Kehidupan Pekerja Kantor


Kehidupan Pekerja Kantor
    
      

ADAB MEMANDU KENDARAAN

  1. Pastikanlah kenderaan itu selamat.
  2. Banyak bersabar dan bertolak ansur.
  3. Menghormati orang yang berjalan kaki.
  4. Bersedia untuk menumpangkan orang yang tidak berkenderaan.
  5. Patuhi undang-undang yang disediakan yang tidak bercanggah dengan syariat

ADAB SAMPAI DAN MASUK KE Kantor

  1. Berniat untuk menegakkan hukum Allah, membangunkan dan berkhidmat kepada masyarakat Islam dan mencari nafkah yang halal.
  2. Menepati waktu yang ditetapkan. Sebaik-baiknya lebih awal lagi.
  3. Tiba dengan tenang dan rasa syukur.
  4. Ucapkan salam ketika masuk ke pejabat.
  5. Masuklah dengan sopan.

MENULIS SURAT MENURUT SUNNAH

Surat pernah digunakan Rasulullah SAW dalam berdakwah. Tetapi ramai manusia melakukan maksiat dalam surat. Untuk menjadi ibadah, amalkan ini:

  1. Memulakan surat dengan memuji kebesaran Allah.
  2. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.
  3. Sertakan peringatan dari Allah dan Rasul
  4. Menjauhi unsur-unsur maksiat.
  5. Mengutamakan tarikh Islam, menghidupkan Islam.

ADAB BERBICARA DALAM TELEFON

Berbicara melalui telefon sama seperti berhadap-hadapan.Adab-adab dan hukum hakam syariatnya adalah sama sepertimana jika bercakap berhadap-hadapan.

Berikan salam kepada orang Islam. Perkenalan diri dan nyatakan dari mana berbicara.

Adab Berbicara untuk urusan pekerjaan

a. Terus kepada maksud.
b. Berbicara dengan teratur.
c. Suara yang jelas dan terang.
d. Berhati-hati dengan janji kerana ia perlu ditunaikan, lapik dengan insya Allah.
e. Singkatkan perbualan dengan wanita.

Adab Berbicara Dalam Telepon untuk Urusan peribadi dan persahabatan.

  1. Bertanya khabar dan kesihatan.
  2. Bercakap secara bersahaja.
  3. Berikan peluang kepada mereka bercakap.
  4. Elakkan keterlaluan dalam bergurau.
  5. Cubalah menasihati bila diperlukan.
  6. Jauhi daripada terlalu banyak ketawa.
  7. Doa mendoakan.
  8. Mohon maaf kalau ada tersalah cakap sepanjang perbualan.
  9. Ucapkanlah salam sebelum berpisah.
  10. Elakkan dari mengambil keuntungan di atas urusan umum dengan urusan peribadi.

ADAB BERSAMA ORANG BAWAHAN

  1. Menghormati hak orang bawahan.
  2. Berusaha merendahkan diri kerana orang bawahan merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita.
  3. Bersedia menerima teguran.
  4. Mengambil tahu masalah keluarga mereka.
  5. Bimbinglah mereka supaya meningkat di setiap segi dan tegurlah dengan bijaksana.
  6. Berilah perhatian yang serius terhadap ilmu agama mereka seta doronglah ke arah kebenaran.
  7. Menyediakan ruang kerja serta keperluananereka menurut Islam.
  8. Menyediakan tempat sembahyang dan beristirehat.
  9. Mendengar dan menimbang pandangan mereka sebelum membuat keputusan.
  10. Tidak terlalu mendesak mereka melaksanakan kerja sehingga membuat mereka jemu dan rasa memberontak.
  11. Menganggap diri sebagai khadam kepada orang bawahan dan sentiasa berusaha untuk berkhidmat dan memberi kasih sayang kepada mereka.
  12. Luangkan masa bergaul dengan mereka di luar waktu pejabat menerusi aktiviti rehlah dan seumpamanya. Ikatan yang paling baik di antara majikan dan pekerjanya ialah ikatan kasih sayang berteraskan iman.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer