menyatakan admin atau

sdra
menyatakan admin atau abuya dok perasan tak ketahuan bukanlah bahasa orang yang kononnya membaca kitab imam suyuthi. membaca tidak semestinya faham dan faham tidak semestinya mengkaji. amat jauh perbezaannya.... ya sdra memang sudah baca tapi jika mentakrifkan Syuib bin Soleh adalah nama Pemuda Bani Tamim saya rasa sdra perlu semak, kaji dan teliti.
setahu saya kaedah bahasa arab apabila menyebut individu mereka merujuk sifat atau ciri-ciri petanda kata-kata atau sabda Saidul Mursalin bukan bermaksud selapis. hanya orang yang diberi faham dan mengkaji serta meneliti akan mengerti maksud hadis mahupun maksud imam as suyuthi....
jika pun bukan abuya, salahkah atau rosakkah akidah seseorang meyakini beliau sebagai Putera Bani Tamim? jika persoalan akidah bagaimana dengan ulama yang menolak tentang Pemuda Bani Tamim atau Imam Mahdi? Begitu juga dengan orang yang langsung tidak mengetahui hal peristiwa dan hadis akhir zaman?
jika sdra bergelanggang maka sdra bertanggungjawab menjelaskan siapa orangnya, jangan setakat memperlecehkan sahaja.... atau agaknya orang yang mahir baca kitab macam sdra hanya suka mempertikaikan orang lain tanpa menunjukkan jalan penyelesaian....

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer