Fitrah, Akal Dan Wahyu

Manusia itu dipimpin oleh tiga perkara. Pertama ialah fitrah. Kedua ialah akal. Ketiga ialah wahyu.

Fitrah ialah keinginan semulajadi . Setiap manusia, tidak kira apa bangsa, di mana pun dia berada di dunia ini dan di zaman mana pun dia hidup, dia dibekalkan Tuhan dengan fitrah semulajadi iaitu rasa ingin bertuhan dan cintakan kebaikan dan kebenaran. Berbekalkan fitrah ini, manusia mencari Tuhan dan berusaha mewujudkan kebaikan dan kebenaran dalam kehidupan. Juga dengan fitrah ini mereka benci kejahatan dan mereka rasa bersalah jika terbuat seuatu yang jahat yang bertentangan dengan fitrah semulajadi mereka yang sukakan kebaikan.

Namun, firah sahaja tidak memadai. Fitrah sahja tidak dapat membawa manusia kepada kebaikan, kebenaran dan Tuhan yang sebenar yang hakiki. Banyak bangsa di dunia ini yang hanya dipimpin oleh fitrah semata-mata telah mengangkat bermacam-macam makhluk sebagai Tuhan mereka. Ada yang menyembah matahari. Ada yang menyembah bulan dan bintang. Ada yang menyembah api. Ada yang menyembah gunung-ganang. Ada yang juga yang menyembah haiwan.

Orang yang hanya dipimpin oleh fitrah kerana risalah agama tidak sampai kepada mereka digelar ahlul fitrah. Ini termasuklah bangsa-bangsa yang hidup di zaman di antara dua rasul, bangsa-bangsa yang tidak diutuskan rasul kepada mereka, kanak-kanak yang belum cukup umur dan orang-orang yang cacat hingga tidak dapat menerima atau memahami risalah agama seperti gila, terencat akal atau buta dan pekak sekaligus pada satu masa dan dunia mereka gelap dan sunyi. Orang-orang atau bangsa-bangsa seperti ini tidak diwajibkan beragama kerana beragama itu di luar keupayaan dan kemampuan mereka.

Ada manuisa dipimpin oleh akal semata-mata. Dalam segala hal dan masalah kehidupan, mereka merujuk kepada akal mereka. Inilah kerja para-para filasuf seperti Aristotle, Plato dan lain-lain lagi. Dengan akal, manusia mencipta berbagai-bagai fahaman, ideologi dan sistem hidup. Bila akal sahaja digunakan, manusia berat dan banyak memihak kepada dunia. Soal Akhirat dan ketuhanan tidak diambil kira. Ini kerana hal-hal tersebut terkeluar dari jangkauan akal.

Itu sebab fahaman dan ideologi ciptaan akal manusia seperti komunisma, kapitalisma, sosialisma, sekularisma dan sebagainya tidak menyentuh hal Akhirat atau hal ketuhanan. Fahaman komunis contohnya menolak Tuhan bulat-bulat.

Orang akal dinamakan juga orang dunia atau orang sekular. Segala apa yang mereka usahakan terhenti di dunia dan tidak ada hubungkait langsung dengan Tuhan atau dengan Akhirat.

Dengan akal semata-mata, manusia akan sesat. Merka akan tersimpang jauh dari kebenaran. Akal mungkin boleh menyelsaikan keperluan dan tuntutan lahir atau fizikal manusia tetapi ia tidak dapat memenuhi kehndak dantuntutan rohani manusial oleh itu,s egala kemajuan, ideologi atau sistem yang dicetuskan oleh akal akan membawa kepad akemusnahan dan penderitaan. Nilai insan dan kemanusiaan musnah. Manusia maju tetapi mereka menjadi macam yhaiwan. Rakus, tamak, hasaddengki, tekanmenekan, mnindas, jatuh menjatuh, tiada belas kasihan dan tiada kasih sayang. Hidup hanya berteraskan keuntungan dunia dandorongan seks. Akhlak dan moral jatuh menauypu bumi. Tuhan langsung tidak dikenali.

Hanya pimpinan wahyu dapat membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada manusia di dunia dan di Akhirat. Kerana wahyu datang dari Tuhan melalui para rasul yang menjadi utusan-Nya. Wahyu mengenalkanTuhan kepada manusia dan membawa berita tentang hari Qiamat dan kehidupan di Akhirat . Wahyu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia dan sesuai pula dengan akal yang sihat. Wahyu membawa satu sistem hidup yang lengkap dan bermakna.

Namun begitu, manusia yang meneraima ajaran wahyu ini bebagai golongan. Ada yang berpegang kepad wahyu semata-mata. Inilah golongan yang jumud dan beku. Mereka ada ilmu wahyu tetapi tidak tahu bagaimana hendak bergerak, tidak tahu bagaimana hendak mengamalkannya di dalam kehidupan seharian, jauh sekali untuk memperjuangkannya. Inilah golongan tok-tok guru dan tok-tok alim yang sangat tahu tentang ilmu wahyu tetapi gagal untuk mempraktikkan keseluruhannya pada diri, keluarga dan masyarakat.

Ada golongan yang menerima ajaran wahyu tetapi diakal-akalkannya. Digunakan akal untuk menapis dan menyaring ajaran wahyu. Ajaran wahyu itu hendak dilogikkannya. Pada mereka ini, ajaran wahyu yang munasabah dan ada yang tidak munasabah. Ada ajaran wahyu yang positif dan ada yang negatif. Mereka cuba menyesuaikan ajaran wahyu dengan keadaan semasa dan bukan untuk mengubah keadaan semasa supaya sesuai dengan ajaran wahyu. Inilah golongan yang beriman dengan setengah ajaran wahyu dan kufur kepada setengahnya pula. Mana ajaran yang sesuai dengan akal dan kehendak mereka dilaung-laungkan dan dijadikan hujah. Mana ajaran yang akal mereka tidak dapat menerima dan tidak sesuai dengan kehendak mereka, mereka ketepikan atau mereka anggap sudah lapuk, sudah ketinggalan zaman dan tidak perlu diamalkan.

Ada pula golongan yang menerima ajaran wahyu dan dicampur dengan akal. Mereka ini menerima dan yakin terhadap semua ajaran wahyu. Namun begitu mereka tidak menolak peranan dankemampuan akal untuk mentafsir dan mencari jalan serta kaedah bagaimana untuk melaksana dan mempraktikkan ajaran wahyu dalam kehidupan seharian. Akal mereka digunakan untuk menterjemah tuntutan ajaran wahyu kepada amalan dan tindakan. Berbeza dengan golongan yang mengakal-akalkan ajaran wahyu, mereka ini menggunakan akal mereka sebagai alat untuk mentafsir dan melaksanakan ajaran wahyu itu sendiri. Inilah golongan yang benar. Inilah golongan yang paling banyak mendapat faedah dari ajaran wahyu. Inilah golongan yang mampu menegakkan ajaran wahyu dalam kehidupan mereka sehari-hari dan mampu pula memperjuangkannya ke tengah masyarakat. Inilah golongan yang paling banyak berbakti kepada Allah dan kepada sesama manusia. Inilah golongan yang akan mendapat kejayaan dan kemenangan di dunia dan di Akhirat.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer