Keagungan Rasulullah


03/03/2006

Rasulullah adalah manusia luar biasa, istimewa dan agung. Rasulullah tidak sekolah. Kalaulah Rasulullah sekolah tinggi ke Mesir atau ke Jordan tidak nampak agungnya. Memanglah hasil sekolah jadi pandai itu perkara biasa, tapi Rasulullah itu tidak sekolah. Sudahlah tidak sekolah, waktu itu Rasulullah wajib memimpin bangsa yang tidak sekolah yang mereka hanya tahu kambing dan unta sahaja iaitu orang Arab. Pakaian mereka comot-comot, tidak tahu kebersihan, tidak tahu bersuci, tidak ada kemajuan, tidak bertamadun. Kalau Allah hantar Rasulullah kepada bangsa Rom dan Parsi yang sudah maju di waktu itu, tidak nampaklah kebesaran Rasulullah. Orang yang sudah maju kemudian diajar dan menjadi pandai, itu tidak menghairankan. Tapi Rasulullah orang tidak sekolah, lalu dihantar kepada bangsa yang tidak sekolah, akhirnya jadi bangsa yang luar biasa, menguasai dunia, mengalahkan Rom dan Parsi. Luar biasa Rasulullah. Agungnya Rasulullah. Bahkan bukan sahaja agung di dunia tetapi juga di Akhirat.

Orang yang sezaman dengan Rasulullah dan bertemu dengan Rasulullah diberi satu gelaran yang tidak ada sebelum dan sesudah zaman itu iaitu Sahabat. Ini adalah gelaran yang sangat mahal. Nama Sahabat ini tidak ada sebelum dan sesudah zaman Rasulullah. Kalau sekarang kita cakap: "Ini sahabat saya". Itu bohong. Tidak ada sahabat selain murid Rasulullah. Siapa yang jadi murid Rasulullah itu digelar Sahabat.
Rasulullah sebut dalam Hadis :
1. "Sahabat-sahabat aku laksana bintang-bintang di langit, siapa yang mengikut mereka pasti dapat petunjuk"

2. "Sahabat-sahabat aku laksana bintang-bintang di langit. Mana satu di antara mereka, kalau kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk"

Agungnya Rasulullah, istimewanya Sahabat Rasulullah. Kalau kita ikut salah satu dari sahabat termasuk yang tak terkenal kita pasti dapat petunjuk, betapalah kalau yang kita ikut Sayidina Omar. Kalau yang tidak terkenal itupun kita ikut pasti dapat petunjuk, gambarkanlah betapa hebatnya sahabat itu.

3 . "Sahabat-sahabat aku diampunkan kerana bersahabat dengan aku"

Bukan mereka tidak membuat dosa, tapi mereka diampunkan kerana bersahabat dengan Rasulullah, walhal sebelum itu mereka bangsa yang paling jahat. Contoh : Kerana seekor unta mereka berperang dan diwariskan perang itu turun temurun, hingga generasi yang hujung tak tahu lagi apa punca perang itu. Begitulah jahatnya bangsa Arab. Kalau akan kahwin, bapa calon pengantin perempuan minta kepada calon pengantin lelaki:

"Aku benci pada seseorang di hujung kampung ini, kalau kau nak kahwin dengan anak aku, bawa kepala orang itu kepada aku"

Si calon pengantin lelaki sanggup buat. Begitulah jahatnya bangsa Arab.

Kalaulah Rasulullah dihantar kepada bangsa Rom dan Parsi itu tidak hairan, hanya hendak tambah `power` sedikit untuk kuasai dunia itu tak istimewa. Begitulah mulianya Rasul saw dan sahabatnya. Yang paling malang ialah orang yang hidup di zaman Rasul saw, hidup dengan Rasul saw, jumpa Rasul saw, tapi menentang. Orang yang menentang Rasul saw di zaman ini tak sama dengan yang menentang Rasul saw di zaman itu. Nisbah penjara dunia, kalau zaman sekarang kena 10 tahun, yang zaman Rasul saw kena 100 tahun.

Kita rasa malang tak hidup zaman Rasul saw, itu yang kita rasa. Kalau ikut perangai kita yang ada sekarang ini, kalau kita hidup zaman Rasul saw, jangan-jangan kitalah penentangnya. Tuhan tahu kalau hidup zaman Rasul saw kita menentang, nasib baik kita tak hidup di zaman itu. Jadi berbahagialah sahabat-sahabat yang dapat keagungan dunia akhirat. Dunia dan syurga Tuhan bagi pada mereka.

Selepas sahabat, generasi berikutnya ialah tabiin. Tabiin ialah orang yang tak hidup bersama Rasul saw tapi dia belajar dan Islam ditangan sahabat tapi tak jumpa Rasul saw.

Generasi yang berikutnya Tabiut Tabiin, hidup sezaman dengan Tabiin, bertemu dengan Tabiin dan Islam di tangan Tabiin.

Zaman Sahabat, Tabiin, Tabiut Tabiin satu abad. Selepas satu abad tak ada disebut lagi orang tadi dengan nama-nama tertentu. Namun selama 3 abad/kurun, kebanyakan manusianya masih tergolong orang-orang baik. Jadi 3 generasi ini bertuahlah, tak sebut lagi orang-orangnya secara tertentu tapi masih disanjung.
Rasul saw masih menyebutnya:
" Sebaik-baik kurun adalah kurun aku, kemudian kurun yang mengikutinya dan kurun yang mengikutinya."

Tiga kurun ini di gelar salafussoleh. 300 tahun Rasul saw jamin, umumnya mereka baik-baik dan soleh-soleh. Mungkin setiap 1000 orang, dua tiga orang sahaja yang jahat. Dalam masa 300 tahun itulah kehidupan aman, damai, harmoni, bahagia, makmur. Waktu zaman Salafussoleh orang miskin lagi senang dibanding orang kaya di masa itu. Pada orang yang miskin, ramai orang hantar makanan sampai 20 jenis makanan. Tiap orang mahu tolong orang miskin, sedangkan orang kaya tak ada siapa hantar, makanlah 3 jenis lauk. Dalam masyarakat salafussoleh orang miskin lagi senang dari orang kaya. Sebab itu dunia Tuhan serah pada mereka, waktu itulah lahir orang-orang hebat seperti Umar bin Abd Azis, Hasan Basri, Rifai, Nasai, Syafie, Abu Hasan Asaari, Auzai, dan lain-lain
Selepas 300 tahun walaupun umat Islam menguasai dunia tapi oleh kerana tak disebut Rasul saw jadi tak berkat, pecah belah, umat Islam jadi bermacam-macam kerajaan tak rujuk pada satu pimpinan walaupun atas nama Islam, masih menguasai dunia. Sudah timbul 4-5 kerajaan. Datanglah kemurkaan Tuhan, selepas 700 tahun makin teruk, laknat Tuhan pun datang. Tuhan datangkan musuh menguasai, orang Barat datang menjajah negara umat Islam hinggalah ke hari ini. Walaupun sudah merdeka tapi hakikatnya masih terjajah.

Kita sebagai umat Islam kena faham sejarah ini. Kita tak sezaman dengan sahabat, dengan tabiin, tabiut tabiin, tapi kita ada khabar gembira untuk akhir zaman. Islam akan bangkit di Timur untuk orang Melayu. Jadi khabar gembira ini kita alu-alukan.

Tuhan berjanji melalui lidah Rasul saw, di akhir zaman Islam akan bangkit kali kedua lebih besar dari kali pertama. Rasul saw diberi jaminan, yang mana agar layak menguasai dunia, Tuhan akan lahirkan ikhwan dan asoib. Kalau tak lahir ikhwan dan asoib tak layak kuasai dunia. Ikhwan dan asoib tidak ada di zaman-zaman lain sekalipun di zaman sahabat. Ikhwan dan asoib lahir di tangan Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer