Kehidupan Seorang Wanita


Kehidupan Seorang Wanita

 

 

ADAB KEPERIBADIAN WANITA

 

1. Tidak suka keluar rumah kalau tidak ada urusan yang diperlu diselesaikan.
2. Mengutamakan tugas-tugas di rumah dari yang lain.
3. Dilarang menaiki rumah jiran melainkan bila ada keperluan.
4. Selalu mendampingi suami dan menggembirakannya di kala suami melihatnya.
5. Memelihara kehormatan diri ketika suami tiada di rumah.
6. Meminta izin kepada ibu bapa/penjaga atau suami ketika ingin keluar.
7. Ketika keluar rumah hendaklah dengan cara tidak melahirkan kecantikan dan kehebatan diri di khalayak ramai.
8. Tumpukan hati untuk menjaga nama baiknya, menguruskan rumahtangga,menumpukan sembahyang, puasa dan selalu memikirkan mengenai agamanya.
9. Selalu merenung keaiban diri.
10. Menundukkan pandangannya dari yang haram.
11. Selalu muraqabah (memeriksa kelalaian) diri dan membanyakkan zikir.
12. Memperbanyakkan puasa.
13. Tidak menuntut pemberian yang banyak daripada suami.
14. Melahirkan sifat malu, sedikitkan gelak ketawa, banyak bersabar danbersyukur.
15. Apabila kedatangan sahabat suami ke rumah di kala suami tiada, makajangan izinkan masuk atau melahirkan ucapan yang mendorong orang itu berkenan dengan dirinya.
16. Mempelajari ilmu-ilmu agama terutama Al Quran.

 

ADAB WANITA YANG TELAH DIPINANG

 

 

1. Menyerahkan kepada penjaganya menyelidiki lelaki yang meminangnya:
a. Agamanya
b. Fahamannya
c. Nilai peribadinya
d. Ketetapan janjinya.
2. Memerhatikan keluarga bakal suaminya penghuni rumahnya.
3. Pastikan matlamat dalam pekerjaannya.
4. Menggalakkan tunangnya itu memperkuatkan agamanya.
5. Bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu Qanaah (hidup berpadadengan apa yang ada)
6. Perhatikan perlaksanaan sembahyangnya secara individu dan berjemaah.
7. Mematuhi kehendak-kehendak bakal suaminya bagi meneguhkan rumahtangga yang bakal didirikan.
8. Tidak mengadakan pertemuan tanpa ada penjaga yang sah antara kedua bakal suami isteri.
9. Tetap menjaga syariat seperti wanita lain.
10. Tidak menunjukkan diri kepada lelaki lain.

 

ANAK-ANAK PEREMPUAN PERINGKAT REMAJA.

Di Dalam Rumah.
1. Menghormati penjaganya dan menerima nasihat yang diberi.
2. Memerhatikan keluarga bakal suaminya dan penghuni rumahnya.
3. Menjaga nama baik penjaganya.
4. Melatih diri dengan urusan rumahtangga.
5. Banyakkan sembahyang dan puasa
6. Jadikan Al Quran sebagai hiburan dan menghafaznya.
7. Menyedikitkan ketawa dan banyakkan mujahadah (melawan nafsu dan syaitan)

 

Di Luar Rumah

1. Keluar bersama-sama penjaganya atau muhramnya.
2. Tidak mendongakkan pandangan sebaliknya sentiasa merendahkan pandangan melainkan mengajar atau berjual beli.
3. Hiasilah diri dengan sifat malu.
4. Berkata yang benar bila bertemu sahabat.
6. Elakkan pergi ke tempat-tempat umum.
7. Hindari dari bersahabat dengan lelaki.
8. Elakkan bertemu dengan wanita-wanita yang fasik.
9. Menuju ke tempat pengajian tanpa menyimpang ke tempat lain.
9. Menjaga maruah.
10. Banyak mengkaji sejarah wanita-wanita utama salafussoleh.

 

ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI

1. Sentiasa menaruh malu kepada suami.
2. Sentiasa taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat.
3. Mendengar ketika suami sedang bercakap.
4. Memelihara kehormatan ketika suami tiada di rumah.
5. Memakai haruman di dalam rumah dan sentiasa membersihkan mulut. Sentiasa berhias di rumah.
6. Melahirkan kecukupan (qanaah).
7. Selalu bersikap belas serta hormat pada suami.
8. Merasakan suami ada kelebihannya.
9. Melahirkan rasa kasih.
10. Sikap suami diterima dengan syukur.
11. Melahirkan rasa gembira di akal memandang suami.
12. Memuliakan ibu bapa dan keluarga suami.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer