Kembalikan Remaja Ke Pangkuan Kemuliaan- Bhg 7b


04/09/2005

Go to fullsize image PERUBAHAN MEREKA ADALAH KEBAHAGIAAN KITA (Study Case)
Kenali mereka, dan fahami masalah mereka dengan tepat
Melalui perbincangan tak rasmi, juga perbincangan peribadi (4 mata) dari hati ke hati, maka guru dan teamnya dapat mengesan permasalahan mereka yang tidak mungkin kita dapat mencongkelnya melalui majlis-majlis rasmi. Di bawah ini sebahagian kecil dari perbincangan yang berlaku :
* Ada seorang anak yang sudah terlajak cukup jauh, ternyata setiap malam dia akan bangun malam untuk sembahyang taubat terhadap dosa-dosanya di siang hari. Sekali sekala ayah sembang dengannya, tentang Imam mahdi. Dari responnya dia kelihatan cerdik dan berani. Dari anak yang begitu aktif, guru memandu dia untuk menghafal sebuah sajak bertajuk Allahu Akbar. Ternyata dia boleh menghafal dan membacanya dalam pertandingan pelajar, dengan penghayatan yang cukup menyentuh hadirin, Secara tak sedar, keaktifanya yang sebelum ini disalur kepada perkara-perkara yang buruk, mulai disalurkan kepada hal-hal yang berkaitan dengan Tuhan. Walau kelihatan macam liar namun bila diperhati, rasa kemanusiaannya tinggi selalu berbagai makanan. Hal ini boleh disuburkan lagi. Ini lebih baik berbanding anak yang kelihatan warak, tapi kedekut, dan hanya memikirkan diri sendiri.
* Seorang anak bila diajak bicara hati ke hati oleh seorang abangnya, didapati ternyata dia sakit, yang selama ini tidak pernah diceritakanya pada sesiapa. Cara pendekatan ini memudahkan kita boleh mencari jalan untuk menyembuhkannya.
* Dengan berbincang-bincang empat mata, didapati bahawa anak-anak ini sedang menghadapi masalah yang mereka ingin bebas darinya tetapi tidak mampu. Ada seorang di kalangan mereka memberitahu saya bahawa setelah diasak-asak untuk berubah maka dia pun berusaha untuk berubah tetapi dia kata syaitan yang ikut dia itu macam menjelma, menampakkan dirinya. Begitu sekali ia marah bila mana anak ini hendak berubah untuk ikut jalan yang benar. Dia terpaksa bertarung dengan syaitan itu walaupun kadang-kadang dalam majlis, waktu sembahyang, dalam bilik air, tengah mengaji dan lain-lainnya, syaitan itu akan menunjuk diri untuk menarik-nariknya membuat lagi kejahatan yang dia sudah mahu meninggalkannya. Akibat dari meninggal sebahagian dari kejahatan yang biasa dilakukannya, dia mengalami satu keganjilan di badannya yang mana keadaan badannya menjadi terketar-ketar, kejang-kejang. Dihantui oleh rasa marah, rasa bertarung. Musuh tidak pernah jemu untuk merampas kembali harta. Maka menjadi suatu keharusan bagi guru, untuk bergantung kuat dengan kuasa Allah sehingga kuasa Allah itu akan menguasai kita. Mudah-mudahan kekuatan itu akan membuatkan kita dapat menumpaskan syaitan-syaitan yang dalam keadaan yang cukup panik bila melihat anak-anak telah berubah. Usaha-usaha rohaniah, sembahyang hajat dll kena dibuat untuk dapat memenangi peperangan ini.

Sibukkan mereka dengan berbagai program
1. Jadual harian
Sembahyang 5 waktu menjadi teras utama dalam aktiviti harian pelajar. Sembahyang sentiasa dilaksanakan di awal waktu. Aktiviti-aktiviti lain diprogramkan dengan mengikut jadual solat, hingga tidak mengganggu jadual sembahyang. Lepas sembahyang subuh, baca zikir dan senaman.
Satu kebiasaan Rasulullah yang sudah dilupakan orang berkait dengan masa berehat, adalah tidur qailullah, iaitu tidur sebelum zuhur. Dalam usaha menerapkan cara hidup Rasulullah saw, maka pelajar pun diprogramkan untuk rehat pada masa sebelum zuhur, iaitu tidur qailullah.
Berikut adalah gambaran ringkas tentang jadual harian. Waktu yang digunakan adalah waktu semenanjung Malaysia.
WaktuPROGRAM
Pukul 05.00 06.00Bangun tidur dan tahajud
Pukul 06.00 06.30Sembahyang subuh
Pukul 06.30 07.00Senaman sambil berzikir
Pukul 07.00 08.00 Mandi & kemas asrama
Pukul 08.00 09.30Aktiviti pagi 1
Pukul 09.30 10.00Sarapan pagi
Pukul 10.00 11.00Aktiviti pagi 2
Pukul 11.00 13.00Qailullah
Pukul 13.00 14.00Bangun tidur & Sembahyang zuhur
Pukul 14.00 14.30Makan siang
Pukul 14.30 16.30Aktiviti petang 1
Pukul 16.30 17.30Sembahyang Asar
Pukul 17.30 19.00Aktiviti petang 2
Pukul 19.00 20.00Sembahyang magrib
Pukul 20.00 20.30Mengaji Quran atau berzikir
Pukul 20.30 21.00Sembahyang Isyak
Pukul 21.00 21.30Makan malam
Pukul 21.30 22.30Aktiviti malam
Pukul 22.30Tidur
Catatan :
* Pada peringkat awal, tahajud dan ibadah sunat lainnya tidak dijadikan keharusan bagi setiap pelajar. Lambat laun, ada yang melakukannya dengan kesedaran, ada juga yang diberikan dorongan
* Bentuk-bentuk aktiviti pagi, petang dan malam, adalah tidak tetap. Sebagai contoh sila lihat program mingguan.
* Untuk setiap waktu sembahyang, 30 minit sebelum masuk waktu, pelajar sudah digilirkan untuk berwudhu agar semua boleh sembahyang di awal waktu. Namun demikian pada peringkat awal, ini pun tidak menjadi satu keharusan. Pelajar yang masbuk tidak dikenakan teguran apa-apa. Lambat laun mereka jadi terbiasa untuk melakukannya.
* Untuk setiap malam Isnin dan Jumaat, program mengaji lepas Maghrib diganti dengan pembacaan tahlil.Pada peringkat awal, waktu untuk tidur malam sering dilanggar. Pelajar-pelajar tertentu beberapa kali keluar malam ke tempat keramaian hingga larut malam. Mereka keluar lepas pukul sepuluh malam, di mana guru sudah melihat mereka tidur, tapi ternyata belum tidur dan kemudian mereka keluar rumah ketika guru sudah tertidur. Tuhan seperti bersetuju dengan program pendidikan yang dibuat, cukup menjadi hiburan bagi kami bila satu hari di restoren, polis terjumpa pelajar-pelajar yang pernah keluar malam, lalu polis berkata :Kami kenal kamu semua anak murid tuan syeikh. Oleh kerana itu kena jaga perilaku. Tuan syeikh orang baik, akhlaknya juga baik. Kamu keluar malam kami tahu. Di sini bahaya keluar malam. Kamu boleh ditangkap ganster. Kalau tak ditangkap ganster polis yang akan tangkap. Lepas itu pelajar-pelajar memang tak pernah lagi keluar malam. Terima kasih Tuhan. Tak ada suatu yang kebetulan. Tuhanlah yang menggerakkan polis untuk beri nasehat pada mereka.
...akan bersambung..

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer