Kewajiban Suami Dalam Mendidik Istri




Kewajiban Suami Dalam Mendidik Istri




  1. Hendaklah suami mengajar isterinya ilmu-ilmu fardhu ain bagi yang mampu mengajar. Sekiranya tidak, wajiblah ia menyuruh isterinya mempelajari ilmu itu daripada guru yang mursyid. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Takutilah olehmu kepada Allah kerana semua perempuan adalah amanah Allah kepada kamu. Barangsiapa yang tidak menyuruh perempuanna mengerjakan solat dan tidak mengajar mereka ilmu fardhu maka khianatlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya."
  2. Hendaklah suami mendidik isterinya dengan emah lembut, bermanis muka dan membat kebajikan untuknya. Sabda Rasulullah SAW :" Seorang mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang baik akhlaknya dan berlemah lembut dengan ahlinya (keluarganya)."
  3. Hendaklah suami terlebih dahulu menunjukkan sikap amanah, kasih sayang dan tulus ikhlas kepada isterinya.
  4. Suami hendaklah menyempurnakan haknya dengan memberi makanan dan pakaian yang sempurna untuk isteri.
  5. Janganlah suami memberatkan isterinya lebih dari yang patut.
  6. Ajarilah isteri supaya hidup besabar dengan kesusahan.
  7. Didiklah isteri supaya berbuat baik dengan kedua orang tuanya dan mertuanya dan hubungi terus rasa kasih sayang sesama mereka.
  8. Didiklah isteri supaya tidak terlalu memikirkan soal dirinya sahaja (mementingan diri sendiri), tetapi dia hendaklah turut memikirkan dan membantu masalah agama dan masyarakat.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer