Kehidupan Seorang Petani


Kehidupan Seorang Petani
1. Firman Allah :" Dan bumi Kami bentangkan dan Kami letakkan di atasnya gunung-ganang untuk menjadi pasak, dan Kami tumbuhkan di atasnya segala macam tumbuhan yang indah permai. Menjadi pemandangan dan pengajaran bagi hamba yang kembali (kepada Tuhan). Dan Kami turunkan dari langit, air yang penuh keberkatan, dan Kami tumbuhkan kerananya kebun-kebun dan biji tanaman yang akan dipetik. Dan pohon korma yang menjulang tinggi dengan mayang yang tersusun." (Al Qaf:7-10)
2. Firman Allah: "Dan di atas bumi ini kedapatan beberapa bahagian yang berdekatan, kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang, tidak disirami dengan air itu juga, sebahagian Kami lebihkan buahnya dari yang lain. Sesungguhnya dalam hal ini menjadi keterangan bagi kaum yang mahu berfikir." (Ar Raad:4)
3. Sabda Rasulullah SAW maksudnya :" Apabila kamu telah selesai sembahyang, maka janganlah kamu tidur, tidak mencari rezekimu." (Riwayat Tabrani)

 

KEUTAMAAN SEORANG PETANI

1. Menjadi seorang petani adalah mulia di sisi Allah.
2. Bertawakal kepada Allah tatakala mengusahakannya sehingga datangnya hasil.
3. Ianya adalah satu usaha yang halal tanpa melibatkan riba dan modal yang besar.
4. Merupakan sunnah Nabi dan Rasul serta orang salafussoleh.
5. Banyak meletakkan harapan yang baik dari Allah tatkala menunggu hasil.
6. Petani sebagai manusia yang bermaruah kerana dia tidak mengharap kepada orang lain. Sebaliknya manusia lain mengharapkan hasil pertaniannya.

 

 

ADAB SEORANG PETANI
1. Inilah bahawa setiap usahanya mendapat perhatian Allah, sungguhpun kadangkala manusia tidak menghargainya.
2. Menjauhi dari perbuatan maksiat.
3. Meniatkan sebagai memenuhi keperluan umum dan menunaikan fardhu kifayah.
4. Berusaha memiliki sifat redha, syukur, qanaah, sabar, tabah, kuat kemahuan, pemurah.
5. Tunaikanlah kewajipan sebagai hamba Allah dengan melaksanakan setiap perintah Allah seperti sembahyang tepat pada waktunya, berzakat apabila cukup nisab dan qaulnya, melakukan sembahyang yang sunat, mengambil kesempatan membaca Al Quran dan berwirid serta menjaga aurat ketika bertani.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer