Kehidupan Seorang Pedagang


Kehidupan Seorang Pedagang

PERINTAH SYARIAT DI BIDANG EKONOMI

Firman Allah SWT: Maksudnya:" Dan Allah telah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba."

Rasulullah SAW bersabda: M aksudnya:"Mana-mana pedagang yang benar dalam dagangan akan dikumpulkan di Akhirat kelak bersama-sama para Nabi dan orang-orang yang berjihad."

MATLAMAT PERNIAGAAN

1. Mengatur Niat

a. Menegakkan perintah Allah dalam urusan fardhu kifayah.

b. Membangunkan tamadun Islam agar tidak bergantung kepada orang kafir.

c. Menanggung keperluan nafkah anak isteri dan orang-orang yang di bawahtanggungannya.
d. Memberi khidmat kepada masyarakat Islam dan juga yang bukan Islam.
e. Menghubungi silaturrahim dengan manusia.
f. Mengikut sunnah Rasulullah SAW.

2. Tepat dalam tindakan

Setiap urusan yang bersangkut paut dengan perniagaan hendaklah sesuai dengan tuntutan syariat, sama ada syariat lahir maupun syariat batin.

TANGGUNGJAWAB SEORANG AHLI PERNIAGAAN

  1. Mempelajari hukum-hakam ilmu perniagaan islam supaya dapat mengenal antara suruhan dan larangan.
  2. Dilarang menjalankan perniagaan sehinggalah seseorang itu mengetahui hukum-hakam Allah dalam perniagaan.
  3. Memulakan perniagaan dengan modal yang bersih.
  4. Tidak mempunyai cita-cita untuk menjatuhkan perniagaan orang lain.
  5. Sekali-kali tidak meninggalkan perintah-perintah terpokok sepertisembahyang, puasa dan zakat.
  6. Jangan ada penipuan dalam urusan jual beli.
  7. Membantu orang miskin dan susah dengan mengenakan harga rendah atau gratis.

KESEMPURNAAN KASIH SAYANG SEORANG PENIAGA TERHADAP AGAMANYA

  1. Membetulkan niat. Niat yang terpuji dalam berniaga ialah untuk menghiburkan manusia dengan barangan dan pekhidmatan yang ditawarkan serta berkhidmat kepada manusia demi mencari keredhaan Allah SWT.
  2. Memahami hakikat perniagaan dalam Islam bahwa keuntungan yang dicari bukanlah daripada pelanggan tetapi sebenanya ia datang daripada Tuhan. Oleh itu seorang peniaga tidak takut rugi.
  3. Memahami benar-benar bahawa apa yang dilakukan adalah untuk menegakkan salah satu daripada tuntutan fardhu kifayah.
  4. Melaksanakan perniagaan dunia tidaklah sehingga meninggalkan perniagaan Akhirat. Maksudnya apabila bertembung di antara kepentingan dunia dan Akhirat, kepentingan Akhiratlah yang diutamakan.
  5. Biasakan diri berzikir kepada Allah di celah-celah masa berniaga, kerana berzikir kepada Allah di gedung perniagaan di antara manusia yang lalai adalah paling afdhal. Nabi pernah bersabda, maksudnya :
    " Orang yang berzikir kepada Allah di kedainya di dalam golongan orang yang melupaiNya adalah seperti orang yang hidup di antara orang yang mati."
  6. Tidak terlalu gopoh untuk ke tempat perniagaan. Janganlah ia menjadi orang yang pertama masuk ke pasar dan terakhir keluar darinya. Perbuatan ini adalah makruh.
  7. Tidak hanya menjaga perkara-perkara yang haram bahkan menjaga diri dari perkara yang syubhat.
  8. Hendaklah mengawasi segala kelakuan dalam muamalahnya yang melibatkan dosa dengan orang lain.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer