Mengisi Waktu Sebelum Tidur


Mengisi Waktu Sebelum Tidur 

Masa bagi orang mukmin adalah modal hidupnya. Membazirkannya adalah satu kerugian. Di siang hari, semua kaum keluarga menjalankan tanggungjawab masing-masing, maka bila berkumpul di waktu malam wujudkanlah suasana yang aman damai. Gunakanlah masa itu dengan bijak. Antaranya:
a.Membaca kitab atau buku agama
Pilihlah buku yang boleh membangkitkan rasa taqwa dan ingin membaiki diri serta membela agama Islam.
b.Mengikuti kuliah ilmu
Kuliah yang menurut syariat. Bukan mengenai hal-hal dunia. Bergurulah dengan seorang tuan guru, kerana menurut sabda Rasulullah SAW :
Barangsiapa yang tiada berguru maka syaitanlah gurunya.
c.Bermuzakarah dan berbincang

Berkumpul dengan sahabat untuk berbincang mengenai agama Islam. Membincangkan masalah dan kelemahan umat dan mengusahakan jalan penyelesaian kepada permasalah hidup umat Islam.
d.Ziarahi menziarahi

Ziarah menziarahi saudara seIslam untuk menghubung dan mempereratkan silaturrahim. Ukhwah Islamiah yang tebal merupakan salah sau daripada asas kekuatan umat Islam.
e.Keluar rumah untuk melihat kebajikan umat Islam.
Manusia jarang mengetahui kesusahan orang lain. Sedangkan masalah tetap ada pada setiap insan.Dengarlah masalah mereka dan bantulah mereka sejauh yang termampu.
=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer